Hi Korang!
Penat tak hilang lagi semalam jalan-jalan ke #HPPNK2017, hari ni Iday plan nak datang lagi dengan mak abah Iday. Diorang memang suka kalau pergi karnival macam ni.
Macam mana Iday tahu tentang #HPPNK2017? Dari twitter la, memang trending. Ramai rupanya rakyat Malaysia yang ke-sana. Sampai ada yang sanggup datang jauh-jauh. Iday bertuah sebab Maeps Serdang memang dekat dengan rumah.
Banyak aktiviti menarik, jualan produk pertanian, info-info peladang dan pertanian, syurga makanan dan banyak lagi dekat karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2017.
Dalam artikel ni Iday nak share dekat korang pengalaman dan tips untuk korang ke sana pada hari ini (30 Oktober) dan esok (1 Oktober). Ingat ye, karnival ini sehingga hari Ahad ini sahaja.
Tips 1 : Datang awal, seawal 8.30 pagi untuk dapatkan parking yang berhampiran dengan lokasi karnival
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2017 ini bertempat di Maeps Serdang, Sri Kembangan.
Memang ramai yang datang, so lagi cepat korang datang, lagi dekat korang boleh parking kereta. Lagi satu, nak elakkan kesesakan lalu lintas. Faham? Hehehe
Macam mana nak ke sini? Waze "Maeps Serdang" atau korang boleh guna public transport seperti gambar poster di bawah.
Tips 2 : Dapatkan peta kerana HPPNK ni besar, antara festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia kerana terdapat 600 gerai!
Kalau tak dapat peta yang dekat tangan tu, korang boleh check peta di gambar bawah ni. Kalau dekat bahagian luar dewan, ada pusat jualan segala jenis hasil pertanian, pokok-pokok dan bunga.
Banyak jugak la gerai dan booth yang Iday singgah, dapat la info serba sedikit tentang peladang, penternak dan nelayan. Hasil usaha diorang la, yang korang bertuah dapat makan pelbagai jenis makanan dekat Malaysia ni.
Nanti Iday share lokasi dan booth yang Iday singgah di artikel ini. Hehehe
Tips 3 : Bawak anak-anak korang mengenali haiwan ternakan dan peliharaan.
Ada beberapa booth yang bawa haiwan ternakan mereka ke festival ini.
Ada juga kedai membeli barangan keperluan untuk haiwan peliharaan korang. Yang pastinya ada harga promosi! Hehehe
Anak-anak pasti suka! Siap ada petting zoo yang akan berpeluang pegang dan bermain dengan haiwan comel tersebut. Hanya RM5 untuk masuk.
Tips 4 : Pastikan bawa duit yang cukup kerana terdapat hasil petani tempatan kita di 50 gerai menjual buah-buahan, sayuran dan bungaan segar #SokongPetaniKita
Tapi jangan risau, mesin ATM pon ada dekat sini. Di dalam Dewan B tak silap, korang boleh tanya staff yang ada dekat sini okay :)
Tips 5 : Pastikan perut korang kosong kerana banyak gerai makanan yang ada.
Memang syurga makanan la! Especially dekat Empayar Makanan. Banyak food truck yang ada dengan pelbagai jenis makanan.
First time Iday try Udang Sanggul Perlis. Tapi kalau makan memang bersepah Hahahaha
Keropok lekor goreng memang sedap, yang memang rasa ikan betul. Ini selalu dapat dekat Terengganu je.
Yang penting, korang boleh rasa makanan di booth-booth yang ada.
Paling best dapat rasa premium beef dekat Dewan C iaitu di Ekspo Livestock Malaysia. Sedap! Iday beli 2-3 kotak. Islam mesti suka. Hehe
Tips 6 : Pelbagai jenis dan rupa ‘raja buah’ yang dipamer dan dijual semasa KenDurian.
Jangan lupa singgah "Laman Tiba", ada satu khemah besar. Dekat sini ada dijual pelbagai jenis buah-buahan, kerepek buah dan minuman berkocak seperti Mango Shake.
Heaven la wei. Bukan selalu dapat makan durian banyak-banyak ni. Harga durian yang ada dekat sini pon murah. Korang cuma perlu beli, staff dekat sana akan tolong bukakan durian, dan korang terus makan dekat situ. Hehe
Selain dari korang boleh makan seberapa banyak durian dekat sini, korang juga boleh cuba dan beli kerepek dari Sabah, makan buah kelapa bakar dan air Mango Shake.
Wahhhh, yang ni memang kegemaran Iday. Sedap! 100% dari buah-buahan.
Tips 7 : Kena cuba Sate Tuna dan makanan laut segar di pameran di sini!
Iday first time cuba sate tuna dan memang sedap. Iday sempat borong beberapa pek sate tuna sebab memang tak available dekat semenanjung Malaysia buat masa ni. Sekarang hanya available di Sabah dan Sarawak.
Serunding tuna pon ada.
Memang borong habis. Tetapi Iday bagi amaran awal-awal, memang ramai orang dekat booth Sate Tuna ni.
Dekat area sini juga ada pameran nelayan, dan jualan ikan-ikan segar dengan harga berpatutan.
Kemudian korang akan diperkenalkan dengan produk "Kuro Prawn". Siap ada demo masakan memasak "Kuro Prawn". Kalau nak tengok booth ni, korang ke Malaysia Seafood & Fishery Products
Iday sendiri dah cuba "Kuro Prawn" ni dan memang sedap. Kalau korang perasan, yang hitam tu sebenarnya arang. Tetapi dengan teknologi diorang, diorang berjaya jadikan sebagai bahan goreng.
Tak rasa pon arang tu. Macam korang makan udang tempura, tapi yang ni lagi sedap.
Dekat sini juga, Iday beli produk berasaskan ikan seperti budu dan sos ikan. Iday paling sos ikan tu sebab sebelum ni memang susah nak cari yang halal. Ini buat masak memang sedap.
Siapa penggemar budu pasti kenal brand budu di bawah ni. Iday dari kecil, memang mak beli jenis ni je. Semalam sempat sembang dengan pemilik budu ni. Hehehe
Banyak lagi la yang korang boleh beli dan lihat di sekitar "Malaysia Seafood & Fishery Products" ni. Borong selagi boleh ye. Hehehe
Tips 8 : Makanan untuk kesihatan dan ‘wellness’ seperti madu kelulut, rumpai laut, sarang burung walit, minyak kelapa dara, durian belanda dan ‘fruit powder’ #HealthyLifestyle
Iday sempat cuba sendiri madu kelulut dekat sini. Then Iday diperkenalkan dengan "honey pearl". Bila korang letak dalam mulut, "honey pearl" tu akan pecah dan meletup, terus dapat rasa kemanisan madu tu.
Ini bentuk "Honey Pearl" tu.
Iday minum dengan teh bunga dan memang sedap. Iday tak sabar produk ini dipasarkan sebab sekarang diorang masih dalam proses rancang packaging dan pengeluaran produk ini.
Dekat sekitar booth tersebut Iday diperkenalkan dengan Emulsi Cocos yang dibuat khas untuk kanak-kanak dan dihasilkan dari Minyak Kelapa Dara.
Kalau nak tengok sendiri madu kelulut madu dan produk berasaskan minyak kelapa dara, korang boleh datang ke Gerai MARDI.
Then Iday ke booth dan pameran Burung Walit dan tengok sendiri demostrasi masakan sup burung walit.
Lokasi pameran booth Burung Walit ni di Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Tips 9 : Jangan lupa singgah di pameran Orkid untuk mereka yang sukakan orkid.
Salah satu sebab Iday suka datang ke HPPNK 2017 adalah, Iday nak tengok dan beli orkid dari pelbagai jenis corak.
Ini antara orkid yang ada di dalam bilik pameran ini.
Kalau dekat dalam dewan ni, ada pameran orkid, then korang boleh beli orkid di "Laman Tiba". Pelbagai jenis corak dengan harga berpatutan.
Tips 10 : Maksud sebanyak mana contest yang dekat sini dan menang hadiah best.
Kalau nak tahu, kebanyakan dari booth dan pameran yang ada dekat sini, diorang akan adakan contest. Korang boleh join sebanyak contest dekat sini dan menang hadiah best.
Salah satu contest yang menarik perhatian Iday adalah teka berat Lembu Sado.
Gambar dari Facebook HPPNK 2017, comel pulak budak ni. HAHA
Tips 11 : Pameran Nenas dan beli Nenas dengan harga promosi
Iday bagi bonus point dengan abang yang bagi talk dekat pameran Nenas sebab dia pakai baju Nenas. Haha
Dekat sini, diorang akan explain dekat orang ramai, khusunya para petani yang datang bagaimana cara menghasilkan tanaman nanas yang bermutu.
Dekat sini, korang akan tahu pelbagai jenis produk yang diperbuat dari Nenas. Paling Iday suka adalah jus buah nenas.
Kenalkan abang Bob, jus Nenas di booth dia memang terbaik.
Iday perasan ramai yang lupa bawa beg besar, hingga tak cukup tangan bawa barangan yang dibeli. Iday sendiri bawa beg IKEA, itu pon tak muat. Hahaha
Yelar, shopping tak ingat dunia. Sempat Iday beli pes masakan tadi. Hehe
Next year kena bawa bag roda tu, senang sikit nak membawa. Hahaha
Tips 13 : Wajib datang booth NAFAS - beli biji benih dan belajar teknik menanam sayuran di rumah terutama untuk penduduk bandar.
Bila datang booth NAFAS ni, sempat Iday borong beberapa pek biji benih tanaman. Sekarang kalau nak berjimat duit belanja, seeloknya ada tanaman sayuran sendiri dekat rumah.
Diorang juga ajan ajar teknik penanaman sayur-sayuran yang boleh dilakukan di sekeliling rumah dan jimat ruang. Nanti korang boleh tanam sayur seperti kobis, sawi, salad dan sebagainya
Dekat sini juga Iday kenal jagung untuk makanan ayam ni. Isi jagun ni memang keras dan diorang akan proses untuk buat makanan ayam menggunakan jagung ni. Sesuai untuk mereka yang buat penternakan ayam.
Tips 14 : Agro Bazaar!
Lokasi wajib kalau korang datang ke HPPNK 2017. Dekat sini, akan 30 usahawan asas tani yang menawarkan produk tempatan terbaik secara online dan offline.
Ada satu sudut tu, penuh dengan pelbagai jenis produk bersama barcode. Korang hanya perlu scan dan automatik ke website AgroBazaar. Korang terus boleh membuat pembelian secara online. Best kan?
Setiap produk akan ada barcode ni. Pelbagai jenis produk yang dipamerkan dekat sini. Pilih-pilih dan buat pembelian.
Itu je tips dan pengalaman yang Iday dapat kongsikan dekat korang.
Lagi info yang Iday tahu ada dekat sini adalah :
* Tawaran pakej-pakej destinasi agro pelancongan untuk peminat ‘adventure’ dan ‘nature’
* Karnival Kerjaya Agro Job Fair tawarkan 3,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan
* Perkhidmatan agensi Kerajaan spt diskaun saman JPJ, cuci barang kemas oleh YAPEIM, saringan kesihatan percuma, periksa gigi percuma dan gunting rambut percuma
* Selebriti spt Fara Fauzana, Mat Dan, Aiman Tino, Yabang, Elizabeth Tan dan Eka Sharif yang bertemu peminat
* Demo dan pertandingan memasak oleh chef terkemuka termasuk Chef Zam
* Dan banyak lagi.
So, overall memang best dekat HPPNK 2017 ni. Korang sempat lagi nak serbu hari ini dan esok.
Untuk maklumat lanjut tentang HPPNK 2017, korang boleh check social media di bawah :
Facebook : https://www.facebook.com/HPPNK2017
Instagram : https://www.instagram.com/HPPNK2017
Twitter : https://twitter.com/HPPNK2017
MAEPS, Serdang
28 September 2017 – 1 Oktober 2017
10.oo pagi – 10.oo malam
Meriahnya tapi tahun ni tak dapat nak pergi sana sebab perut dah memboyot besar, tak larat nak berjalan dan bersesak dengan orang ramai
ReplyDelete