Enter your keyword

Sayaiday's Categories








Resepi Kari Ikan Mudah Dan Cepat Dengan Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti


Kari ikan antara makanan favourite Iday.  Biasanya kalau makan dekat mamak, memang menu wajib Iday dan Islam. Iday sebelum ni memang tak pandai nak masak kari ikan sebab Iday rasa macam remeh pulak nak masak rempah kari tu. 



Tapi bila Iday tahu yang kita boleh masak Kari Ikan lebih mudah dan cepat dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti, Iday cuba masak and menjadi! Hehehe Memang mudah dan cepat.


So, Iday nak kongsikan dekat korang Resepi Kari Ikan Mudah dan Cepat dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Paling best, bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah 7 bahan sahaja termasuk Rempah Ratus Mak Siti. Mudah kan?

Resepi Kari Ikan Mudah Dan Cepat Dengan Rempah Ratus Mak Siti

Masa persediaan : 10 minit
Masa masakan : 40 minit
Hidangan untuk 2-3 orang


Bahan-bahan yang diperlukan :



250g ikan - Iday pilih ikan merah
1 pek 25g Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti - dibancuh dengan sedikit air
Santan - 1/2 biji kelapa atau 1/2 kotak santan
3/4 cawan air asam jawa
1 ulas bawang merah besar / 2 ulas bawang merah saiz kecil
1.5 cm halia
2 sudu minyak masak

Bahan wajib untuk masakan sedap ini mestilah Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti. Serius tak sangka senang rupanya nak buat kari ikan guna serbuk rempah ni. Paling best sebab ada cara-cara penyedian di bahagian belakan pek. Mudah je :)


Iday pilih ikan merah sebab memang sedap kalau dibuat kari. Islam pon suka. Hajatnya nak cari kepala ikan tetapi dah habis pula dekat pasar. Korang boleh juga guna ikan tenggiri.  



Asam jawa jangan lupa, dekat gambar atas tu takde Air Asam Jawa, boleh tertinggal pula. Make sure ada 3/4 cawan air asam jawa. Ini memang bahan penting. Hehe



Cara memasak Kari Ikan adalah :

1. Panaskan 2 sudu minyak masak terlebih dahulu.



2. Tumis bawang merah dan halia sehingga naik bau



3. Masukkan bancuhan serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti dan kacau rata-rata sehingga garing.






4. Apabila kelihatan garing, masukkan santan, air asam jawa dan ikan.






5. Biarkan sehingga mendidih. Kacau elok-elok supaya ikan tidak hancur. Korang boleh letak sayur bendi untuk menambah sedap kari ikan ni. Iday lupa pula nak beli bendi time ni. Huhu Next time masak wajib ada bendi. Hehe




6. Bila ikan dah masak, boleh siap dihidang bersama nasi. Makan panas-panas memang sedap. Lepas ni tak perlu susah-susah ke restoran mamak. Dekat rumah pon dah boleh masak. Hehehe

Next time kalau nak masak Kari Ikan ni Iday nak letak tomato dan bendi. Terliur pula tengok cara blogger masakan Maha Mahu masak Resepi Kari Kepala Ikan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Tengok gambar di bawah, tergugat iman puasa Iday. Haha


credit : gambar dari blog www.mahamahu.com

Memang senang betul nak masak dengan serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti. Cepat dan mudah. Bahan-bahan yang diperlukan pon amatlah simple. Tiada alasan untuk takde masa nak masak. Rasa kari ikan tu memang kick and yang penting Islam pon suka makan. 



Kadang-kadang masyarakat ada persepsi yang wanita yang dah kahwin dekat KL ni jarang masak dekat rumah sebab busy kerja. Alhamdulillah, sepanjang kerja and kahwin ni, Iday selalu masak untuk Islam. Lagi mudah bila ada produk dari Rempah Ratus Mak Siti. Banyak lagi jenis masakan lain dari Rempah Ratus Mak Siti ni.


