My Darling Inspektor Daniel - Drama Baru Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Erra Fazira

0

Eh, ada drama baru lakonan Aaron Aziz la! Drama My Darling Inspektor Daniel akan mula ditayangkan pada 31 Julai 2017. Iday sendiri tak sabar nak tengok lakonan Aaron Aziz. 



Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Shahir, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Erra Fazira pon ada! Heroin dia for sure bukan Erra Fazira tapi Elizabeth Tan. Kan? Haha

Drama ini adalah terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan diarahakan Aziz M. Osman serta skrip dari Ayuni Zamani.

Gadingan Elizabeth Tan dan Aaron Aziz adalah pertama kali dan Iday memang tak sabar nak tengok. Yang penting, drama ini bukan adaptasi mana-mana novel (ni kena check balik) Hahaha

Menurut Elizabeth Tan, 

"Sudah semestinya saya gementar. Aaron merupakan pelakon senior manakala saya pula kurang berpengalaman dan sangat baharu dalam bidang lakonan. Kadangkala wujud perasaan risau kalau-kalau saya melakukan kesilapan atau tidak dapat menghayati watak dengan baik. Namun, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga drama ini akan ‘meletup’ dan berjaya menjadi fenomena supaya potensi lakonan saya akan menjadi lebih luas."



Siap ada shahir lagi? hehe


Drama 20 episode ni bakal ditayangkan bermula 31 Julai di Astro Ria HD pada pukul 10 malam hingga 11 malam.


Untuk maklumat lanjut tentang drama ini, korang boleh check IG rasmi di link bawah :

https://www.instagram.com/mydarlinginspdanielofficial/

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)