The Bed KLCC - Hotel Kapsul Mewah Dari RM49 [Hotel Review]

7


Hi Korang!


Untuk artikel Hotel Review kali ini, Iday nak kongsi ulasan dan info tentang "The Bed KLCC" iaitu hotel berkongsepkan kapsul tetapi mewah. Dengan tagline "Your Bed in the Heart of KL" , hotel ini terletak betul-betul di tengah bandaraya KL dan berdekatan dengan lokasi tarikan pelancong seperti KLCC, Menara KL dan Bukit Bintang. 




Pastinya menjadi hotel pilihan bukan sahaja dari pelancong luar tetapi rakyat Malaysia sendiri. 


Sebenarnya "The Bed KLCC" baru sahaja beroperasi dan dilancarkan pada 12 Oktober 2017 lepas dan Iday berpeluang untuk bermalam disini bagi merasai sendiri hotel jenis kapsul tetapi mewah di tengah-tengah KL. 



Mr. Leslie Cheong during his welcome speech at the official launch of The Bed KLCC

Jujur Iday cakap, Iday dah pernah cuba beberapa hotel kapsul di Malaysia samada di KL atau luar KL, ini antara hotel kapsul yang terbaik dari segi keluasan kapsul dan kemudahan yang tersedia. 



Info & Lokasi The Bed KLCC

The Bed KLCC terletak di Vortex KLCC di Jalan Sultan Ismai. Lokasi yang sangat strategik dan berdekatan dengan shopping mall, restoran, bar, KLCC, Menara KL, Bukit Bintang dan Hard Rock Cafe. 




Selain itu, hotel kapsul ini terletak berhampiran dengan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti shuttle bus (GoKL), LRT dan Monarail. 

The Bed KLCC boleh memuatkan sehingga 170 orang dan menawarkan 6 jenis pod/suite. Saiz setiap single pod adalah 40sqft dan suite pula adalah 150sqft. Memang luas dan selesa.



Facilities/Kemudahan The Bed KLCC

Antara faktor utama kenapa The Bed KLCC antara hotel kapsul yang terbaik di Kuala Lumpur adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di sini adalah :



→ 24 jam kawalan keselamatan
→ Internet wifi  berkelajuan tinggi
→ Pakej termasuk makan pagi (breakfast)
→ Ruang tamu yang luas dengan hiburan seperti tv, buku dan majalah.
→ Ruang makan dengan percuma kopi dan tea
→ Almari/Loker peribadi
→ Air conditioning
→ Pengering rambut
→ Ironing board
→ Lif




Galeri Gambar The Bed KLCC

Iday paling suka datang di ruang lepak di The Bed KLCC. Best kalau datang buat kerja dekat sini, siap ada soket plug . Ada sofa lembut dan bean bag. Tak lupa mini library yang korang boleh cari buku-buku menarik untuk di baca. 


Kemudian lounge area, korang boleh minum coffee dan tea percuma setiap hari. Breakfast pon tersedia dekat sini. 




Sebelum ni, ada kapsul yang Iday pergi, tiada view luar. Tapi dekat The Bed KLCC memang ada tingkap. Even bilik yang Iday stay pon ada tingkap kecil. Hehehe


Kalau nak tahu, dalam bilik, dorm, lounge area memang tak dibenarkan pakai kasut. Diorang akan sediakan selipar. Bagus juga, atleast kebersihan lantai terjaga. Kalau anak-anak nak main guling2 pon takde hal. Hehe

Diorang ada sediakan loker untuk kasut. Disarankan untuk bawa mangga dan kunci sendiri. 



Free complimentary coffee dan tea!


Untuk dorm, korang kena share bilik mandi. Tapi jangan risau, ada dua jenis bilik air untuk lelaki dan wanita. 




Room & Rates The Bed KLCC
Terdapat 6 jenis pod/bilik di The Bed KLCC. Setiap pod akan menerima kemudahan yang sama iaitu lampu membaca, meja kecil untuk laptop atau menulis, Cadar cotton yang mewah, bantal yang lembut dan selesa, tempat gantung pakaian, personal power soket, loker dan tuala.


1. Family Pod Suite




→ Bilik dengan katil queen 2 tingkat.
→ Memuatkan maksima 4 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM180


2. Twin Pod Site Entry




→ Bilik dengan katil single 2 tingkat.
→ Memuatkan maksima 2 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM150


3. Queen Pod Suite




→ Bilik dengan katil queen
→ Memuatkan maksima 2 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM170


4. Single POD Suite




→ Bilik dengan katil single
→ Memuatkan maksima 1 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM138


5. Single POD Side Entry - Female




→ Katil single dalam dorm
→ Memuatkan maksima 1 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM49


6. Single POD Side Entry - Mixed




→ Katil single dalam dorm

→ Memuatkan maksima 1 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM49


7. Single POD Front Entry - Mixed




→ Katil single dalam dorm
→ Memuatkan maksima 1 orang
→ Harga untuk 1 malam adalah RM49


Macam Mana Nak Ke The Bed KLCC? (How To Get There)

Kalau korang drive, boleh Waze "The Bed KLCC" hehe :p . Kalau guna public transport, boleh berhenti di MRL Bukit Nanas dan jalan kaki je. Memang dekat. 


Boleh tengok map di bawah sebagai rujukan :






Overall

Kelebihan hotel ini adalah lokasi yang strategik di tengah bandar KL dengan harga yang sangat berpatutan. Walaupon harga bermula dari RM49, kualiti dan servis di The Bed KLCC memang tak dapat dipertikai. Iday memang puas hati dengan size pod. 


Suasana dan hiasan ruang lepak dan dewan makan pon cantik, siap ada mini bar dan mini library. Cantik untuk gambar. Hehe


Revisit? Yes, memang akan datang lagi, mungkin bila ada event dekat KL. Atau lepak dengan member.


Sesuai untuk anak-anak? Yes, memang sesuai untuk kanak-kanak, lagipon memang ada family pod. Dalam ruang lepak ada tv dan bean bag, sesuai untuk luangkan masa bersama family. hehehe


Kekurangan? Kalau korang pilih pod dalam dorm, kena tahu yang korang kena share bilik mandi dan kemungkinan ada bunyi kawan satu dorm sembang2. Kalau nak senyap, boleh ambil yang jenis bilik.


Tapi itu lah, kalau ada -ada pertanyaan tentang isu ni, boleh terus contact pihak Sekeping Jugra. Diorang lebih arif :)





Contact & Booking

No 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur , Malaysia. 
+603-2715 2413 
bookings@thebedklcc.com

https://www.facebook.com/thebedkl/
https://twitter.com/thebedklcc
https://www.instagram.com/thebedklcc/



Kalau suka artikel ni, boleh share! Sebarang pertanyaan di ruangan komen bawah :)

Post a Comment

7Comments
  1. Menarik hotel ni.. ID pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Bilik yang single/queen tu, shared bathroom ke iday? -http://kakijalans.com

    ReplyDelete
  3. Bagus ada hotel yg dkt2 ngan mrt lrt shuttle bus ni..yg ni mmg ramai yg suka...harga pun not bad

    ReplyDelete
  4. lawaa jgk deco tempat ni.. Suka tgk blh buat shoot.. Suka tgk mcm ruang ada rak buku tu.. Kan best kalau kat rumah sendiri hehe

    ReplyDelete
  5. wah.. nampak luas dari hotel kapsul yang lain.. yang untuk loker tu camne nak bawak mangga lain.. mcm takleh mangga je loker tu iday

    ReplyDelete
  6. Bestnya tengok blik tdonya, harga pn murah

    ReplyDelete
Post a Comment