Roti Paung - Tempat Makan Sedap Terengganu

4

Islam suka sangat dengan Roti Paung ni. Hari-hari dia pergi beli HAHA


Korang permah makan roti paung? Atau ni kali pertama korang dengar perkataan roti paung? Actually iday pon tak pernah tahu tahu asal usul perkataan roti paung, yang iday tahu iday dah makan roti paung dari kecil lagi. 

Tapi ada cakap roti paung disebut paung mengikut dialek Terengganu yang asalnya roti paun iaitu roti tawar yang dijual dalam ketulan beratnya 1 paun.

Kalau dulu roti paung yang iday makan hanya roti kosong dicicah didalam air tea atau coffee. Sekarang roti paung dijual dengan pelbagai inti. Kalau balik terengganu, memang wajib beli. Lagi-lagi si islam memang suka makan Roti Paung ni.


Ada satu kedai roti popular di Terengganu dan kebetulan pula kedai tersebut berhampiran dengan rumah iday. Islam siap pergi kedai tu jalan kaki. Gigih betul. Hehehe


Ada 5 jenis inti yang dijual dekat kedai ni iaitu inti planta, inti kelapa, inti kacang, inti kaya dan campur. Islam and iday paling suka roti planta. Tiap kali nak balik KL , kitorang mesti beli banyak2 untuk stok dekat KL. Hehehe




Harga 1 dulang roti paung hanya RM 3 je. 1 dulang roti paung boleh share makan ramai-ramai. Isi roti sangat lembut. Makcik yang jual roti paung dikedai ni dah jual dari iday kecil lagi. So, pengalaman buat roti paung bertahun2 ni memang boleh rasa dari rasa sedap roti. Hehehe



Seriusnya makcik ni jual roti paung. Hehehe








Kalau datang Terengganu, jangan lupa sendiri beli dan rasa roti paung ni. Kalau lalu marang, boleh gps Roti Paung atau contact no dalam gambar diatas untuk tahu lokasi okay :)










Tags

Post a Comment

4Comments
  1. wow... sedap ni... cicah air tea... hehe... fresh dr kilang perghhh mmg sedap la...

    ReplyDelete
  2. kene singgoh kalu lalu ning..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau sedap.. tak rugi beli lebih.. dahlah jauh, nanti teringat2 pulak kan.. hehehe..

    ReplyDelete
Post a Comment