Sen of Thai Damansara Utama

6

I just can't say NO to Thai Food. Like seriously tak boleh hoi! Hahaha





Iday selalu jeles kalau member-member yang baru balik dari Thailand, sama ada diorang pergi Chiang Mai, Pattaya or Bangkok bercerita tentang makanan Thai yang diorang makan dekat sana. Semua orang tahu yang Thai food ni memang pedas and Iday memang suka makan pedas. Apa yang iday suka tentang Thai food ni sebab ada mix sweet, salty, sour and spicy hot together dalam satu hidangan. 

Sebenarnya, kalau kat Malaysia memang senang nak cari kedai or restoran masakan Thai. Even baru-baru ni, ada selebriti yang baru je buka Restoran Thai. Tapi bukan senang nak cari restoran yang betul-betul menepati selera Thai Iday. Hahahaha

Iday sebenarnya dah pergi and review macam-macam restoran Thai. Kalau ada food invitation and ia adalah restoran Thai, I will never say No. Sebab tu Iday excited bila Seeties ada buat Seeties Gathering dekat Sen Of Thai. Seronok sebenarnya join Seeties sebab diorang selalu bawa iday food review di restoran yang best. 

Check website diorang ni : https://seeties.me/ and kalau ada blogger berminat untuk buat review seperti ni atau product review, boleh register di link tersebut and klik menu "TAP". 

Okay sambung cerita Seeties Gathering @ Sen of Thai ni. Nicole dari Seeties invited Iday dan beberapa blogger untuk sama-sama berkumpul di Sen Of Thai. Actually ramai blogger yang dah sign up dengan Seeties dan ini peluang Iday untuk berjumpa blogger lain. :)

Sen of Thai  sebenarnya baru sahaja beroperasi sejak tahun lepas (2015). Dekorasi di Sen Of Thai lebih kepada moden tapi penuh dengan perabot kayu. 




Iday suka kalau restoran ada sediakan tempat duduk lembut (sofa) panjang macam ni. Yang bestnya siap ada bantal kecik. Memang seronok kalau lepak bersantai dengan kawan-kawan. Makanan Thai ni biasanya portion dia besar taw. Lepas makan tu, boleh la sorok perut dengan bantal kecik tu. Hehehehe :p




Sen of Thai pon ada sudut makan privacy macam ni. Sesuai kalau nak dinner date atau family dinner. And ada bantal kecik jugak. Hahahaha. Sarung bantal dia cantik-cantik wey. Hahaha







Banyak-banyak sudut dekat Sen Of Thai, iday paling suka dekat brick wall ni. Hehe Iday memang suka wall macam ni, Insya Allah kalau ada rumah sendiri memang plan nak buat brick wall. 


Ini antara kawan-kawan blogger Seeties yang datang. Seronok bila jumpa diorang ni, mostly yang Iday baru kenal and jumpa. Oh, sebelah iday tu KendyLife, dia actually antara doodle artist yang Iday suka. Iday ingat dia chinese masa-mula jumpa. Tapi sebenarnya dia sabah mix japanese. Comel! 

Korang boleh check Facebook Page Kendy dekat sini : www.facebook.com/house88kend



Antara blogger yang datang adalah AnfieldyeeClarrisha, Kak Ayu and Kak Nannie Isa. Patutnya Sally datang tetapi Sally ada hal penting. Kalau tak dah sama-sama makan Thai Food ni. Hehehe

Iday kalau datang restoran Thai Food memang akan order Thai Iced Tea, all time favourite! 


Islam pula order air jus ape ntah, serius lupa. Islam ni suka order minuman lain dari yang lain. Nasib baik sedap sebab dia minum habis. Hehehe


Lepas tu kami dihidangkan dengan Steamed Prawn Topped with Lime Chili Sauce (RM16). Okay, iday sangat recommended pada mereka yang suka makan pedas. Islam tak berani nak try sebab dia tengah pedas dengan Tomyam. Hahahaha



Iday suka masakan udang sebab dia ada mix rasa masam-masam lime, manis udang and pedas cili potong. Korang kena suap satu sudu terus. Sedap! :) Kalau Iday datang lagi ke Sen of Thai, Iday akan order ni. 

Siapa suka makanan Thai tapi tak tahu nama hidangan ni memang nak kena pukul. Hehehe Ini adalah Classis Pad Thai dengan harga RM15 setiap hidangan. Nampak tak chili flake yang ditabur kat tepi tu. Kalau tak boleh tahan pedas, jangan gaul pulak dengan chili flakes tu ye. 


Iday suka sebab diorang masak pad thai tu sempurna, tak kembang. Good job Sen of Thai! Hehehe

Ini pula Thai Baked Mussels in Claypot with Basil Leaves. Kalau dalam melayu, Iday panggil kupang. Actually ini kali pertama iday makan kupang masak macam ni. Iday biasa makan macam pedas-pedas kuah sambal tu. So, awal-awal macam takut nak rasa. Hehe


Tapi bila rasa, iday teringat lauk Singgang Ikan yang mak iday buat dekat rumah, rasa dia lebih kurang je. Kalau orang terengganu, sure tahu Singgang Ikan. Hehehe 

Islam suka and memang dia sorang yang habiskan sup kupang ni. Hahaha Portion dia besar and korang boleh makan share with ramai orang. Macam makan hidang tu. Hehehe 



Siapa suka broccoli mesti suka hidangan Stir-fried Broccoli with Scallops ni. Salah sorangnya adalah Islam. Islam cakap dia suka Broccoli yang dimasak macam ni, tak terlalu lama so broccoli tu tak layu sangat. Iday biasa makan scallops yang di-grill and ini kali pertama makan macam ni. Ada slice mushroom dalam hidangan. 



The Cranberry Pineapple Fried Rice! Hidangan yang memang iday tunggu-tunggu. Before ni iday pernah check facebook page Sen of Thai and diorang ada post gambar nasi goreng nanas ni. Terus meleleh taw. Ni favourite Iday kot. Banyak kali iday tambah. Hahahaha 

Korang patut try taw! Hehe


Antara Tomyam terbaik yang Iday pernah try. Ini actually Tomyam santan tahu. Tak banyak restoran yang boleh hidangkan Tomyam Santan. Before ni iday selalu try dekat Restoran Lada & Pauh je. Kalau restoran lain, diorang akan served sama ada Tomyam Merah or Putih. 

Harga hidangan Tomyam Goong ni adalah RM28 and korang boleh makan ramai-ramai sebab portion besar. Hari tu iday makan banyak ni dengan 10 blogger. Kenyang and sedap. My perut suka hati sebab dapat ternak lemak dengan jayanya! Hahaha



Ada banyak udang, ayam and other seafood. Diorang ni memang tak kedekut bahan. Hahaha Iday makan dengan nasi putih. Lepas tu, ratah sup macam tu. Pedas tak? Kalau tak pedas, tak best la! Heheheh 

Tak terlalu pedas sebenarnya, so jangan risau ye. Hehehe



Sizzling Beef with Black Pepper Sauce (Nuea Phad Prik Thai Dam ), daging dimasak sempurna, isi daging memang lembut and Iday suka sebab daging tu blend well dengan rasa black pepper. Ish, pandai betul Chef diorang masak. 

Actually kan, chef diorang memang datang dari Thailand. No wonder la masakan diorang best kan! Hehehe





Makanan lain yang iday makan adalah Yam Spring Rolls. Banyak yang kitorang makan hari tu. Overall memang puas hati dengan rasa dan kualiti makanan. 





Ini hidangan yang kitorang makan on that day. Meriah kan?! Terliur je bila terbayang-bayang ni. Hahaha




Dessert of the day! Tab Tim Krob - Thai Red Ruby! It's really damn good! You guys should try this lepas habis makan or kumpul lemak. Hehehe




Iday memang puas hati dapat makan dekat Sen Of Thai ni, pandai betul Seeties ni cari restoran-restoran best macam ni. Iday sure akan datang lagi and bawa kawan-kawan iday untuk try Thai Food dekat sini. Tak perlu gi Thai dah, eh. Hahaha

Ini kawan-kawan blogger yang datang semasa Seeties Gathering @ Sen of Thai Damansara Utama. We have so much fun! and our perut too. Hehehe


Seeties Blogger ! Hehehe




Kalau korang nak datang dekat Sen of Thai ni, check details dibawah :

Address: 52, Ground Floor, Jalan SS21/58,
Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Contact number: 03 - 7732 3939



Kenyang perut, Senang Hati :)

Tags

Post a Comment

6Comments
  1. nice review sis... mmg sedap2 belaka, dh kenyang pun rasa lapar lg tgk foods nya....

    ReplyDelete
  2. Walla.. terliur akak dik oii.. ;)

    ReplyDelete
  3. Menarik ni, tapi tulah jauh sangatlah pula.. ;)

    ReplyDelete
  4. aduiii.. tergoda...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete
  5. wahh..cantik tempatnya..menu pun nampak sedap

    ReplyDelete
Post a Comment