Enter your keyword


[LIVE] Bola Sepak Final Sukan SEA 2017 : Malaysia VS Thailand


Hi korang! 

Tahun ni kan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, semestinya Iday sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan 100% terhadap Malaysia terutama sukan bola sepak. 



Kali terakhir kita menang pingat emas untuk bola sepak B-22 pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Iday masa tu tengok live dekat rumah and memang happy bila kita menang. Iday harap tahun ini kita berjaya bawa pingat emas untuk sukan bola sepak tahun ini.

Dan malam ini, Malaysia mara ke Final dan akan menentang Thailand. Iday tahu banyak isu tentang tiket bola and so on tetapi tidak mematahkan semangat Iday untuk menyokong team bola sepak Malaysia.



Korang boleh tengok LIVE Perlawanan Antara Malaysia Dan Thailand di video di bawah :





Live Video ni actually dari Youtube Kuala Lumpur 2017. Nasib baik diorang selalu buat live streaming from their channel. Hehehe



Update :

 Minit ke 38, Thailand mendahulu dengan 1-0



Thailand Menang 1-0, Pingat Emas buat Thailand dan Pingat Perak untuk Malaysia

Apa pon, Tahniah Malaysia :)

Pungutan pingat setakat pukul malam ini adalah Malaysia di tempat pertama dengan jumlah pingat adalah 264. Kita juga berjaya capai sasaran 111 pingat Emas. Tahniah kepada semua kontijen Malaysia! 

Korang boleh check carta pungutan pingat di link ini : Kedudukan, Carta Dan Kutipan Terkini Pingat Sukan SEA 2017

Iday harap Malaysia jadi juara tahun ini! Semangat berkobar-kobar ni. Hehehe

Kepada mereka yang tengok di stadium nanti, be safe okay! :)


Agak-agak berapa score Malaysia malam ini?




Others Post




2 comments:

Follow My Instagram

Blog Archive