Ulasan FIlem Hichki Dan Pengalaman Bekerja Dengan Pesakit Tourette's Syndrome


Hi Korang!



Iday sebenarnya nak buat ulasan tentang filem Hichki lakonan Rani Mukherjee ni. Tapi sambil-sambil tu Iday nak cerita pengalaman bekerja dengan seseorang yang ada syndrome ni. 


Sinopsis Filem Hichki

So, filem ini mengisahkan tentang Naina (Rani Mukherjee) yang mempunyai masalah Tourette Syndrome. Satu penyakit yang tak ramai orang tahu. 


Tourette Syndrome menyebabkan gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaha atau berulang-rulang.


Naina bercita-cita untuk menjadi guru tetapi disebabkan masalah TS, beliau gagal sebanyak 12 kali temuduga. Tapi akhirnya dia berjaya tapi bermula la pengalaman dia sepanjang jadi guru di sekolah tersebut. Especially dia kena deal dengan 14 pelajar yang degil.



Ulasan Filem Hichki


Bagi pandangan aku, filem ni best sebab kita diperkenalkan dengan Tourette Syndrome which is tak ramai orang tahu. Then dia ada tunjuk apa yang penghidap tu rasa and bagaimana pandangan orang lain tentang tingkah-laku penyakit tu sendiri. 

Tema filem lebih kepada pendidikan, macam mana Rani Mukherjee nak bantu 14 pelajar ni berjaya walaupon dia dalam keadaan macam tu.




Ada isu-isu lain seperti pelajar yang kurang mampu tapi punya semangat untuk belajar walaupon disisihkan. So, peranan guru penting dalam situasi ni.

Jalan cerita simple dan tapi boleh diagak. Ada babak kelakar dan babak sebak. 


Lakonan Rani dan 14 orang pelajar tu memang menjadi. Cara Rani bawa watak pesakit Tourette's Syndrome memang berkesan.

Memang best filem ni. Korang boleh try tengok. Hehehe

Iday bagi rating : 8/10 


Pengalaman Bekerja Dengan Pesakit Tourette's Syndrome

Masa Iday tengok filem ni, ada babak macam mana reaksi orang awam bila pertama kali berdepan dengan penghidap TS ni. Reaksi tu sama masa mula-mula Iday kenal Ann Khoo.



Iday ingat yang masa tu, hari pertama kerja. Kebetulan bos Iday memang rapat dengan Ann Khoo. So, tiba-tiba Ann Khoo menjerit. Ingatkan dia marah someone. Nasib iday punya teammate explain and baru la gigih google tentang TS ni.

Kadang-kadang dia akan duduk di meja team marketing. Bila dia mula tunjuk "tic", contohnya menjerit atau mengeluarkan bunyi secara tiba-tiba, memang terkejut.

Lagi-lagi bila kau tengah fokus buat kerja. Tapi lama-lama kau akan terima benda tu sebagai normal.

Tapi ada time, yang dia tiba-tiba menyanyi. Itu memang kelakar. Nak gelak tak sampai hati tapi memang terhibur. And nasib baik dia okay je. Siap gelak sekali. Hehehe

Paling best, bila anak buah dia tak buat kerja elok-elok. Kadang-kadang dia "tertunjuk" marah dia, menjerit sampai satu ofis terkejut. Memang nasib la. Hehe

Iday memang respect dengan keupayaan dia untuk handle TS sampai dia berjaya. Sekarang pon dia dah jadi Head of Digital Marketing dekat Hermo. So, dia tak jadikan TS ni sebagai penghalang dia untuk berjaya.

Dia pernah dijemput untuk bercakap untuk event Ted. Korang boleh tengok video dibawah :





Sekarang filem ni dah tak ditayangkan dekat wayang. So, kalau korang nak tengok filem ni boleh check link dekat ruangan komen di bawah ye. Hehehe

Selamat menonton!







Others Post




1 comment:

Blog Archive