Cara Meningkatkan Trafik Dan Pendapatan Google Adsense Dengan Matched Content

21


Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak kongsi cara meningkatkan trafik dan pendapatan Adsense dengan Matched Content. Tetapi, diingatkan yang Iday bukan lah terer atau pakar dalam Adsense tetapi cuma sekadar berkongsi apa yang Iday tahu :)



Apa itu Matched Content?

Matched Content adalah free recommendation tool untuk mempromosikan artikel berkaitan atau relevan kepada pembaca di blog korang. Seterusnya meningkatkan pageview di blog korang. Konsep sama seperti "Related Post". 

Cuma yang berbeza, Matched Content disediakan oleh Google Adsense manakala "Related Post" adalah dari widget di blog atau third party (contohnya : LinkWithin)

Ini adalah contoh Matched Content dalam blog Iday. Kalau perasan, yang Matched Content ni akan ada perkataan "Powered by Google".


Yang ini pula adalah yang biasa, widget related post yang sedia ada dalam blog Iday.

Adsense akan memilih artikel yang berkaitan untuk dipaparkan dalam Matched Content, so nanti lagi lama pembaca di blog korang apabila mereka klik untuk membaca artikel-artikel lain. 

Macam mana nak meningkatkan pendapatan Adsense dengan Matched Content?

Selain dari meningkatkan trafik di blog korang, Adsense akan memberi kelebihan dengan meletakkan ads pada Matched Content tersebut. 

Contoh iklan adsense dalam Matched Content di blog Iday :



Iday memang dapat jana pendapatan dari iklan Adsense pada Matched Content Iday. Antara jenis-jenis iklan yang ada dalam blog Iday, Matched Content yang paling banyak klik. 


Ini pula earning (bulanan) yang diperolehi dari iklan pada Matched Content di blog Iday. 



Tapi ingat, tujuan utama Matched Content adalah menambah trafik dan minat pembaca pada blog korang . So, jangan kecewa kalau paparan iklan belum muncul di Matched Content korang. 



Syarat-syarat untuk mendapatkan Matched Content

Untuk mereka yang dah ada Adsense dalam blog korang, korang boleh check samada blog korang boleh menggunakan Matched Content ni atau tidak. 

Ini kerana terdapat syarat-syarat yang perlu ada pada blog/website korang untuk dapatkan Matched Content ini. 

Syarat-syaratnya adalah (info 2016) :

- Trafik blog setiap hari melebihi 1000 visit
- Jumlah artikel melebihi 1000 (jumlah artikel + pages)
- Setiap artikel mesti ada unique images (gambar sendiri)


Cara untuk semak jika blog korang layak untuk menggunakan Matched Content


Korang boleh check samada blog korang ada fungsi Matched Content dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :


1. Mula-mula Log in ke akaun Adsense
2. Pilih "Settings"
3. Kemudian klik "My Sites"

Nota :
- Jika ada "Matched Content"  dibawah menu "My Sites", blog korang layak menggunakan Matched Content.

4. Jika blog/website korang tersenarai, korang boleh menggunakan Matched Content



Cara dan tutorial meletakkan Matched Content dalam blog


1.  Log in ke akaun Adsense
2. Pada panel navigasi di sebelah kiri, klik "My ads"
3. Kemudian klik "+ New ad unit"



4. Pilih "Matched Content"(rujuk gambar di bawah)




5. Kemudian korang boleh ubahsuai "style" Matched Content mengikut kehendak korang.



6. Jika terdapat pilihan "Ad option", itu bermakna blog korang layak mendapatkan iklan Adsense pada Matched Content. Korang boleh pilih nama yang sesuai untuk nama ad unit korang (supaya senang nak track performance dekat report)



7. Kemudian boleh klik "Save" dan dapatkan code Matched Content



8. Tempat yang paling sesuai adalah di bawah artikel dan sebelum komen. Search perkataan /article> dan paste code Matched Content sebelum perkataan /article>




Siap! Nanti paparan Matched Content akan muncul di blog korang. 

Baru-baru ini pon, kawan blogger Iday iaitu Luqman telah berjaya mendapatkan Matched Content dan meletakkan di blog beliau. Luqman juga ada kongsikan tutorial memasang Matched Content. Korang juga boleh rujuk artikel Luqman pada link di bawah :


Selamat mencuba dan semoga artikel ini dapat membantu korang meningkatkan trafik dan pandapatan Google Adsense dengan Matched Content

Kalau ada masalah dengan tutorial ini, korang boleh komen di bawah atau tinggalkan mesej di Facebook Page Sayaiday (link).



Post a Comment

21Comments
  1. Ccl baru tahu berkaitan dengan matched content ini . InsyaAllah akan cuba tutorial .tapi kena minta adsense approve dulu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk tutorial ni .. kak Rose nak checklah, blog kak Rose layak ke tak..

    ReplyDelete
  3. Bagus atas perkongsian ini. Saya belum ada adsense lagi

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus. Details sangat. Siaoa yanga da adsense boleh try cara iday. Saya dh apply tp belum lulus lagi

    ReplyDelete
  5. Nice info ni..boleh praktis kan nnti...tq 4 sharing

    ReplyDelete
  6. Template lama hari tu ada pasang..ni dah tukar template lupa pulak nak pasang balik..tq iday..

    ReplyDelete
  7. Terus cik en buat.. boleh rupenye.. tq a lottttt . Muahhh

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi ni boleh cuba nanti.. Masih dalam belajar pasal adsense ni

    ReplyDelete
  9. Great content. Matched contents ni boleh bnyakkan lagi trafik blog.

    ReplyDelete
  10. jeles nya tb baca.. huhuhu tb xde adsense .. huwaaa.. macam mana nak bagi dapat.. apa2 pun tb nak bookmark yang ni ..kot esok2 dapat adsense leh rujuk .. hee. linkwithin tb biasa dengar matched content sama makna rupanya..ok.. senang faham

    ReplyDelete
  11. Terbaiklah iday. Akak tahu akak ada matched content ni bila adsense email inform kata akak boleh increase adsense dgn meletakkan matched content

    ReplyDelete
  12. Tq sgt2 utk info ni... budak baru belajar. Rupanya 4 blog saya dah boleh letak kod matched contents ni.

    ReplyDelete
  13. Terbaik perkongsian ni.. Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  14. baru tahu tentang ini.. tapi masih tak cukup syarat..kena lebih usaha ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  15. Good infos..pun bru tahu pasal Matche COntent ni..kena edit sket la pasni. Tq for sharing

    ReplyDelete
  16. Ooo... baru ku tahu matched content

    ReplyDelete
  17. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Baru saya tahu kelebihannya...

    ReplyDelete
Post a Comment