Pretzel Pizza? Only at Pretz n' Beanz!

9

Pretzel Pizza? Sedap sangat sampai si Islam makan sorang :|




Iday pernah cerita dekat korang dekat entry sebelum ni yang Islam penggemar Pretzels no 1. Itu memang favourite dia and kalau pergi mall yang ada auntie's anne mesti singgah and beli. 

Tapi, korang tahu tak ada satu restoran/cafe dekat Solaris Mont Kiara served Pretzels. Bukan semata-mata Pretzels je tahu, tapi pelbagai jenis makanan yang berasaskan Pretzels seperti Pizza Pretzels. Kalau Pretzels pula, mesti ada side dishes seperti green curry chicken, ada ice cream ada pretzels cheese and macam-macam lagi. Bila Ayu ajak pergi makan sini, Islam la paling excited. Hahahaha

Ayu pon tahu tentang cafe/restoran ni dari facebook and few blog yang review. Kebetulan dia pon penggemar Pretzels, dia pon ajak Iday and Islam. Hehehe 

Kalau nak taw nama cafe ni adalah Pretz n' Beanz. Korang pernah pergi? Kalau belum, jom iday share apa menu yang ada dekat sini, so bila next time korang pergi, korang dah tahu nak order ape. Hehehehe :)

Kalau dah kedai Pretzels, mestilah ada pretzels kan. Hehehe tapi yang bestnya, dekat cafe ni ada serve 8 jenis pretzels. Iday tak sure akan datang diorang tambah lagi kan, mana tahu. Hehehehe Tapi bagus la, lagi banyak choice kan. 8 jenis Pretzels tu adalah :

+ Origin : Coated with Sea Salt
+ Plain : Plain baked bread 
+ Cinnamon Sugar : Coated with Cinnamon and Brown Sugar
+ Sesame Sugar : Coated with Sesame Seed and White Sugar
+ Chocolate Cookie Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Cookies 
+ Chocolate Peanut Crunch : Coated with Chocolate Sauce and  Crunched Peanuts 
+ Basil Cheese : Coated with Mozzarella Cheese, Dry Basil Leaf and Sea Salt 
+ Parmesan Cheese : Coated with Parmesan Cheese

Diorang ada serve dipping sauce sekali iaitu Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream with Onion. Semua harga ni dah include GST taw. Sumber dari website Pretz n' Beanz : Senarai harga Pretzels di Pretz n' Beanz

Iday cuba Basil Cheese Pretzel sebab iday suka Cheese and Islam pilih Cinnamon Sugar Pretzels sebab dia suka Cinnamon Sugar. Hehehe Bagusnya pilih lain-lain menu sebab nanti boleh share-share rasa. HikHik :p


Basil Cheese Pretzel

Satu yang iday perasan tentang cafe Pretz n' Beanz adalah diorang tak kedekut cheese, pretzel yang iday order ni memang kaya dengan cheese then ada rasa basil leaf memang sedap. Dipping pulak dalam Cream cheese. Sedap! Kalau yang suka cheese, memang recommended Basil Cheese Pretzel. 



Islam tak suka sangat Basil Cheese Pretzel sebab tak manis sangat macam Cinnamon Sugar Pretzel dia. Ceh . Iday tak kisah pon, lagi suka sebab boleh makan sorang Basil Cheese Pretzel tu. Hahaha 

Cinnamon Sugar Pretzel

Islam suka Cinnamon Sugar Pretzel dekat Pretz n' Beanz, dia cakap yang bestnya sebab pretzel dia lagi besar dari any pretzel yang dia makan. So, kalau terpaksa share dengan Iday, tak terasa sangat. Hahaha 

Dua-dua pretzel yang kitorang cuba ni memang sedap.  Iday order jugak 2 dip sauce iaitu Cream Cheese Sauce and Chocolate Sauce. Sedap! Oh lupa nak cakap Pretzel dia lembut sangat memang fresh keluar dari oven. Hehehe


Then, iday try Champignon Baked Egg. Hidangan ni actually masakan telur bersama mushroom and cheese, Plain Pretzels and Veggie Sticks. 


Hidangan ni sesuai kalau nak makan during breakfast.


Cara iday makan, iday cicah pretzel and veggie stick tu dalam Champignon Baked Egg. Sedap!! No one can say no for this great combination : Cheese + Egg + Mushroom! Hahaha 


Sebenarnya kan kalau korang check website Pretz n' Benz, pelbagai jenis makanan diorang ada tetapi Iday paling nak try  "Pretz n' Stew Chicken Green Curry". 



Kawan iday yang pernah makan dekat sini yang recommended hidangan ni. Diorang cakap yang ni yang diorang paling suka. Iday before ni memang suka Green Curry Chicken ni, tapi memang tak pernah pulak makan cicah-cicah pretzel ni. 



Surprisingly, it tastes great! Gila kau sedap green curry chicken dia, homemade taw. Korang patut cuba. Kalau taknak dip dengan pretzel, makan gitu je pon boleh. Hehehe



Selain dari pretzel, Islam paling suka makan Pizza. So, bila dia tahu yang Pretz n' Beanz ada serve Pretzel Pizza, Islam will be like .....



Hahahahahahahahaha So funny la gif ni. So, Islam punya reaction takde la macam ni. Tapi almost la. :p



Iday try Chicken Hawaian Pretzel Pizza. Basically, diorang guna Pretzel sebagai base Pizza. Ada 8 jenie Pretzel Pizza iaitu Chicken Hawaian, Pepperoni Beef, Double Cheese, Al-Funghi, Hot Pepper Chili Chicken, Norwegian Delight, Sweet Potato and BBQ Chicken. Kalau nak taw ingredients pizza-pizza ni check sini : Pretzel Pizza



Yang iday makan ni, pretzel dough topped with pizza sauce, chicken ham, pineapple cube and mozzarella cheese. Korang boleh order samaada 7 inch or 10 inch. Bagi iday, 7 inch ni dah cukup tebal dah. Cuma, kalau makan dengan islam kena order 10 inch. Hahahaha 

Macam mana dengan minuman and dessert?

Pretz n' Beanz ada jual minuman seperti healthy juice, tea, coffee and ice blended. Kalau dessert pulak, dekat sini ada pelbagai cake and pastry. Tapi paling iday suka adalah Volcano Chocolate Cake with Ice Cream. 



Sedapnyaaaaaaaaa ! Iday memang suka Ice Cream + Chocolate! Eh semua ada dekat Pretz n' Beanz and makanan yang disediakan pulak sedap and banyak pilihan. Next time nak datang nak try hidangan lain pulak. Yang bestnya, harga pon reasonable. 

Selain dari makanan, iday paling suka dekorasi dekat Pretz n' Beanz ni. Memang cantik. Sesuai untuk lepak and hang out bersama keluarga and kawan-kawan. 




Iday paling suka kedai yang letak gambar-gambar customer macam ni. Macam appreciate customer yang datang. Awwwwwh, so sweet. 










Kalau korang nak datang sini or nak taw lebih info tentang cafe ni, boleh check info di bawah :





Alamat : Solaris Mont Kiara, 22, 
Jalan Solaris 4 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7732 0175



Tags

Post a Comment

9Comments
  1. wow... menarik tempat ni... nenu pun best....

    ReplyDelete
  2. emm sedap nyaa. baru sekali makan spretzel ni ..

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik. Tak pernah cuba pretzel. Kalau ke sana nanti boleh cuba. Ice Cream + chocolate Memang favourite kott

    ReplyDelete
  4. suka cheese basil pretzellllll yummmy

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lagi..alhaii meleleh tengok

    ReplyDelete
Post a Comment