Kazumi Japanese Cuisine @ Hotel Bangi-Putrajaya

6

Hi Korang, 

Iday memang suka makanan jepun, so Iday selalu cuba tempat-tenpat baru yang ada sajikan makanan jepus terutama yang halal. 


Sebelum ni Iday ada share yang Iday selalu pergi makan buffet Ramadhan dekat Hotel Bangi Putrajaya. 


So, baru-baru ni Iday pergi cuba sendiri makanan jepun di Kazumi Japanese Cuisine @ Hotel Bangi-Putrajaya. Iday pergi dengan Islam and adik Iday, Ami.




Iday ada share sedikit info dan review di artikel ini untuk korang. Senang untuk korang kalau nak cuba sendiri nanti :)

Setiap hari Selasa hingga Sabtu waktu makan tengahari bermula dari pukul 12 hingga 2.30 petang. Dinner (Selasa hingga Ahad) pula 6 petang hingga 10 malam. Buffet Dinner hanya ada hari Sabtu pada pukul 6 petang hingga 10 malam.




Iday order 4 jenis makanan untuk makan bertiga, itu pon memang tak habis. Dan Iday suka buku menu restoran ni, ada gambar yang senang untuk kita pilih makanan. 



Mula-mula Iday order Kushi Yaki dan Surf & Turf. 



Kusyi Yaki ni "skewers" daging dan seafood. Dalam gambar nampak macam kecik tapi besar sebenarnya. Ini memang tak boleh makan 2 orang. 4 orang makan baru boleh habis.




Iday paling suka gulungan daging dengan sayur di dalam. Daging dia memang di panggang elok. 



Harga untuk hidangan ini adalah RM99. Bagi Iday, sedikit mahal tetapi memang sedap. Kalau korang nak cuba, boleh je. 

Iday paling suka Surf & Turf. Sebab portion besar dan banyak jenis pilihan makanan dalam set ni. 



Ada teppayaki beef, udang goreng tempura, ikan mackarel panggang, salad, ayam goreng rangup dan banyak lagi. 







Adik Iday, Ami nak makan Udon. Udon dekat sini memang berbeza, siap boleh terbang. Hehe


Nama hidangan ini adalah Flying Noodles - Inaniwa Udon. Udon yang di hidang bersama sos telur masin. Dekat sini ada 3 jenis Flying Noodles iaitu Inaniwa Udon, Cha Soba dan Hiyashi Somen. Adik Iday nak try Inaniwa Udon sebab ada sos telur masin tu. 

Harga untuk 1 hidangan ini adalah RM49. 

Last sekali Iday order Fire & Ice. Pelik-pelik je benda aku order ni. Buat macam mana, dalam menu nampak cantik Hehehe. Presentation makanan diorang ni memang lain dari yang lain. 


Kalau dekat Ice tu, semuanya sushi dan dekat atas tu pulak soft shell crab. 





Then kitorang order 2 makanan pemanis mulut iaitu Candle Light Panna Cotta dan Tea-Ra-Misu. 

Candle Light Panna Cotta ni ada manisan mangga dan buah beri. Yang warna tu puding. So cara nak makan ni, korang ambil sikit puding dan sikit sos manisan mangga dan buah beri. 
 

Dessert paling Iday suka dan sedap dekat Kazumi Japanese Cuisine ni adalah Tea-Ra-Misu.



Memang creamy dan sedap! Rasa teh hijau pekat.





Berselera tengok Ami makan. Sekali sekala belanja adik bongsu ni makan makanan jepun.




Ini pula dekorasi di restoran jepun Kazumi. Memang simple tetapi kemas.












Sayaiday Review

Outlook: 4/5
Creativity: 4/5
Taste: 4/5
Price: 3/5 ($$)
Overall: 3/5

Ambiance : 
Ruang makan selesa and banyak meja tersedia.

Service : 
Ada staff akan layan untuk ambil order. Senang nak order sebab menu bergambar.



Food Service Speed : 
 Makanan cepat sampai tetapi bergantung kepada jumlah pelanggan.

Will revisit? : 
Mungkin.


Cafe/Restaurant Details

Kazumi Japanese Cuisine @ Hotel Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor, Malaysia 

Tel: +603 8210 2222 
Fax: +603 8210 2888

Promosi 


Setiap hari Sabtu, ada promos buffet dinner. Harga untuk dewasa adalah RM95 dan kanak-kanak adalah RM45.
Tags

Post a Comment

6Comments
  1. Menarik betul menu2 kat sini
    Harus terjah ni

    ReplyDelete
  2. Untuk peminat tegar makanan jepun boleh cuba makan disini

    ReplyDelete
  3. fuhhh...sedapnya makanan kat sini....berbaloi lah dengan harga dia kan

    ReplyDelete
  4. The Japanese food looks delicious. I shall pay my visit there to try it out.

    ReplyDelete
  5. Menarik menu tapi harga pun mcm menarik.🤣 Kena simpan duit lebih skit nak try. Selalu makan sushi king tak pun sushi emperial depan tesco ioi mall

    ReplyDelete
  6. Akk suka mknn jepun..nyummmmyy

    ReplyDelete
Post a Comment