7 Fakta Tentang Ada Apa Dengan Cinta 2 | AADC2 ❤️

4

14 tahun yang lalu, iday sebenarnya lupa macam mana iday mula tahu movie Ada Apa Dengan Cinta. Yang iday ingat masa tu iday pakai walkman and beria beli kaset soundtrack Ada Apa Dengan Cinta and ulang-ulang lagu tu. Hahaha Siap hafal and baca lirik, lirik yang dapat dari kaset tu. 





Masa tu, memang suka sangat dekat Rangga aka Nicholas Saputra. Time tu Cinta aka Dian Satrawadoyo belum memeluk Islam lagi, so ada adegan kiss dekat penghujung cerita tu. Siapa pejam mata and buat-buat tak nampak part ni? Dulu-dulu kan kita malu-malu nak tengok part tu. Hehehehe




Oh, iday pon siap hafal sajak dari movie Ada Apa Dengan Cinta. Hehehe :) Okay la, sekarang iday nak share 7 fakta penting tentang movie Ada Apa Dengan Cinta 2 yang bakal ditayangkan tahun depan :)

+1 Pengambaraan telah dibuat dan baru selesai pengembaraan di Yogja.

+2 Melly Goeslaw dan Anto Hoed akan kembali terlibat untuk musik dan soundtrack #AADC12 . Wahhhh, mesti best lagu-lagunya nanti. :)

+3 Shooting filem #AADC akan dilakukan dibeberapa lokasi iaitu Yogyakarta, Jakarta dan New York 

+4 Dennis Adishwara @ MAMET akan berlakon dalam #AADC2, watak yang lelaki macam bodoh-bodoh sikit tu. Kalau nak taw, dia ni sebenarnya pelakon, director dan producer. 

Ni Mamet dulu dalam AADC :


Setelah 14 tahun berlalu :


Ni pulak scene Dennis @ Mamet dalam movie AADC  Hehehe :)


+5  Puisi puisi Rangga akan muncul dalam  filem #AADC2

+6  Direktor filem #AADC adalah Direktor Filem Laskar Pelangi iaitu Riri Riza.


+7 Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra masih berlakon dalam filem ini sebagai Cinta & Rangga. Yeay! Iday rasa cerita ni takkan hidup kalau diorang takde. Hehehe





Okay, tengok video teaser ni. Hehehehehe






OFFICIAL (pre) TEASER TRAILER #AADC2
Setelah 14 tahun, masih adakah cinta?
Posted by Ada Apa Dengan Cinta 2 on Tuesday, September 15, 2015

Tak sabar nak tengok :) Update terbaru, diorang dah habis shooting dekat Yogja. Okay, ni Instagram, Facebook , Youtube and Website diorang kalau korang nak taw update perkembangan filem ni. Hehe



So, dalam movie Ada Apa Dengan Cinta  sebelum ni, part mana yang korang suka? share dekat komen ye :)

Post a Comment

4Comments
Post a Comment