Header Ads

Resepi Ayam Percik Paling Senang Dan Sedap





Hi korang,

Siapa suka makan Ayam Percik? 
Sebenarnya, mudah sangat nak buat ayam percik kat rumah. So, kali ini Iday nak share resepi mudah masak ayam percik. 


Bukan apa, baru-baru ni kan viral ada yang beli ayam percik dekat bazar tapi tak betul-betul masak. Apa kata korang buat sendiri je, lagi puas hati hehehe. 


Bahan-bahan yang diperlukan :

→ 6 ketul ayam 

→ 6 biji cili kering
→ 2 biji bawang
→ 2 batang serai (1 akan dikisar, 1 lagi akan di tumis)
→ 1 asam keping
→ 6 biji cili api (kalau nak pedas, boleh letak lebih)
→ 1 inci halia
→ 2 inci kunyit hidup
→ 2 helai daun kunyit
→ 3 ulas bawang putih
→ 1 kotak santan
→ 2 helai daun limau purut
→ gula dan garam








Cara memasak Ayam Percik :

Korang boleh rujuk video resepi ini atau resepi bertulis di bawah :






 1. Kisar bahan-bahan ini terlebih dahulu : 


1 inci halia, 
6 biji cili kering(direbus terlebih dahulu) 
2 inci kunyit hidup, 
1 kotak santan - letak half pon boleh
6 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dipotong halus) - optional
Air satu cawan - optional





Ini memang cara Iday, kisar dengan santan. Kalau korang taknak kisar dengan santan, korang boleh letak santan semasa tumis nanti.








2. Hiris halus daun kunyit dan daun lima purut. 





3. Ketuk 2 batang serai. Panaskan minyak dan goreng serai sehingga naik bau. 




4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Korang boleh guna double sided pan atau mana-mana kuali. 


Iday guna double sided pan sebab senang terus panggang ayam percik tersebut dan nak ayam masak cepat. Lagipon boleh tutup, so ayam tu elok diperap dalam kuah percik tadi. 






resepi ayam percik mudah

5. Agak-agak dah pecah minyak,  masukkan asam keping, ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Gaul-gaul dan letak gula dan garam sebagai penambah perasa.




resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah

6. Bila ayam dah masak, asingkan dengan kuah percik tadi. Then korang bakar la ayam percik tadi dalam double sided pan atau oven. Nak bakar atas pemanggang pon boleh.




resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah

7. Kuah percik tadi, korang boleh masak sampai dia jadi kuning keperangan pekat. 



resepi ayam percik mudah

8. Bila ayam dah masak, cuma perlu tuang kuah percik tadi. Simple kan. Hehehehe



resepi ayam percik mudah



resepi ayam percik mudah


Siap! Boleh makan dengan nasi! Nak makan dengan roti pon boleh. Hehehehe Mudah kan :)

Kalau korang suka resepi ni, korang boleh share ye! :)
Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)

Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ayam Percik Mudah dan Cepat ini. 


ayam percik mudah


Selamat memasak!


Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


20 ulasan

Aliza Sara berkata...

WAH! nk try lah masak. hehe. Iday tulis dalam blog macam senang je :D

Nadratul Syazwana berkata...

Cantik lah gambar semua! Jealous nya TT_TT Ini ke guna husband photog bestnyaaa.

sayaidaydotcom berkata...

Hahaha, ni sendiri shoot la nad. husband amik gambar event je, masak-masak ni dia tak berapa nak join, kang tunggu dia amik gambar, tak jadi masak laaaaa. sebab nak amik gambar betul2. hehehe

sayaidaydotcom berkata...

Trylaaaa, ni memang iday try buat yang jenis simpleeee. ehehehe

Halim Brothers berkata...

Wah Iday masak ke ni? Nyum.. Nyum...

Cheq hanie berkata...

Wah..bestnya...terliur tgok...

Suria Amanda berkata...

Best..suka2...nanti akak buat akak share eh iday

Ummi Hanie berkata...

Thamx iday.

Saya refer smbil masak. Anak2 kata sedap 😃

Unknown berkata...

Nak try la ... Mcm menarikkk jeee

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Tak susah nak masak ni. Boleh cuba buat sendiri kan ayam percik ni.

Awanama berkata...

Dah cuba masak ni 3 kali! So sedap alhamdulillah. I tried to tambah lengkuas too. Thank you for sharing :)

Kongxie berkata...

dah lebih 20 kali dah masak guna resepi ni..simple dan sedap..highly recommended.

Awanama berkata...

Nampak sedap.. Will definitely try

Awanama berkata...

Dah try resepi ni..mmg sedap..husband & anak2 ckp mcm mkn kt kedai..thank you for the recipe

sayaidaydotcom berkata...

terima kasih sebab sudi cuba resepi ni hehehe

sayaidaydotcom berkata...

wahh sampai 20 kali. terima kasih sudi cuba resepi ni :)

sayaidaydotcom berkata...

selamat mencuba!

sayaidaydotcom berkata...

memang tak susah! yang penting, boleh banyakkan kuah kalau suka hehe

sayaidaydotcom berkata...

tak pernah tambah lengkuas, nanti nak cuba hehe

Unknown berkata...

Terima kasih byk2 kerana kongsi ilmu. Semoga murah rezki..