Senarai Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2023

0


Alhamdulillah, tahun 2023 ni kita menyaksikan ramai artis Malaysia yang berkahwin. Tahniah Iday ucapkan kepada mereka.

Jadi, jom kita tengok senarai Artis Malaysia yang berkahwin sepanjang tahun 2023. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa.

1. Syamsul Yusof & Ira Kazar (6 Januari 2023)


Pada 6 Januari 2023, pelakon pengarah popular iaitu Syamsul Yusof akhirnya mengaku sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. 

Ketika itu, dia masih suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana.

Pada 14 Jun 2023, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu.

2. Fyna Jebat & Datuk Zainal Abidin

Pada 9 Januari 2023, penyanyi yang juga adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.


Difahamkan Fyna menjadi isteri kedua jurulatih tersebut dan jarak umur mereka adalah 32 tahun.

Sekitar Mei 2023, Fyna Jebat dikatakan sah bercerai dengan dengan jurulatih tersebut kerana tiada persefahman antara kedua-dua isteri.

3. Ungku Ismail & Nad Zainal (23 Januari 2023)

Sekitar September 2022, Nad Zainal mengumumkan yang dia dan suaminya, Faliq telah sah bercerai dan punca perpisahan tidak didedahkan. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Nad Zainal kemudiannya mula rapat dengan pelakon Ungku Ismail apabila sama-sama bergadingan dalam drama Cina Buta ditayangkan pada 19 Disember 2022.


Mereka mengejutkan ramai pihak apabila sah menjadi pasangan suami isteri pada 23 Januari 2023. 


4. Tom & Fuad Rahman (26 Februari 2023)

Pada 26 Februari 2023, pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri di Batam, Indonesia.


Sebelum ini mereka pernah bercinta sekitar tahun 2005 namun berpisah sekitar 2011 apabila Fuad ditangkap dan dipenjara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka mula bertaut kembali selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 yang mula ditayangkan pada 18 September 2022.

5. Rashidi Ishak & Wan Hasliza (3 Februari 2023)

Pelakon Rashidi Ishak mula rapat dengan isterinya, Wan Hasliza selepas drama Kampung People 2 dimana isterinya pengarah drama tersebut.


Mereka kemudiannya berkahwin pada 3 Februari 2023 di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Silau, Negeri Sembilan.


Rashidi berkahwin di usia 50 tahun manakala isterinya Wan Hasliza berusia 51 tahun.


Sekadar info, Rashidi Ishak pernah berkahwin dengan Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 namun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Maryam Rashika, 19.

Vanidah Imran juga telah berkahwin dengan jurutera, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.

6. Nomad & Farah Wahida (13 Mei 2023)

Penyanyi Nomad, 35, sah suami kepada wanita pilihannya Farah Wahidah Hassan, 40 dalam satu majlis tertutup pada 13 Mei 2023.


Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieff Ayub menyerahkan mas kahwin berjumlah RM13,000 kepada isterinya.

7. Aiman Tino & Che Syarah Haifa (27 April 2023)

Penyanyi popular Aiman Tino sah menjadi suami kepada wanita pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24 dengan sekali lafaz pada 27 April 2023.


Aiman atau Muhhamad Aiman Yusri, 25 menyerahkan mask kahwin sebanyak RM5,000 beserta sutas gelang emas.


Aiman dan Che Syerah berkenalan pada tahun 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.

8. Esma Daniel & Nur Atira Mazlan (20 Mei 2023)

Pelakon Esma Daniel selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan pada 20 Mei 2023 hari Sabtu sekaligus menamatkan status dudanya selama 5 tahun.


Sebelum ini, pasangan ini telah bertunang pada 22 Januari 2023. Jarak umur mereka adalah 23 tahun, Esma Daniel berusia 54 tahun manakala isterinya berusia 31 tahun.


Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Esma Daniel. 

Kali pertama dia berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada tahun 1992 dan bercerai pada tahun 1997. 

Dia kemudiannya berkahwin pada tahun 2002 dengan Nitra Sari Omar  namun bercerai pada tahun 2016.

Hasil kedua-kedua perkahwinan sebelum ini, dia dikurniakan 8 orang cahaya mata.

9. Hafeez Mikail & Azira Azman (6 Mei 2003)

Pada 6 Mei 2023, pelakon Hafeez Mikail sah bergelar suami kepada Noor Azira Azman, 27 tahun dengan sekali lafaz.


Hafeez yang berusia 31 tahun ketika itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300


Sebelum ini pada 24 Disember 2022, pasangan ini mengikat tali pertunangan selepas berkenalan selama setahun. 

10. Yuna Rahim & Nurakmal Ayub (18 Februari 2023)

Pelakon Yuna Rahim  sah bergelar isteri Muhammad Nurakmal Ayub, 27, dengan sekali lafaz pada  18 Februari 2023, Sabtu. 


Yuna atau nama sebenarnya Syafiqah Husna Abdul Rahim, 27, menerima mas kahwin RM300 bersama lima dulang dibalas tujuh dulang. 


Mereka berkenalan ketika Yuna menjalani penggambaran dan suaminya salah seorang kru produksi.

Mereka berkenalan tidak sampai setahun dan bertunang sekitar September 2022. 

11. Janna Nick & Dini Schatzmann (10 Jun 2023)

Pasangan pelakon popular Janna Nick & Dini Schatzmann mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan majlis pernikahan pada 10 Jun 2023 di sebuah resort mewah di Langkawi.


Janna dan Dini dinikahkan oleh bapa Janna sendiri iaitu Muner Abdullah.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner menerima mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas. 


Janna dan Dini mula berkenalan pada Julai 2018 ketika penggambaran drama Bukan Cinta Aku. Mereka ketika itu memegang watak adik beradik.

Hubungan mereka menjadi lebih rapat dan mula serius sekitar Jun 2019. 

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1995 memasuki usia 28 tahun (2023).


Dini Azan Schatzmann pula dilahirkan pada 17 Oktober 1994 memasuki usia 29 tahun (2023).

12. Mizz Nina & Essam Muhammad

Penyanyi dan aktivis kemanuasian Mizz Nina mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita yang dia sudah berkahwin dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad.


Menurut Mizz Nina, dia dan Essam berkahwin pada suku kedua tahun 2023 dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.


Sekadar info, Mizz Nina sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos 2022.

Mizz Nina dan Noh mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

13. MK K-Clique & Siti Hajaar (16 Jun 2023)

Pada 16 Jun 2023, dengan sekali lafaz penyanyi popular MK K-Clique sah menjadi suami wanita pilihannya Siti Haajar pada jam 9.35 pagi.


MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan. Wang hantaran dirahsiakan.


Mk yang dilahirkan pada 27 Julai 1996 berkahwin di usia 26 tahun.

14. Shuib Sepahtu & Watie (23 Jun 2023)

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Shuib & Watie selamat menjadi suami isteri yang sah pada 23 Jun 2023 jam 8.45 malam di Putra Glass House, Putra Heights.



Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah.

Shuib sebelum ini berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata.


Jadi ini antara artis Malaysia yang berkahwin pada tahun 2023. Kalau ada nama tertinggal, korang boleh komen di bawah.



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)