Resepi Sambal Telur Sedap Dan Cepat



Hi


Iday nak share resepi mudah Sambal Telur yang cepat dan sedap. Bahan yang diperlukan pon tak banyak dan senang. Sebenarnya banyak je resepi sambal telur yang ada, tapi yang ni paling mudah bagi Iday.  





Oh, Iday prefer sambal telur yang dah rebus. Kalau korang nak guna resepi yang sama tapi telur goreng pon boleh :)

Bahan-bahan yang diperlukan :

4 biji telur rebus
→ 4 sudu cili boh (korang boleh guna cili kering yang dikisar)
 Garam secukup rasa
 1 asam keping (Air asam jawa pon boleh)
 2 sudu makan kicap
 Minyak masak
 1/2 cawan air

Bahan Kisar 

 1 biji bawang besar (merah)
 2 ulas bawang putih
 1 inci halia 
 3 biji cili api
 1 gengam ikan bilis 

Okay dah setel bahan-bahan, so cara nak masak pulak :)



Cara memasak :

1. Rebus telur sehingga masak, kemudian goreng telur rebus sehingga keperangan. Asingkan seketika.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan cili boh sehingga naik minyak.


2. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga wangi.

3. Masukkan 1/2 sudu gula ke dalam bahan tumis dan kacau 

(tip : mak cakap kalau letak gula, warna sambal akan jadi cantik)



4. Masukkan asam keping, sedikit air, kicap dan garam secukup rasa. Biar seketika sehingga sambal pekat dan masak. 

5. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau. 

6. Angkat dan hidangkan.


Dah boleh hidang dah. Panas-panas makan dengan nasi. 



Ni resepi paling mudah bagi Iday sebab tak perlukan bahan yang banyak. Kalau korang ada cara masakan lain, boleh share di komen bawah ye. Atau kalau korang dah cuba resepi ni, boleh juga komen. Hehe

Selamat mencuba! :)






Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday



Terima Kasih!






Others Post




No comments:

Post a Comment

Follow My Instagram

Blog Archive