Hi Korang!



Korang ada masalah senggugut (period pain) tak? Iday memang ada masalah ni dah lama and alhamdulillah sekarang tak seteruk dulu. 

Kalau dulu, setiap kali datang period je, Iday akan tahan dan tak makan ubat sebab ada la kawan-kawan yang cakap kalau makan ubat, nanti ada effect dekat rahim. So, memang sanggup la menahan sampai meraung sebab sakit. 




Padahal emak selalu hulurkan panodol or ubat tahan sakit, kita ni tetap taknak makan sebab percaya sangat dengan kata-kata orang. Since risau la, kalau selalu makan nanti effect dekat rahim, susah nak mengandung. 




Bila dah kahwin dan kerja, sakit senggugut ni sedikit menganggu kehidupan seharian Iday sampai wajib cuti satu hari sebulan di sebabkan period pain. Then, ada la one time Iday makan juga ubat sebab memang tak tahan sangat dah. 


Pernah tanya doktor dekat klinik

Bila Iday google and ada artikel yang mention, ubat takde effect dekat rahim. Tapi macam biasa la, masih rasa was-was. Pernah sekali Iday tanya doktor dekat klinik tentang isu ni. 


Iday : Doktor, kalau selalu makan ubat ni, akan ada kesan pada rahim ke?


Doktor : Siapa yang cakap macam tu? *nada dia tegas time ni


Iday : Ada kawan yang cakap.....


Doktor : Dia doktor ke? Pandai-pandai je cakap macam tu


Eh, emo pulak doktor ni. Masa tu Iday macam, lantak kau la. Aku taknak makan ubat kau. So, masih lagi was-was nak makan ubat tahan sakit. Ada la makan tapi tak selalu. Bila dah teruk sangat sampai nak fikir nak potong perut tu, baru makan. 




Serius tak tipu HAHAHA

Sesi soal jawab dengan Dr Sado Helok

Baru-baru ini pula segmen Buruk Cantik dalam Thinker Studio, dalam segmen tersebut Syafa dan Adriana ada buat sesi soal jawab dengan Dr Shazril Shaharuddin. 



Helok betul Doktor ni, tapi dah kahwin ye. Hehehe




Salah satu soalan adalah : Adakah ubat tahan sakid ada side-effect kepada rahim dan ini adalah jawapan Dr Shazril Shaharuddin.



So, lepas ni memang dah takde was-was. Kalau betul-betul sakit, Iday akan makan ubat tahan sakit. Tapi ada cara untuk korang elakkan dari mendapat period pain ni. Kena minum air masak 2-3 liter sehari. Iday dah amalkan minum air masak ni, and Alhamdulillah dah kurang rasa sakit. Hehehe

Tapi jangan time period baru korang nak minum air masak. Korang kena amalkan setiap hari. Hehehe

Okay, itu je perkongsian Iday untuk kali ini. InsyaAllah nanti Iday akan share lagi info-info seperti ini di blog Iday. Hehehe

Oh, kalau korang ada tips macam mana nak kurangkan rasa sakit senggugut, boleh komen di bawah ye! Hehehe

Bye!