11 Drama Korea Tentang Suami/Isteri Curang Pada Pasangan (Doctor Cha)

1



11 Drama Korea Tentang Suami/Isteri Curang Pada Pasangan | Sejak dah berumah tangga ni, drama korea pilihan Ida mesti bergenre keluarga atau tentang hubungan suami isteri.

Tetapi paling best nak tengok drama suami atau isteri yang berani curang, lepas tu dapat pembalasan setimpal atas perbuatan diorang tu.

Jadi artikel kali ini, Ida nak kongsikan 11 drama korea tentang suami/isteri yang curang.

Ini antara drama-drama yang memang buat sakit hati dan rasa nak maki orang je hahaha Tapi best sebab bila isteri yang teraniaya tu balas dendam, suami mesti menyesal habis. Memang puas hati hahaha

1. Doctor Cha (2023)

Drama ni sedang ditayangkan sekarang di Netflix, so iday decide untuk tambah je dalam senarai ni sebab drama ni pon ada kisah tentang suami curang. Tapi dia punya curang tu macam masih level-level kelakar. Macam bebal sangat yang berskandal pon.

Okay, drama ni mengisahkan tentang seorang suri rumah iaitu Cha Jeong Suk. Dia pernah menjadi doktor pelatih tetapi terpaksa berhenti kerana hamil dan ingin fokus kepada keluarga. 


Suaminya,  Seo In Ho seorang doktor professor. 


Cha Jeong Suk mempunyai 2 orang anak iaitu Seo Jung Min seorang doktor pelatih di hospital tempat kerja suaminya dan Seo I-Rang, seorang pelajar sekolah tinggi.

Ada satu kejadian yang menyebabkan Cha Jeong Suk membuat keputusan untuk meneruskan cita-citanya sebagai doktor sehingga dia akhirnya menjadi doktor pelatih di hospital yang tempat anak dan suaminya bekerja. Masa dekat sini, diorang macam buat-buat tak kenal la. 

Tapi masa ni la kantoi, suaminya berskandal dengan seorang doktor yang juga bekas kekasih lama suaminya. Bertahun-tahun punya skandal ye, memang sakit hati bila kantoi tu. 


Setakat hari ni (10 Mei 2023), baru episod 8, so sila la tengok dekat Netflix. Memang best and kelakar. 

Jumlah Episod : 16 episod
Rating Maki untuk suami curang : 😡😡😡
Rating Maki skandal/perampas : 😡😡😡😡😡



2. Woman Of Dignity / The Lady In Dignity (2017)


Drama 20 episod ini mengisahkan Woo A-Jin yang hidup mewah kerana kekayaan ayah mertuanya. Tetapi tidak kekal lama setelah suaminya mula curang. Hidup Woo A-Jin mula kucar-kacir. Park Bok-Ja seorang wanita misteri dan muncul dalam hidup Woo A-Jin dan mengajar Woo A-Jin untuk jadi terus tabah.

Paling sakit hati dekat suami Woo A-Jin, isteri punya lawa dan baik tapi tetap nak curang. Dahla taknak bercerai dengan isteri, suami dia jugak taknak berpisah dengan skandal.


Skandal dia pulak berani jumpa Woo A-Jin dan mengaku diorang ada hubungan.


Tapi cerita ni tak 100% fokus pada cerita hubungan skandal or perkahwinan Woo A-Jin. Ada jugak tentang perebutan harta ayah mertua Woo A Jin.

Tapi memang puas hati sebab pengakhiran cerita, Woo A-Jin bahagia.

Drama Woman of Dignity ni korang boleh tengok secara online (senarai website tengok drama korea) atau di Netflix.

Jumlah Episod : 20 episod
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


3. Birth Of Beauty (2014)


Sa Geum-ran seorang isteri yang baik telah berkahwin dengan Lee Kang Joon tetapi tidak tinggal bersama hampir 7 tahun kerana bekerja di US. Jadi Sa Geum-ran tinggal bersama ibu mertua dan adik ipar yang melayannya sangat teruk.

Kemudian dia dapat tahu, suaminya curang dengan pembaca berita yang popular. Perempuan tu siap mengaku dan memalukan Sa Geum-ra dengan mengatakan yang dia tak sepadan dengan suaminya tu.


