Cara Bayar Zakat Mudah Dan Cepat : Skim Thohir

2

Hi & Assalamualaikum,

Hari ni topik serius sikit di blog Iday. Hari ini Iday nak share tentang cara bayar zakat mudah dan cepat melalui skim thohir. Sebelum itu, iday nak bagi sedikit penerangan tentang Zakat.

2121



Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak (sumber).

Zakat termasuk dalam rukun Islam, oleh itu wajib bagi setiap umat Islam. Antara manfaat dari mengeluarkan zakat adalah (sumber) :

  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur di kalangan golongan yang bernasib baik
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan mereka yang kurang bernasib baik
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

Salah satu cara mengeluarkan zakat secara dan mudah cepat adalah dengan Skim Thohir. Ida akan explain dekat korang, apa itu skim thohir dan bagaimana cara membayar zakat dengan kaedah Skim Thohir.

Iday ada buat video tentang zakat thohir, korang boleh check video di bawah ye :


Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat)

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) adalah institusi yang dilantik untuk melakukan kutipan zakat harta di Wilayah Persekutuan. Jadi Skim Thohir diperkenalkan oleh mereka bertujuan untuk memudahkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat mereka.

Skim Thohir dalam erti kata lain adalah Skim Potongan Gaji Zakat, maksudnya masyarakat boleh membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji mereka.


Kelebihan Skim Thohir

Bagi Ida, memang banyak kelebihan Skim Thohir terutama untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) kerana cara hidup bandar yang sibuk. Kesesakan lalulintas dan kesibukan kerja antara faktor yang menyebabkan kelambatan membayar zakat.

Antara kelebihan Skim Thohir adalah:
  • menjimatkan masa
  • menjimatkan tenaga
  • tidak perlu bersesak
  • mengurangkan kos seperti perjalanan, minyak, tol dan seumpamanya

PPZ-MAIWP sedang giat melaksanakan kempen Skim Thohir 2017 dan berkolaborasi bersama pihak CIMB Islamik dimana mereka menaja hadiah-hadiah menarik seperti pakej Umrah, percutian dan wang tunai. Menarik kan? Tujuan PPZ-MAIWP adalah untuk menyebarkan kepada semua orang tentang kemudahan Skim Thohir.

Terdapat dua fasa kempen dimana fasa 1 kini sedang berlangsung hingga Julai manakala fasa 2 akan berlangsung bermula Ogos hingga November 2017.

Cara Menyertai Kempen Skim Thohir 2017

Caranya mudah sahaja iaitu bagi mereka yang belum membuat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, korang perlu melakukannya terlebih dahulu.

Sekiranya korang telah membuat bayaran zakat menerusi potongan gaji sekarang, korangperlu membuat penambahan kepada zakat anda dalam tempoh kempen berlangsung.

Borang boleh didapati di 11 kaunter tetap yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan :

1) Wisma PPZ, Dataran Shamelin
2) Plaza RAH
3) Masjid Negara
4) Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
5) Presint 9, Putrajaya
6) Presint Diplomatik, Putrajaya
7) Masjid At Taqwa, TTDI
8) Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong
9) Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
10) UTC Pudu Sentral
11) Labuan Times Square, Labuan


Selain itu, borang juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap :

1) Perbadanan Putrajaya
2) KWSP Wangsa Maju
3) CIMB Bank Setiawangsa
4) Jalan Dungun
5) Masjid Asy Syakirin KLCC
6) JLN Tunku Abd Rahman
7) Menara Binjai
8) Surau Bank Islam
9) Surau Tabung Haji
10) Tmn Melati


PPZ-MAIWP akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi. Untuk sebarang update tentang lokasi mereka, korang boleh like Facebook page mereka di www.facebook.com/myzakat


Harapan PPZ-MAIWP Tentang Skim Thohir 2017

Dengan adanya kemudahan yang telah PPZ-MAIWP sediakan, dapat memberi lebih banyak ruang kepada masyarkat untuk mereka membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t.

Tambah PPZ-MAIWP lagi,

“Kami selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyeru kepada masyarakat untuk menunaikan  zakat mereka. Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin anda tidak dikenakan zakat malah mungkin anda seorang penerima zakat. sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita”

Selain itu, dengan Zakat ini lah dapat mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada untuk menampung kehidupan seharian.

Maklumat Lanjut Jika Ada Pertanyaan Tentang Zakat

Boleh layari / hubungi Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
Facebook : Facebook.com/myzakat
Talian zakat: 1 300 88 5757
Tags

Post a Comment

2Comments
  1. alhamdulillah company tempat mama bekerja ni ada juga buat pemotongan zakat melalui gaji. senang sikit

    ReplyDelete
  2. Nak bayar zakat memang senang sekarang ni

    ReplyDelete
Post a Comment