Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram : Harga Dan Menu

0

Entry makan lagi,


Macam mana tak tembam pipi and badan kan, asyik makan. Haha

Kalau korang nak cari tempat yang jual seafood yang sedap, segar dan murah area Klang or Selangor, korang patut try tempat ni. Hari tu iday makan hidangan ketam, ikan bakar, udang and sotong, hanya RM50 plus. Hehehehe Kena pandai pilih la. Kalau pilih ikut sedap ikut nafsu kan, mahu beratus. Hehehe




Islam tengah syok melayan coc. Bab-bab pilih lauk-pauk ni memang dia serah kat iday. Dia kata dia tak pandai pilih, pandai makan je. Hahaha Dah dapat green light, apa lagi, pilih apa rasa nak makan la. Hahahaha

Masa tu iday budget RM150. Hahaha Gila kau budget 2 orang makan RM150. Yela, risau jugak kalau datang angin order macam-macam, menangis masa bayar nanti. Tapi kali ni nasib baik pandai pilih, pilih mana rasa nak makan, so harga dalam RM50 plus. Bawah RM60. 



Iday pilih ketam, tapi iday lupa pulak jenis masak apa. Rasanya sambal cili. Hahaha Tapi sedap, isi ketam segar. Islam tak pandai makan ketam, so dia tinggalkan kaki semua. eeee, rugi, kalau dah bayar, mesti la makan sampai licin. Hahahaha




Then, untuk ikan bakar, iday and islam memang suka makan Ikan Cencaru, bukan sebab murah taw. It's always jadi our favourite. Paling best, ikan kat sini segar. Islam paling suka makan hidangan Ikan Cencaru masak 2 rasa ni, sebab dia makan sorang almost 80%. Gitu ada peratusan. Hahahaha




Sambal dia sedap, and ikan masak elok. Hehehe



Konon nak jimat and nak merasa jugak sotong, iday amik seekor and minta diorang buat Sotong Bakar. Sebab dah bosan dengan sotong celup tepung. Hehehe Sedap! tapi malu nak order lagi. Kah Kah :p



Lepas tu iday order Udang masak sambal petai! Iday suka udang and Islam suka petai. Iday ambil banyak jugak la, dalam 10 ekor dan besar-besar. Risau jugak takut mahal and terlebih budget. 

Puas hati makan udang besar-besar. Yang penting bukan udang galah kalau tak teruk kena alergic. 



So, tambah 2 pinggan nasi, satu sup kosong, nescafee ais kurang manis and teh tarik. Puas hati makan! Hehehe



Masa bayar tu, dah pegang duit RM150. Iday punya takut, belum habis makan nak bayar. Hahaha bebel si Islam. Sekali RM50 something je. Eh, murah pulak. Then tambah 2 biji air kelapa. Hahahaha Lagi teruk Islam bebel sebab dia dah kenyang sangat. 



Paksa jugak dia minum, duit ni b. Hahaha



So, overall iday memang puas hati la makan kat sini. Ada orang dapat pengalaman makan mahal or overprice, iday rasa kena pandai pilih jenis lauk and tentukan budget. Hehehe 

Siapa nak yang stay dekat The Kabin, boleh la makan kat sini. Kalau yang saja-saja nak datang pon boleh. Iday bagi address and maklumat tentang Restoran Aroma Ikan Bakar ni dekat bawah. 


Alamat : 
Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram,
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor

atau waze : Aroma Ikan Bakar Jeram




p/s : ni pengalaman iday sendiri, and entry ni bukan berbayar. Hehehe Ikhlas dari rasa di mulut dan kenyang di perut :p


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)