Dia kemudiannya membawa diri dan ditimpa kemalangan. Semua ingat dia dah mati and paling sedih, suami dan ahli keluarga mertua dia tak datang pun ke hari perkebumian dia.

Sa Geum-ran merayu dekat doktor bedah plastik, Han Tae-Hee untuk mengubah dirinya menjadi jelita demi membalas dendam pada suaminya.


Puas hati bila tengok husband dia terkejut wife dia jadi cantik macam ni.

Drama Birth of a Beauty ni korang boleh tengok secara online (senarai website tengok drama korea) atau di Netflix.

Jumlah Episod : 21 episod
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


4. My Wife's Having an Affair this Week (2016)



Tajuk pon dah terang-terang bagitahu yang isteri dia curang.

Drama ni sebenarnya mengisahkan tentang Do Hyun Woo seorang producer TV yang menganggap dirinya bertuah kerana memiliki karier yang berjaya dan perkahwinan yang bahagia. Tetapi akhirnya terkejut apabila secara tidak sengaja terbaca mesej seorang lelaki kepada isterinya.


So, drama ni sebenarnya lebih kepada macam mana suami nak hadapi situasi tersebut sebab dia masih nak selamatkan rumah tangga dia. Dia ada juga minta pendapat orang ramai dekat forum.

Pandai kan produksi yang buat drama ni sebab pilih Song Ji Hyo untuk pegang watak isteri yang curang sebab semua orang suka Song Ji Hyo. Bila dia pegang watak tu, rasa macam susah pulak nak marah.


Tapi apa pun, memang tak patut dia curang sebab suami dia baik kot. Cuma itulah, hati manusia cepat berubah, lagi-lagi kalau jumpa yang lagi elok.

Sebenarnya selain diorang ni, ada banyak lagi kes curang yang nak ditunjukkan and masing-masing ada cerita sendiri. Memang sakit hati jugak la haha


Drama ni ada 12 episod dan korang boleh tengok secara online, boleh check senarai website tengok drama korea ni.

Jumlah Episod : 12 episod
Rating Maki untuk isteri curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡

5. My Mister (2018)


Drama ni mengisahkan tentang Dong-Hung (Lee Sun-Kyun) yang mempunyai 2 orang abang. Kalau dari luar nampak macam hidup dia okay tapi sebenarnya banyak yang dia hadap tapi tak kongsikan dekat orang walaupon isteri dia sendiri. Lagi malang sebab isteri Dong-Hung curang dengan orang yang paling dia tak benci iaitu naib presiden di tempat kerja dia.

Ji-An (IU) bekerja di bawah Dong-Hung dan hidup dia sangat susah sebab kena jaga nenek dan nak langsaikan hutang. So, dia tak pernah tunjuk gembira sepanjang hidup dia.

So, dalam drama ni akan tunjuk kisah macam mana diorang berdua ni berkawan dan sama-sama tolong diri masing-masing. Tiada sebarang romantik feeling antara diorang ye. Jangan expect any romance moment pulak.

Watak utama drama ni sama dengan pelakon utama My Wife Having Affair This Week. Kesian kan selalu dapat watak isteri curang hehehe

Drama ni agak sedih lagi-lagi part dia mengamuk and tanya isteri dia kenapa sanggup curang dengan dia.


Bila abang-abang dia tahu yang isteri adik dia curang, semua macam tak percaya dan sedih. Diorang tak sangka yang adik dia ada masalah sedangkan nampak okay je depan-depan.

Cerita ni lebih kepada hubungan kekeluargaan la. Memang menangis je kalau tengok drama ni. Korang boleh tengok drama ni secara online - boleh check senarai website tengok drama korea ni.

Jumlah Episod : 16 episod
Rating Maki untuk isteri curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


6. I Have A Lover (2015)


Drama ni panjang sikit, 50 episod ye.

Mengisahkan tentang Hae-Gang (Kim Hyun-Joo) seorang peguam yang berjaya dan disebabkan dia bercita-cita tinggi, beri kesan pada hubungan antara dia dan suami, Jin-Eon (Ji Jin-Hee).

Dalam masa yang sama suami dia berkenalan dan rapat dengan Seol Ri (Park Han Byul) yang mempunyai personaliti yang ceria sama macam isteri dia masa awal-awal bercinta dulu. Diorang akhirnya menjalinkan hubungan cinta.



Hae Gang terlibat dalam satu kemalangan dan hilang ingatan. Dia kemudiannya hidup sebagai kakak kembarnya. Nanti dia akan terserempak balik dengan suaminya yang masih menjalinkan hubungan cinta dengan Seol Ri tu.

Patutla 50 episod, complicated sangat cerita dia hahaha


Tapi drama ni memang sakit hati sangat-sangat dekat perampas/orang ketiga tu. Sebab dia yang approach laki tu ye, beria-ria sangat nak rampas hak orang. Siap ambil gambar curi-curi pastu upload dekat social media.

Suami dia pon satu, cepat sangat berubah hati dan tergoda dengan perangai ala-ala innocent perempuan tu. Play victim sangat padahal dia dok seronok caras laki orang. Nampak tak emosi tengok drama ni hahaha

Jumlah Episod : 50 episod
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


7. VIP (2019)


Drama ni macam berat sikit la, takde scene kelakar-kelakar sangat dan lebih serius.

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Na Jung-Sun (Jang Na-Ra) dan Park Sung-Joon (Lee Sang-Yoon) yang bekerja dalam satu jabatan yang bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan VIP di Sung Un Department Store.

Mereka berdua memang bahagia walaupon belum mempunyai anak. Namun kebahagian mereka tak lama apabila Na Jung-Sun menerima satu mesej misteri yang memberitahu suaminya curang dan ada hubungan sulit dengan salah seorang dalam jabatan yang sama tempat diorang bekerja.


So, drama ni buat kita berteka-teki la, antara pekerja diorang siapa yang ada affair dengan suami Na Jung-Sun.

Ida taknak bagi spoiler dekat sini tapi memang menyampah ye dengan perempuan yang rampas suami dia. Memang jahat dan tunjuk yang dia tak kisah nak rampas suami orang. Paling sakit hati bila Na Jung-Sun tahu siapa perempuan perampas tu, lagi la galak perempuan tu tunjuk dia berskandal dengan laki orang.


Then suami dia pon satu, jenis tak bercakap sangat. Stress aku laki macam ni hahaha

Jumlah Episod : 16 episod
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


8. The Last Empress (2018)


Drama ni lain sikit sebab suami dia memang dah ada kekasih, then kahwin dengan orang lain tapi still continue hubungan sulit tanpa pengetahuan isteri.

The Last Empress mengisahkan tentang Oh Sunny (Jang Na Ra) seorang pelakon teater yang ceria dan comel yang berkahwin dengan Emperor Lee Hyuk, seorang kerabat diraja. Pada awalnya memang Oh Sunny gembira la sebab dia memang ada hati dekat Lee Hyuk.

Tapi lepas kahwin baru dia tahu Lee Hyuk banyak rahsia dan salah satunya ada hubungan sulit dengan setiausaha sendiri.

Sebenarnya banyak benda lagi rahsia dalam istana tu, contohnya salah guna kuasa dan pembunuhan. Oh Sunny la yang akan bongkar segala-segalanya termasuklah balas dendam pada Lee Hyuk yang khianat dekat dia.

Drama ni bukanlah 100% serius, ada jugak babak kelakar dan romantik. Sebenarnya masa awal-awal memang geram dan sakit hati dekat suami and skandal tu, tapi bila tengok apa yang diorang dapat masa hujung cerita, macam kesian pon ada hahaha

Jumlah Episode : 52 episode (1 episode 35 minit )
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


9. Ms Perfect (2017)


Drama ni mengisahkan tentang Sim Jae-Bok yang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Akibat dari tuntutan kerja dan komitmen yang banyak, timbul masalah antara dia dan suami, Koo Jung Hee.

Rupanya dalam diam, suaminya telah curang dengan seorang perempuan muda dan cantik, Na Mi. 



Tapi yang plot twist nye, cerita ni bukan 100% tentang kisah curang suami dia dan Na Mi tetapi tentang seorang wanita yang muncul dalam hidup diorang, Lee Eun.

