Jab Harry Met Sejal (Shah Rukh Khan) - Movie Review & Info

2



Hi Korang!

Siapa peminat Shah Rukh Khan memang wajib tengok filem ni, berkali ganda lagi best dari Dilwale. Sepanjang tengok filem ni, memang asyik senyum je, lagi-lagi dengan muka hensem macho Shah Rukh Khan. Hehehe



Iday dah lama nak tengok filem ni tapi belum jumpa video online yang HD. Nasib baik tadi dah jumpa and memang terbaik siap ada subtitle. Hehehe Nanti Iday share link di penghujung artikel ni. Nak buat ulasan dan pandangan Iday tentang filem ini. Hehehe



Tapi ingat ye, ini pandangan Iday. Kalau korang tak setuju, Iday tak boleh buat pape. Pandangan setiap orang berbeza. Iday tahu banyak yang bagi bad review tentang movie ni, tapi bagi Iday, Iday suka. Better than Dilwale. Hehehe



Sinopsis Jab Harry Met Sejal

Filem ini mengisahkan tentang Harry seorang tourist guide di Amsterdam. Harry seorang playboy dan sering bertukar teman wanita. Tetapi seorang yang baik dan peramah. 

Selepas selesai menghantar sekumpulan pelancong di lapangan terbang ke India, Harry terserempak dengan Sejal, salah seorang dari pelancong yang baru dia hantar pulang. Sejal hilang cincin pertunangan. 

Sejal meminta pertolongan Harry untuk melawat semua tempat yang sebelum ini dilawati oleh Sejal untuk mencari semula cincin tersebut. 

So, bermula la pengembaraan antara Harry dan Sejal. 

Ini sinopsis filem Jab Harry Met Sejal. Iday tak nak cerita terlalu detail. Nanti korang kena tengok sendiri. 

Tapi Iday nak higlight la apa yang Iday suka tentang filem Jab Harry Met Sajal dan kenapa korang patut tengok filem ini. Hehehe

Peminat Shah Rukh Khan? Wajib tengok!

Serius, kalau korang memang minat Shah Rukh Khan, ini antara filem lakonan beliau yang korang patut tengok. SRK hensem gile dalam filem ni. Hahaha yela, watak playboy kan. 

Dia nampak berusia around 30-40 dan nampak sasa dalam filem ni. Abang sado. Hehe

Lakonan SRK pon memang tak patut disoalkan, bagi je la apa watak sekali pon. Tapi serius, tengok dia berlakon dalam filem ni, sepanjang masa Iday senyum je. Hehehe

Semua Lagu Best! Radha My Favorite!

Mula-mula Iday tahu filem ini dari lagu dalam filem ini iaitu Radha. Masa tu diorang tengah promote filem ini lagi. Then after dengar lagu tu, terus cari filem ni tapi tak jumpa online.
 



So tunggu je la sampai available online. Hahaha 

Ini video lagu kegemaran Iday dalam filem ini :


Sebenarnya sekarang susah nak suka lagu-lagu filem hindi sebab terlalu moden. Tak macam dulu, siap hafal lagi. Tapi lagu ni, first time dengar, dah melekat kat kepala. Hahaha


Cinematography Power!

Ada 5 lokasi yang dipilih untuk filem ini iaitu Amsterdam, Prague, Budapest, Lisbon dan Punjab. Kesemua tempat ni memang lawa and shot memang superb. Memang lawa teruk. 



Sebenarnya jalan cerita filem ni simple je, pengembaraan mencari cincin Sejal. Tapi sepanjang perjalanan tu, diorang makin close and start kenal diri masing-masing. Cuma jalan cerita tak diterapkan secara detail. Ada part yang tergantung, especially kenapa Harry tinggalkan rumah dia. 

Tapi Iday tak suka watak Sejal yang macam senang. Senang into relationship, padahal dia dan ada tunang. Itu side negatif dari filem ni. Lain la kalau ditunjuk, perangai tunang yang tak elok or Sejal tak cintakan tunang dia. Tapi awal-awal dah tunjuk yang tunang Sejal ni ambil berat tentang Sejal. 

Overall, filem ni jenis simple. Sedap-sedap mata memandang dan dengar di telinga. Hehehe

Boleh layan tapi jangan expect terlalu tinggi. 

Kalau korang nak tengok online, Iday letak link di ruangan komen di bawah :)

Yang dah tengok, apa pandangan korang tentang filem ni?




Post a Comment

2Comments
  1. Boleh tengok online sini : http://lynk.my/Guv1AghV

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEayy...macih dik. Akak pun suka SRK. Lama tak layan die berlakon. :)

      Delete
Post a Comment