Ultraman Live in Genting Highland 2016 | Info Tiket & Live Show

11



Siapa peminat Ultraman? iday ada berita baik untuk korang. Sebelum ni, kita selalu tonton Ultraman di kaca tv atau laptop. Tapi kali ni, Resort World Genting akan bawakan "Ultraman Live in Genting Highland" khas untuk peminat Ultraman! 

Ini merupakan kali kedua mereka bawakan "Ultraman Live in Genting Highland" dan sebelum ini telah mendapat sambutan yang hebat sehinggakan semua tiket habis.



Baru-baru ini, iday telah menghadiri sidang media "Ultraman Live in Genting Highland" bertempat di Pavillion, Bukit Bintang. Dari apa yang iday dengar, "Ultraman Live in Genting Highland" kali ini, pasti lebih hebat dari sebelumnya.



‘The Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan’ dihasilkan oleh Tsuburaya Productions Japan. Mereka kagum dengan reaksi peminat di Malaysia dan menawarkan persembahan yang lebih hebat dari sebelum ini. Persembahan ini akan menggunakan gimik teknologi yang lebih hebat dan aksi yang lebih mendebarkan.



‘The Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan’ akan diadakan di Resorts World Genting pada 5 November 2016 hingga 2 January 2017.

Menurut Kevin Tann, Vice President of Promotions & Entertainment of Resorts World Genting, acara kekeluargaan ini amat digalakkan kerana Ultraman live show ini akan menyampaikan banyak nilai positif dan mesej yang baik. 



Walaupon Ultraman adalah mitos tetapi watak yang dibawa oleh Ultraman sendiri menunjukkan nila-nilai murni seperti membantu orang lain. Ultraman sendiri menunjukan yang kita boleh jadi baik dan hero kepada orang lain.




Tann juga menyatakan, akibat dari sambutan yang memberansangkan dan semua tiket yang habis dijual pada tahun lepas, mereka akan menambah lebih banyak shows dan membahagikan kepada 2 bahagian :

Part 1 : 5 November 2016 - 6 December 2016
Part 2 : 7 December 2016 - 1 January 2017

Sidang media yang diadakan di Pavilions baru-baru ini dihadiri oleh ramai orang. 26 orang kanak-kanak bertuah membawa pulang 4 tiket percuma. 



Manakala 10 orang pengunjung bertuah mendapat 2 keping tiket kerana berjaya menjawab soalan dari host.






Info Tentang Pertunjukan

Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge Baltan akan menampilkan 10 Ultraman yang akan melawan 6 watak jahat dan banyak lagi raksasa di planet Baltan. 



Misi mereka adalah menyelamatkan bumi dari jatuh ke tangan penjahat.

Peminat-peminat Ultraman nanti boleh memberi sokongan kepada Ultraman Z, Ultraman Hero dan hero-hero lain dalam menjayakan misi mereka. 



Watak-watak jahat yang akan menentang Ultraman  nanti adalah Chaos Ultraman Calamity, Dark Lops Zero, Kaiser Darkness, Dark Zagi dan Evil Tiga.

Persembahan ini akan bertempat di Genting International Showroom sebanyak 2 kali iaitu pada pukul 4 petang dan 8 malam. Nanti boleh beli tiket berdasarkan waktu-waktu yang korang inginkan okay!

Seronok kan! iday memang tak sabar nak menyaksikan Ultraman Live Show ini. Hehehe


Info Tentang Tiket


Tiket untuk Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge Baltan :



+ VIP : RM108 (Percuma Ultraman Watch)

+ PS1 : RM88 (Percuma Ultraman Watch)

+ PS2 : RM68 (Percuma Ultraman Watch)



Peminat Ultraman juga boleh memilih pakej penginapan dan tiket ke live show :



+ First Word Hotel (bilik deluxe ) dan 2 keping tiket : RM 169
+ First Word Hotel (bilik triple ) dan 4 keping tiket : RM 278


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-27181118 atau boleh book tiket dekat sini : 




Check this video, last year Ultraman Live Show :



Best kan! :)
Tags

Post a Comment

11Comments
  1. Aku nak pegiiiiiiii!!!!! T___________T Even at this age I'm in love with Ultraman hahahaha

    ReplyDelete
  2. Ultraman! Always heard of it when I'm much younger. It's my brother favourites!

    ReplyDelete
  3. Wah, ini memang mengancam! I tak boleh bagi tahu anak I. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. Memang legend lah , pewira dunia pada zaman-zaman kite

    ReplyDelete
  5. This one definitely look soooo awesome.. I was at last year's and I would dearly love to see this again

    ReplyDelete
  6. I saw the Ultraman at D'Pulze Cyberjaya, not sure is the same person or not. XD

    ReplyDelete
  7. wow ultraman himself made an appearance, i can't wait to watch the show live in genting~

    ReplyDelete
  8. seronoknya jumpa ultraman. looks like a must visit for ultraman fans.

    ReplyDelete
  9. I'm sure is an exciting day for Ultraman lovers to watch their live show at Genting <3

    ReplyDelete
Post a Comment