Enter your keyword


Khasiat Utama Bawang Putih Bakar



Hi Korang!

Hari ni Iday nak share dekat korang tentang khasiat bawang putih bakar. Sebenarnya bawang putih sendiri banyak khasiat, cuma bila dibakar, rasanya lebih sedap. Akan rasa manis dan senang nak makan. 


Ada orang memang tak suka rasa bawang putih yang mentah sebab memang susah nak kunyah dan telan. 

Menurut website kesihatan "leaf.tv", jangan bakar terlalu lama. Lebih kurang 10 minit dah okay. Jangan masak dalam microwave, takut khasiatnya lari.

Iday sendiri pon lagi suka makan yang masak atau di bakar. Sebab bau dia akan hilang dan sedap.  Tapi ingat, elakkan makan ketika perut kosong.

Antara khasiat bawang putih adalah :

Mengurangkan Angin Dalam Badan Dan Ketidakselesaan Perut

Kadang-kadang kita rasa tak sedap badan dan rasa kembung. Itu semua disebabkan dari angin yang ada dalam badan. Kalau makan bawang putih bakar, comfirm akan lega. 

Tadi pon ada beberapa netizen yang share kesan dari makan bawang putih bakar ni.



Bagus Untuk Kesihatan Jantung, Kurangkan Kolestrol Dan Darah Tinggi

Bawang putih dikatakan mampu membantu mengurangkan darah tinggi, jadi ramai doktor menyarankan pada mereka yang ada darah tinggi untuk amalkan makan bawang putih. 

Bawang putih juga mampu mengurangkan kolestrol dan membantu menghalang arteri dari tersumbat.

| sumber
Mengurangkan Risiko Menghidap Kanser

Menurut kajian, bawang putih membantu mengurangkan risiko menghidap kanser perut, kanser kolon, kanser protostat dan kanser payudara.

sumber



Mencegah Serta Menyembuhkan Deman Dan Selsema

Bawang putih mengandungi bahan anti-bakteria yang membantu meningkatkan sistem imunisasi  dan melawan bakteria serta penyakit.

Kalau ada ahli keluarga yang kelihatan kurang sihat, boleh minta dia amalkan makan bawang putih. Kalau anak-anak yang tak suka bawang putih, boleh buat sup sayur tapi letak 2-3 ulas bawang putih yang dihiris.

Korang pon boleh juga makan bawang putih untuk elakkan dari dijangkiti dan jatuh sakit.



Sebenarnya banyak lagi khasiat bawang putih bakar seperti bagus untuk kurangkan berat badan, mengecutkan jerawat dan banyak lagi. Tapi apa yang Iday senaraikan di atas adalah khasiat utama bawang putih bakar. 

Kalau ada lagi khasiat bawang putih bakar yang korang tahu, boleh komen di bawah okay!




Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!





Till then, bye!





Others Post




11 comments:

  1. wah ni tips bagus ni. tak pernah tau pun sebelum ni. nanti boleh la cuba. benda baik kan.

    ReplyDelete
  2. Bawang Putih ni wajib ada kat dapur. Selain dari tahan lama berminggu.akak standby untuk anak selsema dan Ulam utk akak. Akak kan kolestrol tinggi. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Bawang putih memang bagus untuk kesihatan. Good sharing Iday :)

    ReplyDelete
  4. Kita selalu bakar bawang putih ni untuk buat sambal kicap masuk dalam meehun sup sedap power. Tapi memang betul petua orang tua2 ni..

    ReplyDelete
  5. Oooo tak pernah dengar pasal bawang putih bakar ni. Lepas ni boleh lah cuba hehehe

    ReplyDelete
  6. Nice sharing.. tak sangka banyak juga benefit lain yang boleh kita dapat dari bawang putih nih..ingatkan untuk sedapkan makanan jer..haha

    ReplyDelete
  7. woooo my parent pun tried this....its really a lot of benefit....

    ReplyDelete
  8. Ika suka bawang putih. Kadang potong halus2 goreng dgn olive oil . Sedap makan dgn nasi or tabur atas sup. Wangi

    ReplyDelete
  9. Agree as garlic has a lot of benefit to health. I like raw garlic.

    ReplyDelete
  10. Bawang memang bagus untuk kesihatan kan. Sebab itu saya amalkan Garlic Tablet (http://www.byrawlins.com/2015/02/bawang-putih-untuk-kurus.html) sebab tak sanggup nak telan hidup2 gitu. Hehe

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive