Assalamualaikum,
Sedang aku scroll timeline instagram, aku terhenti pada post Fynn Jamal yang meluahkan rasa sedihnya tentang kehilangan seorang teman beliau iaitu Azrafe Zaky. Pada mulanya aku tak kenal siapa Azrafe Zaky, tetapi bila aku google, rupa-rupanya arwah adalah founder kepada JOHO Concept Store dan juga ahli kumpulan Komplot.
Aku pernah tengok kawan aku, Yana pernah pakai baju JOHO ni. kalau korang perasan, 8tv Quickie punya studio set up tu sebenarnya hasil kreatif JOHO.
pengaruh JOHO sangat besar kat Malaysia ni dan ini adalah hasil usaha arwah sendiri. Antara luahan kesedihan tentang pemergian arwah di twitter.
aku tak boleh nak cakap banyak sebab aku sendiri tak kenal arwah, tapi bila cerita tentang JOHO baru aku tahu yang arwah bukan calang-calang orang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan di tempat2 orang beriman. Insya Allah.
Mohamed Khaled ( right) and JOHO CEO Azrafe Zaky Abd Rahman (left) looking at a wall mural after launching the Creative Hub. | Link |
source : twitter |
Innalillah..Al-Fatihah...
ReplyDeleteSekarang banyak betul org meninggal tak disangka2 kan.. lepastu muda2 lagi semua.. :(