Hi Korang!
Iday nak kongsikan cerita kak Aishah ni sebagai pembakar semangat Iday nak turunkan berat badan. Kalau korang nak tahu, Iday ada masalah rahim dan doktor sarankan Iday untuk kurangkan berat badan. So, doakan Iday berjaya ye.
Sambung cerita tentang kak Aishah.
Iday memang follow IG kak Aishah, so memang selalu ambil tahu perkembangan beliau lagi-lagi bila Iday tahu yang kak Aishah tengah operasi mengurangkan berat badan.
Akibat berat badan yang melebihi, kak Aishah memilih menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik.
Apa Maksud Pintasan Gastrik?
Ini apa yang Iday baca dari wikipedia
"Pembedahan pintasan gastrik adalah sejenis tatacara pembedahan yang digunakan untuk merawat kes obesiti teruk.
Pembedahan ini menjadikan perut lebih kecil dan membenarkan makanan mengelak melalui sebahagian usus kecil. Ini menjadikan orang lebih cepat kenyang dan mengurangkan makan serta pengambilan kalori.
Dengan memintas usus menyebabkan hanya sedikit kalori yang diserap. Ini membolehkan pengurangan berat badan."
Tips Turunkan Berat Badan Selepas Pembedahan Pintasan Gastrik
1. Kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Dah nama pembedahan, mestilah ada tahap sakit yg mesti dilalui. Kita kena sedar dalam hal itu.Tapi ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
2. Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu
3. Jangan malas! Sehari selepas pembedahan kak Aishah dayakan diri untuk bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dpt capai niat kita tu.
4. Senyum selalu! Bila dah fix bahagian fizikal you dengan pembedahan mengecikkan perut. Kenalah belajar untuk mengawal nafsu makan.
5. Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja makanan. Yang lain tu nafsu.
6. Pembedahan ini bukan jalan pintas tetapi pembantu untuk kita turunkan berat badan. Yang lain kita kena usaha sendiri. Orang yang melalui pembedahan ini bukan untuk cantikkan diri tetapi untuk menyelamatkan nyawa. Selain itu untuk mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan serta beberapa penyakit.
7. Berdoalah banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan kita.
8. Dengar cakap doktor dan jangan memandai-mandai.
9. Carilah sebanyak boleh maklumat mengenai pembedahan ini dan fahami.
Okay, memang la ada yang cakap, senang la nak kurus sebab buat pembedahan kecilkan perut.
No no no! Korang kena faham, diorang memang kecilkan perut tapi proses selepas itu, diorang kena amalkan budaya pemakanan sihat dan senaman. Sama macam orang biasa yang kurangkan berat badan jugak.
Usaha mereka tu yang patut jadi pembakar semangat kita ni.
Gambar Sebelum Selepas Aisyah
Nampak kan perbezaan?
Iday nak kongsikan gambar Kak Aishah ketika Gegar Vaganza Musim Ke-4 iaitu ketika sebelum kak Aishah mengambil keputusan untuk mengurangkan berat badan.
Dan ini gambar terbaru Kak Aishah semasa proses mengurangkan berat badan. Memang sangat berbeza!
Nampak lebih gembira dan sihat. I'm so proud! Kalau kak Aishah boleh, kenapa kita tak boleh kan? Terus semangat ni nak kurus, rasa macam nak jogging setempat sekarang. Hehehe
Iday ada baca perbualan kak Aishah dan doktor di ruangan komen di IG kak Aishah. Rupanya kak Aishah akan mulakan program fitness. Memang makin meletop la kak Aishah lepas ni. Kuat semangat kak Aishah kan.
So, lepas ni Iday tak boleh banyak bunyi kalau Islam suruh jaga makan dan ajak jogging. hehehe
Alhamdulillah sekarang pon dah start jogging dengan Islam. Setakat ini Iday dah berjaya kurangkan berat 5 kg dalam masa seminggu. Tengah tahan selera makan waktu malam ni. Hehehehe
Semoga berjaya! Hehehe
good luck iday!
ReplyDelete