Cara Mudah Periksa Kedudukan Artikel Blog Di Enjin Carian Google (FATRANK)


Hi Korang!



Korang pernah guna FATRANK? 

Sebenarnya FatRank ni adalah Chrome Extension yang digunakan untuk ketahui kedudukan artikel dalam carian google untuk satu-satu keyword.

Cara ini lagi mudah berbanding ketahui melalui "private browsing" iaitu Incognito Window. 



Iday ada tunjukkan cara bagaimana korang nak menggunakan FATRANK di bawah. Iday akan guna keyword "Resepi Kari Ikan" . Keyword ini antara usaha Iday untuk menaikkan trafik ke artikel di blog Iday : Resepi Kari Ikan 


Langkah 1 : Korang kena install FATRANK Chrome Extension terlebih dahulu. 



Langkah 2 : Buka blog/website yang korang nak periksa kedudukan artikel dalam carian Google. Contoh gambar di bawah, Iday buka blog Iday. Tak kisah samada di halaman utama atau halaman artikel. 



Korang akan nampak icon FATRANK di toolbars.



Langkah 3 : Klik icon FATRANK dan akan keluar kotak FATRANK. Isikan keyword yang dikehendaki, contohnya Iday taip "Resepi Kari Ikan"

Nota : Kalau korang nak check ranking terperinci mengikut negara dan guna link "google.com.my", korang boleh pilih "Malaysia (MY)". 




Kalau korang nak check secara menyeluruh dan guna link "google.com", korang boleh pilih "United States (COM).




Langkah 3 : Klik "CHECK". Nanti akan tersenarai 2 maklumat iaitu posisi dalam enjin carian Google dan URL yang tersenarai di posisi tersebut. 




Untuk keyword "Resepi Kari Ikan", artikel Iday berada di kedudukan no 1 dalam enjin carian Google. 

Kegunaan FATRANK lagi mudah berbanding Incignito jika korang dalam proses menaikkan rangking. Contohnya, Iday baru sahaja menulis entry tentang "Resepi Nasi Ayam".

FATRANK menunjukkan artikel iday berada di kedudukan yang ke- 25. Jika periksa melalui Incognito, Iday terpaksa cari dan periksa satu-satu kedudukan sehingga ke page-3. 


So, lagi senang kalau guna FATRANK berbanding Incognito. Betul tak?

Kalau korang nak cuba tool ini, korang boleh google "Fatrank Chrome Extension" atau check link di bawah :



Selain dari tool ni, ada tool lain yang korang sedang guna? Korang boleh share di ruangan komen di bawah ye.



Korang boleh check Tips lain di link ini : Tips Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!








Others Post




30 comments:

  1. wah bagus ni.. terima kasih awak sebab share ni!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pulak guna tools. Yang ni untuk SEO juga kan? I kena belajar juga tuh.thanks dear for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, untuk SEO. Nanti boleh cuba ye! hehehe

      Delete
  3. nice sharinG! kejap lagi bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. Thanks! Dah install memamng membantu ;)

    ReplyDelete
  5. Info menarik..

    Setakat ini saya guna ingnito je.

    ReplyDelete
  6. Baru cuba tadi. senang weh nak tengok lepas ni. tak perlu google bagai haha. tq Iday :)

    ReplyDelete
  7. I think I should try it out myself too :) thanks for the info gurl :)

    ReplyDelete
  8. okay..thanks.Nnati sa cuba ya.. nak kena install

    ReplyDelete
  9. haha that's very interesting, definitely a must try. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. Sekarang ada banyak tools untuk cek site/seo rank. Google je macam2 ada. Btw nice sharing, boleh cuba guna fatrank pula :)

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. Wah mcm menarik ni. Boleh cuba

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar sebelum ni,tak tahu pula boleh buat macam ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  13. Saya nak tau camna cara nak up kan artikel dalam google search..wuu Byk nak kene blaja

    ReplyDelete
  14. wah good info ni iday, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  15. wow tips yang bagus untuk meningkatkan SEO. akan cuba nanti

    ReplyDelete
  16. wah great info....saya try buat sekarang jugak...

    ReplyDelete
  17. Menarik juga plugin ini.. Terima kasih atas infonya

    ReplyDelete
  18. Iday memang power bab seo ni kan.. nk kena berguru nI..

    Nice sharing iday. Thanks

    ReplyDelete
  19. Wahhh... Thanks for sharing Iday. Nak cuba nanti ☺

    ReplyDelete
  20. ooo gitu ehh..iols ni dah lah buta it..
    thanks sharing uols

    ReplyDelete
  21. satu tools yang bagus nampaknya

    ReplyDelete
  22. saya ada nak tanya satu soalan, kalau kita dah tahu ranking kita kat mana, apa yg kita kena buat nak kasi ranking masuk first page google, ni yg saya x tau

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive