Kontiki Restoran Menyediakan Buffet BBQ Dinner & Steambot | The Federal Kuala Lumpur

1

Hi 




Awal-awal entry dah tunjuk Ayam BBQ sedap tu kan. Belum tengok hidangan lain yang ada di Kontiki Restaurant ni. 

Kalau korang nak tahu, Kontiki Restaurant baru dibuka oleh The Federal Kuala Lumpur, iaitu antara hotel tertua di Malaysia. 57 tahun ye akak abang sekalian. Lama betul hotel ni beroperasi. Iday and Islam belum lahir lagi. Hehehe

Kontiki Restaurant ni berkonsepkan makanan buffet termasuk BBQ dan Steambot. Memang sesuai la kalau bawa family or kawan-kawan datang sini. Restaurant ini terletak betul-betul di ibu kota Kuala Lumpur, boleh jalan kaki dari Plaza Low Yat. Kalau dari office iday , just amik masa lebih kurang 10 minit bermotosikal. Nanti iday tunjuk map and letak details "how to get there" di penghujung entry okay. 


Bila masuk restoran ni, alahai cantiknya kerusi, nak duduk situ. tapi bila tengok makanan iday dah lupa tentang kerusi cantik ni. HAHAHA

Tapi kreatif kan, warna sofa tu lembut sangat. and konon-konon kreatif ambil gambar di celah-celah rotan. Ni islam la ni. :p


Actually ada outside table jugak taw, sebelah pool. Tapi sebab time iday datang tu dah malam, so tak dapat nak letak gambar kat sini. Takpe, korang just bayangkan je "meja makan tepi kolam" okay. HAHA 

Datang Kontiki la kalau nak tahu macam mana kan :)

Iday kalau datang buffet, mesti nak cari seafood dulu. Memang manusia jenis kaki seafood kan. Lagi-lagi bila tahu Buffet Kontiki Restaurant termasuk steambot, memang kena la dengan seafood segar. 









Selain dari seafood, ada juga bahan lain untuk Steambot dan BBQ. Iday paling suka Wanton Prawn ni, Iday celupkan dalam kuah tomyam steambot. Lembut je bila iday yang gigit. Yang bestnya, Tomyam yang disediakan dekat sini memang sedap, pekat dan kaw. 





Iday ingat dulu pernah makan satu tempat ni, serve steambot tomyam yang totally takde rasa. Huhu Tapi iday memang puas hati dengan rasa Tomyam dekat Kontiki Restaurant ni.





Yang bawah ni untuk BBQ ye, nanti korang pilih je mana yang nak di BBQ, pelayan/staff Kontiki akan tolong bakar/grill untuk korang. Udang pon gerak-gerak lagi tahu. Memang manis betul isi udang and ketam yang fresh. 






Kalau nak makan nasi dan lauk pauk pon ada. Tengah usha-usha lauk, terjumpa pulak hidangan favourite Iday iaitu Gulai Nenas :)



Ni Iday and Islam punya feveret. Lamb stew! Sedap okay! Lamb kan mana boleh tolak, iday teringin nak tanya chef, apa resepi lamb stew ni. Hehehehe



Banyak kali jugak si Islam ni ceduk Lamb Stew ni. Hehe




Kalau nak tahu, semasa Tunku Abdul Rahman pernah menginap di The Federal Kuala Lumpur, terdapat 3 hidangan kegemaran tunku iaitu Kurma Kambing, Sambal Nenas dan Sole Fish in Lemon Butter Sauce. 

Kontiki Restaurant menyediakan sudut khas untuk hidangan favourite tunku iaitu Tunku's Kitchen. Kalau korang datang ke Kontiki Restaurant, boleh la cuba makanan favourite Tunku :)








Ini pula hidangan ayam bakar, lamb grill, australian beef ribs and Baked salmon. Iday paling suka Australian Beef Ribs and Ayam Bakar. Sedappppnya!


Seksi kan? Hehehe





Awal-awal iday dah makan ayam bakar, australian beef ribs, lamb grill and kentang bakar. Oh kentang dia sedap gila! Creamy2 camtu. Hehe


Kalau yang suka makanan jepun, Kontiki Restaurant juga menyediakan pelbagai jenis sushi. Dapat makan Unlimited Sushi, siapa yang tak seronok kan. 

Ada self service ice-cream, cendol, ABC dan macam-macam lagi. Kalau takde semua ni, mana best buffet. Hehehe


Pelbagai jenis kuih-muih, dessert dan buah-buahan segar. Banyak jugak iday makan buah kiwi and buah naga hari tu. Semua tu favourite iday :)








Iday memang berpuas hati dengan kualiti dan rasa makanan dekat Kontiki Restaurant ini. Memang banyak pilihan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Kontiki BBQ & Steambot Buffet Dinner hanya available pada hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 6.30pm hingga 10pm. Harga untuk adult hanyalah RM128 per person, manakala untuk kanak-kanak dan warga emas adalah RM78. Boleh la bawa family datang ke sini. 

Kalau yang nak booking boleh contact melalu no phone ini : Tel : 03 - 2148 9166 atau contact Kontoki Restaurant memalu social media ini :

Laman web : www.kontiki.com.my

Terima kasih Projek Travel dan The Federal Kuala Lumpur atas jemputan review, Iday and Islam sangat berpuas hati dengan servis, rasa dan kualiti makanan yang tersedia di Kontiki Restaurant and iday sure korang pon akan berpuas hati :)




 Islam and Kaio :)



Iday and Islam :)


Korang pernah makan di sini?


Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment