Siapa dah tengok video lagu Ali, Ah Kao dan Muthu dari Namawee, Dato’David Arumugam dan Aniq?
Lagu ni sebenarnya sempena Malaysia menyambut kemerdekaan ke 60 - gambarkan macam mana 3 orang yang berlainan bangsa, hidup bersama-sama.
Sepanjang video tu akan ada montaj yang menunjukkan bagaimana Malaysia dari dulu hingga sekarang, mereka-mereka yang mengharumkan nama Malaysia dan banyak lagi.
Kenapa guna nama "Ali", "Ah Kao" dan "Muthu"?
Menurut Namawee, nama tersebut agak biasa dalam buku teks yang kita pelajari di sekolah rendah-menengah. So, nama-nama tersebut diambil dari buku teks. Kreatif betul. Hehe
Iday terkejut yang Dato' David Arumugam pon ada dalam video ni. Lagenda kot. Kata beliau lagi "“I love the song, the lyrics, and it’s beautiful for the nation."
So, kalau korang belum dengar lagi, boleh check di video atas. Ini pula lirik lagu penuh lagu Ali, Ah Kao dan Muthu.
Ali Ah Kao dan Muthu
Tiga budak yang nakal
Cikgu dan guru besar
Semua orang tak suka
Selalu ponteng sekolah
Pergi pantai makan rojak
Ibu bapa pon sakit kepala
Budak yang kurang ajar
Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah jadi orang tua
Sahabat karib macam saudara
Tetap tidak retak
Menyanyi kuat-kuat lah
Korus :
Ali, Ah Kao and Muthu bersama
Kawan selama-lamanya
Satu hati, satu jiwa
Kita semua rakyat Malaysia
Tak kira darah dan warna
Hanya satu impian satu negara
Ali, Ah Kao and Muthu
SPM pon hancur semua
Pergi bandar bersama-sama
Nak cari makan pon susah
Berkali-kali dipecat
Selalu bertukar kerja
Makan roti putih campur gula
Berkongsi apartment murah
Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah ada keluarga
Sahabat karib macam saudara
Pastu takkan retak
Menyanyi kuat-kuat lah
Ulang korus 2x
Lagu and lirik simple je tapi macam melekat dekat kepala. Elok nyanyi lagu ni dari dok nyanyi lagu Ayammee ayamme tu. Hahaha
Sebenarnya lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman nakal iday dulu. Selalu ponteng sekolah, then bukan ponteng sorang-sorang. Wajib ada bawak kawan hehehe
Alhamdulillah, dah besar ni, dah start jadi orang. Hehehe
So, apa pandangan korang dengan lagu ni?
nama Ah Kou baru pertama kali saya mendengarnya..
ReplyDeleteNama ah kau Ali dan muthu digunakan dlm buy teks 70an dan 80n.. masa tu message dgn panggilan macam tu. Mgkin ramai yg lahir era 90an tak berapa tahu mengenainya
ReplyDelete