[Drama Review] Red Velvet Episod 1 dan Episod 2

7


Hi Korang, 


Red Velvet lakonan Alif Satar dan Neelofa! Drama ni Iday dah tunggu since Iday tengok Neelofa share "behind the scene" drama ni. So, Iday decide nak buat drama review for every 2 episod. Gigih ye. Haha


Tapi jangan risau, Iday akan cuba untuk tak bagi terlalu banyak spoiler. Mungkin Iday akan buat review untuk drama-drama yang lain juga akan datang. Hehehe


So, Iday akan share sedikit info tentang drama ini di bawah. 




Tarikh mula tayangan : 23 Oktober 2017
Waktu tayangan : Setiap hari Isnin-Khamis /10 malam
Siaran : Astro Ria & Ria HD
Terbitan Cube Films
Jumlah episod : 20 

Barisan pelakon dalam drama ini adalah Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, Amira Othman dan banyak lagi. 


Sinopsis ringkas : Helena (Neelofa) nekad ingin berkahwin dengan suami orang iaitu Fareeq, isteri kepada Suhaila. Hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa Helena dan mencadangkan Helena di hantar ke luar negara. Helena enggan dan nekad larikan diri untuk bersama dengan Fareeq. Malangnya Fareeq tidak menepati janji dan buat Helena kecewa. 


Akhirnya Helena berjumpa dengan Izzat (Alif Satar) seorang pembuat kek. So, the rest kita akan tengok dalam drama ye. Hehehe





Anyway, kalau nak tengok secara online, korang oleh check link dekat ruangan komen di bawah ye.


Episode 1 Red Velvet - Drama Review


Awal-awal drama start dengan lelaki tengah buat kek dan Helena yang tengah bersiap. Nama panggilan Helena dalam drama ni adalah El. Kalau ikut sinopsis, Helena ni bercinta dengan suami orang. 


- Punya la cantik si Suhaila ni -

Aku sebagai seorang isteri memang dah menyampah dengan watak Helena, lagi-lagi bila dia bermain mesej sayang-sayang dengan Fareeq. Hahaha Emo pulak, kira berjaya la watak Helena ni. Lagi-lagi bila si Fareeq tu dah lamar dia. Sampai sanggup nak jadi isteri kedua, ketiga, keempat. Tapi tetiba minta Fareeq ceraikan isteri dia. Banyak cantik punya perempuan. 


- Lelaki curang dan perosak rumah tangga orang -

Then ada scene Izzat, watak yang semua benda nak kena perfect. Tapi watak Izzat macam kelam kabut, then tak suka la rantai yang dia pakai tu. Hahaha

Ada scene Suhaila jumpa dengan Helena, memang sakit hati scene muka Helena yang tak tahu malu. Agak menyampah jugak la. Haha


- Scene paling menyakitkat hati -

So, basically episod pertama ni banyak paparkan scene Helana dan Fareeq, scene gaduh Helena dan ayah dia. Scene Izzat ada juga tapi mostly tentang cafe dia. Dan hebat, 200 kek velvet siap dalam tak sampai 1 hari. Hehe

Dan Iday boleh buat conclusion, jangan pilih jantan macam Fareeq sebagai suami. Hahaha

Overall, episod ni okay la, ada la menyampah dengan watak Helena. Cuma tak berapa suka pakaian Helena dalam drama ni. Drama Neelofa sebelum ni lagi cantik rasanya. Hehe Jangan kecam ye.

Episod 1 berakhir dengan kekecewaan Helena dikecewakan oleh Fareeq. Then Helena jumpa Izzat ke?  Tak sabar nak tengok episod 2. Hehe


Episode 2 Red Velvet - Drama Review



Izzat dan Helena jumpa dalam episod ni. Ada satu scene Helena kena rompak dengan pemandu Uber, itu yang dia boleh terserempak dengan Izzat. 


Awal-awal lagi diorang dah gaduh, and kelakar sebab Helena baru je jumpa si Izzat tapi dah berani masuk dalam kereta dengan Izzat. Tapi maybe sebab Helena takde pilihan kot. Hehe

Then, Helena siap menumpang tidur di rumah keluarga Izzat. Sebab ibu Izzat kesiankan si Helena. Izzat ada ibu dan adik perempuan. 

Tapi paling Iday suka dan menyampah, scene Fareeq dan Suhaila. Rasa nak pukul je si Fareeq tu sebab layanan teruk dia dekat Suhaila. Mentang-mentang dah tawar hati and suka sangat dekat si Helena tu. Then, dalam episod ni ada tunjuk kenapa Rafeeq tak jumpa Helena untuk rancangan kahwin lari tu. Memang terkejut jugak la. 

Overall, episod 2 ni banyak scene gaduh antara Helena and Izzat. Asyik gaduh je nonstop Haha So, takde impak sangat untuk episod 2 ni. Itu dari pandangan Iday la. Hehe


Korang setuju dengan review Iday tentang episod kali ni? Boleh share pandangan korang di komen di bawah ye :)

Post a Comment

7Comments
  1. Red Velvet Episod 1 : http://beta.lynk.my/mvHFuCzr

    ReplyDelete
  2. Link Red Velvet Episode 2 : http://beta.lynk.my/wktE (start minit ke 25)

    ReplyDelete
  3. Link Red Velvet Episod 3 : http://beta.lynk.my/TKetm

    ReplyDelete
  4. Link Red Velvet Episod 4 : http://beta.lynk.my/lwBY0kk9

    ReplyDelete
  5. Link Red Velvet Episod 5 : http://beta.lynk.my/vyWy2sl

    ReplyDelete
  6. Link Red Velvet Episod 6 : http://beta.lynk.my/0XO6Bg53
    Link Red Velvet Episod 7 : http://beta.lynk.my/tk5WjA
    Link Red Velvet Episod 8 :http://beta.lynk.my/4SSMw
    Link Red Velvet Episod 9 : http://beta.lynk.my/Z4t1lp
    Link Red Velvet Episod 10 : http://beta.lynk.my/f9luA2OL

    ReplyDelete
  7. Link Red Velvet Episod 11 : http://beta.lynk.my/GyMgbAN
    Link Red Velvet Episod 12 : http://beta.lynk.my/4E5Uf
    Link Red Velvet Episod 13 : http://beta.lynk.my/Fkgyk
    Link Red Velvet Episod 14 : http://beta.lynk.my/miqXd
    Link Red Velvet Episod 15 : http://beta.lynk.my/zvDVw

    ReplyDelete
Post a Comment