New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Viral Steamboat Ala-Ala Oden FamilyMart




Hi Korang!

Hari tu baru je try makan Oden dekat Family Mart. Tiba-tiba dah viral Resepi Steambot Ala-Ala Family Mart dekat Facebook. Ramai yang cakap sebijik sama dengan rasa Oden di Family Mart. Betul ke?

Apa lagi, terus ajak Islam buat sebab teringin pulak nak makan Oden FamilyMart tu. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan pon mudah sangat. Iday ada buat video masak dan reaksi kitorang masa makan steambot ala-ala Oden FamilyMart ni. Boleh check video di bawah okay :)




Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Kuah Steambot Ala-Ala Oden Family Mart

→ 1 Pes Asam Pedas (Iday guna brand Adabi)
→ 2-3 Pes Tomyam (Brand Adabi jugak)
→ 1 1/2 liter air (setengah periuk nasi)
→ 1/2 lemon atau limau nipis
→ Garam secukup rasa

Cucuk-Cucuk Steambot (ini ikut suka hati korang la hehe)
→ Seafood Tofu
→ Fish ball
→ Chicken ball




Cara Memasak Steambot Ala-Ala Oden Family Mart :

Ini video resepi Steambot Ala-Ala Oden Family Mart. Agak-agak korang, sama tak macam Oden Family Mart tu? 




1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.

2. Masukkan perencah asam pedas, pes tomyah, perahan lemon dan garam secukup rasa.

3. Kacau seketika dan kemudian bolehla masukkan bahan-bahan cucuk steambot tu



Then MAKAN SAJO! Hahaha



Senang sangat resepi ni oi. Kalau korang nak advance sikit, letaklah sos tiram sebab baca dekat Facebook tu, ada yang tambah sos tiram hehe




Apa yang tak best bila buat resepi ni adalah susah nak cari barang frozen tu. Hahaha Kitorang siap pergi Speedmart, Giant dan Hero Market semata-mata nak cari yang sama exactly macam Oden dekat Family Mart. Tapi tak jumpa Hahaha

Tapi nasib baik jumpa jugak Seafood Tofu walaupon tak sebesar macam dekat FamilyMart. Hehehe



Selamat mencuba Resepi Viral Steambot Ala-Ala Oden FamilyMart!








---------------------
Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓↓↓
---------------------

24 comments:

  1. Tak pernah try lagi oden fresh mart tu. Bolehlah kot cuba yang resepi ni. Nak dapat bahannya pun mudah je

    ReplyDelete
  2. kak liez nak try buat.. layan makan kat FM tu

    ReplyDelete
  3. sgt viral nih.
    aida da beli few bebola. tapi tu la.
    gi mydin. gi family store. gi jusco. pes asam pedas tu abis.
    sebelum ni, tak pernah abis pes tu ha ha ha ha...
    so lom la buat. boleh aje nak buat guna pes asam pedas sendiri.
    tapi, demi nak ikut yg viral, aida tetap akan cari pes asam pedas adabi tu hi hi hi hi :)

    ReplyDelete
  4. Dekat Penang belum ada cawangan Family Mart lagi. Insyaallah akan ada nanti. Masa gi KL pernah Cuba . Ramai dah viral resepi ni .Rasa nak but sendiri juga kat rumah .

    ReplyDelete
  5. Nak kena try juga resepi ni lah. Agak-agak sedap kita try jual depan rumah nanti..hahaha tak yah nak g kl dah nanti nak makan oden..senang lak tu nampak..

    ReplyDelete
  6. Alamak mudahnya bahan2 nk buat oden ni.Tak payah nk beratur panjang2 kt FM tu. Nk kene try ni.Thanks share resipe. Harap2 menjadi lah ye..hehehe

    ReplyDelete
  7. Tak rasa lagi oden yang yang sebenarnya macam mana , nak kena try dulu baru boleh buat hihihi senang je resepi nya

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this recipe, with this I can save money hahaha I always overspend at Family Mart.

    ReplyDelete
  9. Dah pernah makan Oden ni dulu. memangs edap nak pulak makan masa time sejuk hujan. layan habis. Sekarang viral pulak buat kuah dia ya.. nanti boleh la cuba ada resepi ni. lagi satu suka Family Mart sebab ice cream dia..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan steamboat di Oden Familymart. Tapi kalau dah share resepi macamni, boleh try buat sendiri untuk rasa kan..nak cari di Terengganu ni memang tak pernah nampak sign Oden Familymart kat mana2..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try oden ni semua yang oernha makan cakap sedap. Nanti nak. Try jugaklah. Nampak sedap plak

    ReplyDelete
  12. Setakat ni dah dua kali makan oden dkt FM tu.hahaha.sedap gilaa tapi mahal skit.so lepas baca artikel ida ni amni nak buat sendiri la sebab maha senang cara dia hahaha.

    ReplyDelete
  13. SR suka gilaaaa dengan FamilyMart ni. Oden dia memang superb. Cukuplah segalanya. Cukup rasa pedas, manis, masin, masam. Wuish! Tu belum lagi part ice cream softserve dy. Maigoddd! FamilyMart memang tempat fav SR. SR approved 100% entri ni. hahahaha! Meh jenguk blog SR: www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  14. Senangkan buat dia. Akk dah repeat banyak kali sebab senang giler nak buatnya. Kalau beli banyak2 mcm ni dkt family mart mesti mahal hehe

    ReplyDelete
  15. Baru lpas buat oden version sdri dekat rumah...to be truth..saya x gemar sangat rasa oden kt family mart tu..so saya alter ikut taste bud saya

    ReplyDelete
  16. Ouh...tak tahu pulak yang tambah sos tiram lebih sedap ini. Macam ini kena cuba lar lain kali dengan sos tiram. :)

    ReplyDelete
  17. Mudah juga nak buat oden nie yea.. cuma nak kena cari pes yg bersesuaian.. boleh la cuba masak utk anak2 AM.. xyah beratur panjang di FM lagi..

    ReplyDelete
  18. Senang aje kan nak buat rupanya. Masak kuah dia je, malas-rajin je sekrang. Makan dengan nasi pun sedap.

    ReplyDelete
  19. wahhh dah ada resepi ni TB teringin pulak nak buat sendiri.. tengok bahan nya pun mudha aje.. nanti nak ajak hubby masak sama-sama lah.. tengok iday dgn islam makan pun macam nyum2 je..

    ReplyDelete
  20. kalau pergi shopping mall memang selalu singgah familymart makan ni. selalu makan yg tomyam. lepas ni boleh masak sendiri la ye. tq iday

    ReplyDelete
  21. tak pernah cuba lagi. nampak sedap bila dan teringin pulak nak rasa bila tengok ramai yang share ..

    ReplyDelete
  22. ala nak buat nak buat... okay lepas ni kene shopping bahan dulu la hehe

    ReplyDelete