Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

0

Setiap anak itu rezeki – dan buat artis-artis Malaysia yang memiliki semua anak perempuan, percayalah itulah tanda limpahan rahmat dan kasih Ilahi.

Sehingga adanya hadis sahih mengenai kelebihan membesarkan anak perempuan dalam Islam, yang menunjukkan betapa besar ganjarannya di sisi Allah SWT:

“Sesiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga baligh, maka aku dan dia akan datang pada Hari Kiamat seperti ini (baginda merapatkan dua jarinya).”

— [HR. Muslim, no. 2631]

Hadis ini menunjukkan kedudukan tinggi bagi mereka yang menjaga anak perempuan dengan penuh kasih dan sabar.

Rupanya, ramai artis Malaysia yang dikurniakan semua anak perempuan – menjadi penyeri hidup dan penyejuk mata dalam keluarga mereka.

Jadi, ini adalah senarai Artis Malaysia dikurniakan semua anak perempuan. Kalau ada nama tertinggal atau info kurang tepat, korang boleh komen ye.

Almy Nadia & Fizz Fairuz

Pasangan pelakon Datin Almy Nadia dan Dato' Fizz Fairuz berkahwin pada 25 April 2014.

Mereka dikurniakan lima anak perempuan: Nur Afrina Arianna (10), Nur Afrina Aurora (9), Nur Afrina Ayra (7), Nur Afrina Aisyah (4) dan Nur Afrina Alisya yang lahir pada September 2024.




Rosyam Nor & Runika

Datuk Rosyam Nor berkahwin dengan Runika Mohd Yusoff pada tahun 1989.

Pasangan ini dikurniakan lima anak yang kesemuanya perempuan iaitu Arniesha Azureen (33 tahun), Nur Anis (32 tahun), Nurlisa (28 tahun), Syadira (23 tahun) dan Zarith Maryam (22 tahun)




Fatimah Abu Bakar & Syed Zainal

Fatimah Abu Bakar berkahwin dengan Syed Zainal Rashid Al-Yahya pada 8 Januari 1982.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak perempuan iaitu Sharifah Aleya (42 tahun), Sharifah Amani (39 tahun), Sharifah Aleysha (32 tahun) dan Sharifah Aryana (30 tahun)

Sharifah Aryana atau lebih dikenali dengan Yana popular dengan watak Orked dalam filem Mukhsin.




Afdlin Shauki

Dato’ Afdlin Shauki berkahwin dengan Maria Christina Orow pada tahun 1997 namun bercerai sekitar April 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu anak sulungnya, Mia Sara yang seorang pelakon (26 tahun), Anais dan Ileana Matin.

Dato’ Afdlin Shauki berkahwin buat kali kedua dengan Datin Marcella pada Ogos 2023.

Dia kemudiannya dikurniakan anak perempuan, bernama Inayah.



Natasha Hudson

Natasha Hudson berkahwin dengan Jay Jasmin pada tahun 2022. Ini merupakan perkahwinan ke-5 buat Natasha Hudson.

Natasha Hudson mempunyai 4 orang anak perempuan iaitu Nesse Helena, Naema Khaleela, Faatimah dan paling bongsu yang dilahirkan pada 6 Jun 2024, Kaia.



Nabil Ahmad & Zira Ayub

Nabil Ahmad berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan - Nayla Mikayla (13 tahun), Lelya Medyna (10 tahun) dan Mishall Imani (6 tahun).


Nas-T & Atita Haris

Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T berkahwin dengan Atita Haris pada 29 Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Nas Taliyah 8 tahun dan Nur Halili 3 tahun.

Mereka juga mempunyai seorang anak tiri perempuan, Nur Sofia 13 tahun dari perkahwinan Atita Haris sebelum ini.


Azad & Eira Syazira

Pada 16 September 2011, Azad mendirikan rumah tangga dengan Eira Syazira.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Ammara Sofea Rose (12 tahun), Ameisya Leann Rose (9 tahun) dan Areisya Suri Rose (7 tahun).



Pierre Andre & Nur Hidayah

Pierre Andre berkahwin dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada 23 Jun 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Aishah Andre (8 tahun) dan Zehra Andre (2 tahun)



Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Pada 4 Mei 2012, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sah sebagai pasangan suami isteri.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Lara Alana berusia 11 tahun dan Lyla Amina yang kini berusia 4 tahun.



Que Haidar & Linda Jasmine

Que Haidar dan Linda Jasmine berkahwin pada 14 Februari 2009. Namun jodoh tak panjang, mereka sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.



Faezah Elai & Heykal Hanifah

Pelakon Noor Faezah Md Elai berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah pada 9 September 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna berumur 12 tahun dan Aurora Heyrinna berumur 9 tahun.



Ummi Nazira & Dr Izzar

Pelakon Ummi Nazeera sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar pada 23 Julai 2017.

Pada 22 Ogos 2018, dia selamat melahirkan anak sulung iaitu Ayra Aneesah.

Kemudiannya, dia dikurniakan anak perempuan kedua iaitu Aysha Arsylia pada 2 Jun 2021.



Juliana Evans

Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans berkahwin dengan kerabat diraja Selangor dan Johor iaitu Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri berusia 5 tahun & Tengku Saidatul Ihsan Putri berusia setahun.



Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah berkahwin dengan anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Pada 15 April 2020, Izara selamat melahirkan anak pertama iaitu Arisa Alaia.

Dia kemudiannya dikurniakan anak kedua yang juga perempuan yang diberi nama Amara Aimina yang berusia setahun lebih.



Liyana Jasmay

Liyana Jasmay sah menjadi isteri ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Sofia Arissa memasuki usia 11 dan Selena yang berusia 9 tahun.



Amy Mastura

Pada 30 Jun 2000, Amy Mastura sah bergelar isteri Alvin Tham Suffian.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak perempuan, Adriana (24 tahun) dan Adalia (20 tahun).


Jadi ini antara senarai Artis Malaysia yang mempunyai anak yang kesemuanya perempuan. 

Kalau ada nama tertinggal atau info kurang tepat, korang boleh komen di bawah 


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)