Enter your keyword


Lazada Silap Hantar Barang, Viral Lebih 10 Ribu Share Di Facebook?


Lazada Semua Kan Ada! Masalah silap hantar barang ni Iday rasa agak normal especially bila membeli secara online. 

Kalau nak ikut kan, komen dekat social media ni bersepah tentang macam mana Lazada silap hantar barang atau barang lambat sampai sejak awal-awal dilancarkan. Tapi Lazada dah lebih 5 tahun, diorang pon makin improve diorang punya service. 

Tapi, baru je tadi viral yang Lazada silap hantar barang sampai share di Facebook lebih dari 10 ribu dan 9 ribu komen! 


Apa barang yang Lazada silap hantar sampai banyak orang share dan komen?

Eh, macam mana customer ni boleh dapat penimbang mini size macam ni? Lagi kecil dari tapak tangan. Kesian dekat customer ni. Apa la Lazada ni.


Rupa-rupanya nak dijadikan cerita, customer tersebut yang silap baca dan order. Hahaha


Customer tersebut mungkin seronok dengan harga penimbang comel yang sangat murah. Iday ada check penimbang ni dalam Lazada. 

Kalau tengok nama produk pon dah terang-terang tulis "Miniature" . Tapi itulah, harga RM12 tu lagi menarik minat. Hehehe Kalau Iday pon mungkin dah tertipu. Hehe


Apa-apa pon, jadikan ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Nak order sesuatu kena la baca betul-betul. 

Iday sendiri pon pernah berhadapan situasi yang sama. Iday order remote untuk Gopro. Disebabkan nampak murah, Iday terus beli. Tapi yang dapat adalah monopod untuk remote Gopro. Hahahaha

Tapi memang ramai yang share status Anna ni. Sampai lebih 10 ribu share dan 9 ribu komen. Kalau la share dan komen tu boleh tukar jadi duit. Dah kaya Anna tu kan. Boleh beli banyak-banyak penimbang. Hehehe Main-main je Anna. Jangan marah. 


Korang jangan kecam pula Anna ni, tadi Iday baca komen pon ada yang kutuk-kutuk Anna sebab tak baca betul-betul. Ala, semua orang pon pernah buat silap kan. Relaks2 sudah. Hehehe


Ingat ye! nak order kena check betul-betul! Hehehe

Ehem, Lazada taknak hadiahkan penimbang untuk Anna ke?




Others Post




4 comments:

  1. Ohh.maknanya bukan salah pihak lazadakan ? Salah customer yang rancak je tangan jari tekan bila tengok harga murah-murah .sebaliknya detail barang tak tengok sehabis-habisnya

    ReplyDelete
  2. Hahahha kelakar jugak kan, sekarang tgk yg ada bintang2 jer kalo xda tak nak beli, takut sampai tak púas hati tp lazada memang best senang shopping kan

    ReplyDelete
  3. aah --- kena baca betui2222, nanti senoit jer sampai ke meja

    ReplyDelete
  4. Ada terbaru ni viral tempat iron baju.hehe die dpt yh kecik..xsilap tu ntk tailor ntk gosok colar baju .. tp mmg btol mdia punya caption tu xbtol..kena tgk details bru btol .klu x rasa tertipu je.. penah tkena ..kena lebih bhati2 klu shopping kt lazada .. contoh beg tu murah die tulis material leather tp bila kita tekan details..no leather pulak

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive