Header Ads

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Confirm Sedap (Gambar & Video)


Resepi Update : 26 Disember 2018

Hi

Iday nak share resepi mudah Sup Ayam yang cepat dan sedap. Bahan yang diperlukan pon tak banyak dan senang. Sebenarnya banyak je resepi sup ayam yang ada, tapi yang ni paling mudah bagi Iday.


Selain dari resepi bertulis, Iday juga ada letakkan video cara memasak sup ayam di bawah. Jom kita tengok resepi di bawah :)


Hidangan untuk : 3 orang
Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 30 minit 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Sup Ayam
• 2 sudu besar minyak masak
• 300g ayam yang dipotong
• 1 biji kentang 
• 1 batang lobak
• 1 biji tomato - dibelah 4

• 3 biji bawang merah dihiris nipis
• 3 ulas bawang putih dihiris nipis
• 1/2 inci halia
• 1 sup bunjut (Adabi)
• 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
• 1 kiub pati ayam - optional

• bawang goreng
• hirisan daun sup
• garam secukupnya


Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Sup Ayam. Ini cara Iday dan bagi Iday memang mudah dan sedap. Kiub ayam tu ikut korang, nak letak boleh, taknak letak pon boleh. Masing-masing punya selera. Hehehe

Sayur juga terpulang, kalau nak letak kobis bunga ke, brokoli ke, atau cendawan. Korang boleh letak je. Hehe

Iday ada buat video dibawah, cara-cara untuk memasak Sup Ayam Mudah di bawah. Kalau malas nak tengok video, korang boleh juga rujuk resepi bertulis di bawah video ini.

Cara-cara memasak Sup Ayam 



1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.

2. Masukkan sup bunjut dan lada hitam. Kacau rata.

3. Masukkan ayam dan kacau sehingga isi ayam bertukar warna putih.

4. Masukkan 2 cawan air dan kacau seketika.

5. Masukkan lobak dan kentang.

6. Tambah garam secukup rasa. Boleh letak kiub pati ayam kalau nak.

7. Renehkan dan tutup periuk supaya ayam empuk (8-10 minit)

8. Masukkan tomato, bawang goreng dan hirisan daun sup. Kacau rata. Iday suka letak bawang goreng sebab dia akan bagi rasa pahit manis pada sup ayam. Daun sup pon Iday suka letak banyak-banyak.


Siap! Kalau korang nak pedas, boleh tambah cili potong dalam sup.

Senang je kan nak masak Sup Ayam. Ini antara menu yang selalu Iday masak untuk Islam (suami).

Boleh hidang panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan. Sedap!


Ni resepi paling mudah bagi Iday sebab tak perlukan bahan yang banyak. Kalau korang ada cara masakan lain, boleh share di komen bawah ye. Atau kalau korang dah cuba resepi ni, boleh juga komen. Hehe


Kalau suka resepi ni, boleh la share!





Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


14 comments:

  1. sedap sangat..suka buat sambal kicap sekali..memang ummphh

    ReplyDelete
  2. garam gula nk letak bila? berapa agak2 nye nak letak?
    im a guy..x reti sangat..tengah belajar nk masak bujang
    harap membantu..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, garam boleh letak lepas letak daun sup. kira paling last. gula jangan letak. agak2 setengah sudu kecik tu. then rasa-rasa. hehehe

      Delete
  3. Kalau x letak sub bunjut takpekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, tapi takut kurang rasa, boleh letak kiub ayam :)

      Delete
  4. Kalau x letak sub bunjut takpekan

    ReplyDelete
  5. ayam belanda boleh buat sup ke sis? saya igt nk buat sup kambing campur dgn ayam belanda tua mak saya beli kat pasar pom pom dkat chowkit rasta. ayam tu mmg besar, macam mana dengan kiraan nya bahan2 dan perkakas nya?

    ReplyDelete