Pelbagai Jenis Rempah dan Produk Rempah Ratus Mak Siti

Dekat dapur rumah Iday tu ada macam-macam produk Rempah Ratus Mak Siti and paling Iday suka adalah Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan. Ini kalau masak, mesti teringat masakan mak. Elok sangatlah tagline Rempah Ratus Mak Siti ni, Ingat Mak meti Ingat Mak Siti. Hehehe



Mak mertua pon kagum kalau menantu pandai masak Kurma. Haha 



Selain dari produk di atas, Iday nak senaraikan produk utama keluaran Rempah Ratus Mak Siti iaitu :

+ Serbuk Rempah Kari Daging 
+ Serbuk Rempah Kari Ikan 
+ Serbuk Rempah Sup 
+ Serbuk Rempah Sup Soto 
+ Sebuk Rempah Rendang 
+ Sup Tulang 
+ Sup Punjut 
+ Sup Soto 
+ Raja Sup



Semua Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin. Iday pon selalu beli produk Rempah Ratus Mak Siti dekat Giant. 

Apa yang Iday suka tentang Rempah Ratus Mak Siti adalah terjamin halal. Paling penting, produk-produk ini tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet. 




Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Rempah Ratus Mak Siti

Baru-baru ini pon Iday ada datang ke majlis berbuka puasa dan pelancaran produk terbaru iaitu dalam bentuk botol. Antara rempah terbaru dalam botol adalah Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.



Banyak penerangan dan info yang Iday dapat semasa majlis ini. Rupa-rupanya Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang tersendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR) yang terletak di Muar, Johor dengan keluasan 3,200 ekar. Besar kan?



Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan diisi dengan pelbagai program antaranya sesi memotong reben untuk pelancaran produk, pengagihan duit raya untuk anak-anak yatim dan sesi tazkirah bersama ustaz jemputan. 


Kemudian majlis berakhir dengan sesi berbuka puasa. Korang boleh check video pendek sepanjang event di bawah :)

Apa yang menariknya, kami dihidang dengan makanan 100% menggunakan produk Rempah Ratus Mak Siti. Memang sedap-sedap menu yang dihidang. Paling Iday suka adalah Soto. Tak sempat nak ambil gambar, dah licin habis. Hahaha





Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari : 

Laman Rasmi : www.maksiti.com 
Facebook Rasmi : www.facebook.com/rempahratusmaksiti 
Instagram Rasmi : www.instagram.com/rempahratusmaksiti 

Alamat : Rempah Ratus Mak Siti Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. Ladang Rempah Ratus & Herba Batu 12, Jalan Muar - Pagoh 84500 Muar, Johor. 

No. Tel : 06-9737508 / 509 
Whatsapp : 017-3309330



12 comments:

  1. Sedapnyaaaa...rajin Iday masak....

    ReplyDelete
  2. Macam best je kari ikan ni. Nak tru buatlah nanti.

    ReplyDelete
  3. Fuhhh sedap2... tengok pun dah berselera. Mmg sedap masakan dgn rempah ratus Mak Siti ni kan.

    ReplyDelete
  4. Best la guna rempah ratus mak siti. Semua jenis menu boleh masak. Senang plak tu

    ReplyDelete
  5. wahhh! senang la nak masak macam nih..ada tutorial bergambar lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. Wow details gila tutorial iday sedap tau kalau dimakan dengan sup sayurrrr..

    ReplyDelete
  7. memang senang kan guna rempah mak siti ni..dan yg plg penting, sedappp!

    ReplyDelete
  8. Hamboiii wakkkkk sedapnya kari ikan. nampak pekat.

    ReplyDelete
  9. kalo kari kan minyak tak berlinang tak sah. kalo tak berlinang tu tak jadi kari kekekek..

    ReplyDelete
  10. Masak kari ikan masa berbuka memang sedap. Buat pedas sikit untuk citarasa malaysia

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive