Hi Korang!

Yeay! Hari ni dah dapat payment dari Adsense. Alhamdulillah :) 



Sebenarnya Iday dari hari tu nak cerita tentang Adsense dekat blog, tapi taknak share lagi selagi belum dapat payment. Tadi dah check, dah selamat masuk dalam akaun dah :)

Iday start apply Adsense June 2016, masa tu memang saja nak try. 




Tapi kena reject dengan Adsense. Mula-mula sedih jugak tapi tak putus asa and check balik dekat website, apa problem sampai kena reject. Buat research and follow step dan tips untuk dapat approval Adsense. 

Iday optimize blog, buang semua faktor-faktor yang jadi sebab kena reject. Then apply lagi tapi kena reject lagi. Sampai dah malas nak layan dah Adsense ni. Hahaha 

Lagipon time tu kerja dengan Lazada, so, ada gaji bulanan, sebab tu tak kisah sangat. Ada pulak job review every month, so tak kecewa sangat kena reject Adsense. 

Tak lama lepas tu , Iday apply buat kali terakhir. Ini memang suka-suka apply. Dan tak mengharap pon. 

Adsense Approved

Tapi pertengahan August 2017, Iday tergerak nak test letak iklan Adsense di blog. Sekali keluar iklannya. Masa tu memang terkejut dan pelik. 

Iday pon pergi check email Adsense. Sekali, Iday punya request dah approved 28 Disember 2016. Dan Iday baru nak letak akhir Ogos 2017. Sia-sia  7 bulan tak letak Adsense. Huhu




Ayue bising, dia cakap kalau letak awal-awal, mesti syok dapat double time bulan puasa sebab traffic memang tinggi time tu.

Padah tak check email Adsense. Sebab masa tu fikir dah give up. 

So, Iday start letak iklan Adsense di blog dekat penghujung bulan August 2017. Syarat bayaran dibuat adalah $100. So, hujung bulan September, Iday berjaya lepas $100. 

Dapat Bayaran Pertama

Kalau ikut jadual pembayaran, Adsense akan mula proses pembayaran 21th setiap bulan, so 5 hari dalam tempoh tersebut, akan dapat payment terus ke akaun bank :)

Tapi every 21hb setiap bulan, korang akan dapat email ni (kalau dah lepas $100)



Dan tadi check Maybank, dah masuk duit dari Adsense ni. Alhamdulillah, bulan lepas dapat $249, lebih kurang RM1000. Hehe 

Bulan ni pon dah lepas $100, harap-harap lepas ni konsisten dapat bayaran dari Adsense. Sekarang pon tengah usaha nak naikkan trafik blog dari carian google. Kena mantapkan lagi SEO dekat blog ni. Hehehe

InsyaAllah, nanti Iday kongsikan info dan tips adsense dekat blog. Sama-sama kita belajar okay! Hehehe

Nota : Lupa nak bagitau, jumlah bayaran ni termasuk Youtube Channel Iday sekali :) Jangan lupa check video latest di Youtube Channel Iday dibawah :