Apa itu Difteria?

2


Hi ❤

Iday baru je balik dari kampung and baru je terbaca 1 news tentang kes pertama orang dewasa dijangkiti penyakit pada 16hb julai lepas di Negeri Sembilan. Terus risau sebab sekarang iday memang tengah demam,batuk-batuk dan sakit tekak.

Menurut kenyataan akhbar :

"Pada 16 Julai 2016, seorang suri rumah berumur 41 tahun disahkan difteria telah dilaporkan, menjadikan ini kes difteria pertama di kalangan orang dewasa di Malaysia pada tahun 2016. Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan.

Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016. Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil. Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil). Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan."


Apa itu Difteria?


Iday ada share inforgraphic untuk korang faham :





So, kalau korang ada sympton yang dinyatakan, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan. Iday pon akan ke klinik kejap lagi dengan Islam. Harap-harap cuma demam biasa dan bukan Difteria sebab Difteria ni boleh bawa maut kalau lambat.


Korang boleh check video dibawah :






Jaga kesihatan and sentiasa update tentang penyakit Difteria ni okay! Penting untuk ambil tahu tentang penyakit ini supaya kita dapat elakkan.






Doakan Iday di klinik nanti :)

Tags

Post a Comment

2Comments
  1. sekarang ni kalau demam sikit pun kena dah pi klinik buat pekmeriksaan..dulu kalau demam , memang demam je la..tapi sekarang lain..memula demam bila check rupanya benda lain..jaga diri bebaik Iday..

    ReplyDelete
  2. mcm2 penyakit skrg ni..
    terkejut jgk difteria pon kene kat org dewasa.. ingtkan kanak2 je.. huhu

    ReplyDelete
Post a Comment