Sebenarnya Lee Eun ni cuba rampas suami Sim Jae-Bok dan cara dia buat rancangan tu memang physo habis. 



Tapi memang terbaik lakonan Cho Yeo-Jeong sebagai Lee Eun ni. Tengok sebab dia sebenarnya hahaha

Jumlah Episod : 20 episod
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡


10. Want A Taste? (2019-2020)


Ida rasa drama ni tak popular sangat sebab memang jarang disebut-sebut di laman sosial media. Mungkin sebab jumlah episod yang banyak melebihi 100 episod.

Tapi Ida suka sebab ditayangkan hari-hari dari Isnin hingga Jumaat. Tak terasa sangat nak tunggu 100 lebih episod kan hehe

Drama Want A Taste? mengisahkan tentang Hae-Jin, seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki 6 tahun lebih muda dan mempunyai seorang anak perempuan. Dia menguruskan restoran bapa mertuanya dan berusaha untuk tanggung pembelajaran suaminya, Jin Sang di universiti.

Malangnya, suami Hae Jin, Jin Sang menjalinkan hubungan cinta dengan Joo-Ri, anak orang kaya. Bila Hae-Jin dapat tahu, dia taknak ceraikan Jin Sang.


Tapi Jin Sang sampai sanggup mogok lapar semata-mata nak bercerai.


Dalam tempoh sulit tu, Hae Jin berjumpa dengan Dae-Gu yang juga mempunyai masalah rumah tangga.

Ida paling menyampah dengan Jin Sang, tak pernah ye jumpa watak yang sangat annoying macam watak Jin Sang ni. Memang tak tahu malu, tak kenang budi dan tak de otak haha

Yang skandal tu pon, Joo-Ri pon sama tak tahu malu, terang-terang ye minta Hae-Jin ceraikan Jin Sang. Memang sakit hati.


Ada juga part gugur air mata terutama bila mak Hae Jin tahu anak dia kena tinggal macam tu sampai meraung mak dia. Memang sedih sangat babak tu.

Tapi pengakhiran drama ni memang puas hati sebab hidup Hae-Jin berubah lebih baik dan Jin Sang dapat pembalasan atas perbuatan dia tu. Menyesal tak sudah haha

Jumlah Episod : 120 episod (1 episod 30 minit)
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡



11. The World Of The Married


Drama The World Of The Married ni memang tengah hangat sekarang dan dia punya plot twist memang tak boleh brain. Hanya orang yang ada mental kuat je boleh tengok drama ni sebab level maki dan marah dekat suami curang dan perempuan kedua tu memang tahap tak boleh bincang ye haha

The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun-Woo, seorang doktor yang menyangka dirinya mempunya kehidupan yang sempurna bersama suami dan anak lelaki. Tetapi akhirnya dia dapat tahu yang suaminya curang dengan perempuan muda. 


Paling sakit hati bila kawan-kawan dia pon tahu tentang hubungan sulit tu, siap boleh keluar bersama dengan suami dan skandal tu.


Skandal tu pula memang kurang ajar dan seronok la sebab suami Ji Sun Woo ni suka dekat dia. Kononya suami dia dah bosan dengan Ji Sun Woo sebab dia dah tua.


Jadi Ji Sun Woo membuat keputusan untuk membalas dendam tetapi lain pulak jadinya. Ida taknak bagi spoiler lebih-lebih sebab korang kena tengok sendiri.

Kalau korang tengok drama ni, memang macam naik roller coster. Sampai kau yang tengok ni pon rasa tertekan haha

Jumlah Episod : 16 episod 
Rating Maki untuk suami curang : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡
Rating Maki skandal/perampas : ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡





So, ini antara drama-drama korea yang mengisahkan tentang suami atau isteri curang dan ada  unsur-unsur "revenge". Kebanyakkan drama-drama ni ditayangkan sekitar 2014-2023. Kiranya takdelah lama sangat.

Ida akan update senarai ni kalau ada drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita lebih kurang sama pada masa akan datang.

Kalau ada drama yang Ida lupa nak sebut, korang boleh komen dekat bawah. Nanti Ida akan tambah dalam senarai ni.


Post a Comment

1Comments
  1. Ms Perfect tu ida tengok kt mana eh???? Sya cari tk jumpaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment