Puncak Rimba Bentong Jadi Lokasi Pernikahan Yuna Dan Adam

7

Hi Korang, 

1 Malaysia dah tahu yang Yuna dan Adam sudah selamat diijadkabulkan di satu lokasi yang bagi Iday memang paling lawa Iday pernah tengok. 

Sebenarnya tak ramai selebriti Malaysia yang memilih lokasi di luar untuk majlis akad nikah. Selebriti yang memilih lokasi luar antaranya Sharifah Sakinah dan Mia Ahmad. 

Iday boleh cakap pelamin dan lokasi pernikahan Yuna adalah paling cantik Iday pernah tengok. Dengan kabusnya dan dekorasi bunga pada pelamin. 

Kalau nak tahu, lokasi tersebut adalah Puncak Rimba di Bentong. Dan lokasi di tengah hutan menyebabkan hanya buggy car boleh naik ke puncak tersebut kerana jauh ke dalam.



Puncak Rimba ini sebenarnya milik Datuk A Shazilly Bakti, Pengarah Schlumberger Drilling Services Sdn Bhd. 




Kawasan seluas 12 ekar ini termasuklah kebun pelbagai jenis buah-buahan dan air terjun. Paling best, ada lebih 300 pokok durian. Hahaha



Ada 7 villa di sekitar Puncak Rimba termasuklah sebuah rumah lama yang berusia lebih 100 tahun yang dibawa dari Kampung Bongek, Negeri Sembilan (sumber : theedgemarket)





Kalau bukan pasal Yuna nikah dekat sini, memang takkan tahu kewujudan Puncak Rimba ni. Hehehe




Dulu Puncak Rimba hanya dibuka untuk kawan-kawan dan keluarga, kini ia dibuka untuk orang luar yang ingin bercuti. Tapi memang kena direct email diorang untuk booking. 



Iday ada search #puncakrimba di Instagram. Rupanya dah banyak majlis perkahwinan yang berlaku dekat sini. 



Kalau dekorasi pelamin tu pula adalah hasil kerja The Calla dan Flores KL, tak silap iday. Hari tu Yuna ada buat persembaha ketika hari pelancaran Flores KL. Ingat balik Malaysia sebab event tu, rupanya nak kahwin. Hehe

Ini video sekitar Majlis Pernikahan Yuna & Adam :


Video rasmi :


Kalau korang beminat nak booking tempat ni, boleh check maklumat di bawah okay. Harap-harap in future ada peluang Iday nak menginap di sini. Hahaha

Instagram : www.instagram.com/puncakrimba/
Facebook Page : www.facebook.com/puncakrimba.my/
Email : hellopuncakrimba@gmail.com


Tahniah Yuna dan Adam!


Post a Comment

7Comments
  1. Dah tengok dah! Cantik sangat-sangat. Nasib baik kat sini dah letak info pasal puncak rimba ni.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kawasan puncak macam ni.. Tahniah utk yuna dan pasangan :)

    ReplyDelete
  3. Gila lawa weiii tmpt dia ni... Kat puncak plak tu... Rare betul.... Tahniah yuna & psgn..

    ReplyDelete
  4. Memang cantik..lepas ni ramai la orangdatang buat majlis kawen kat sini..tema ni tengah hangat..kan??yang nak tiru tema ni tapi tak de bajet ke sini boleh buat belakang rumah je..hahahah

    ReplyDelete
  5. cantik giler tempat ni..sure gambar2 yuna n adam superbb lawa kan

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat kawasan puncak rimba tu. Sama la baru tahu jugak tentang puncak rimba ni..

    ReplyDelete
  7. Tempat ni memang cantik, kawasannya mcm kt luar negara

    ReplyDelete
Post a Comment