Muzik Jam - Program Muzik Online Terbaru (hurr.tv)

0

Hi Korang!

Post kali ini Iday nak kongsikan tentang program baru dari hurr.tv yang dihoskan oleh dua penyanyi hebat dan kegemaran Iday iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel.


Program yang dimaksudkan adalah program muzik online terbaru, "Muzik Jam" yang menampilkan Youtuber yang bakal bersaing sesama mereka dimana penyanyi dengan undian yang tertinggi meneruskan saingan berikutnya.

Program ini bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruhan enam episod web sehingga 2 Mei 2018. Sekarang dah bersiaran hingga ke episod  ke dua.

Minggu Pertama Muzik Jam

Pada minggu pertama "Muzik Jam" yang disiarkan pada 28 Mac 2018 menyaksikan dua Youtuber yang bersaing adalah Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dengan hos pada malam itu adalah Ismail Izzani. 


Yazmin telah menyanyikan lagu berjudul 'Marry You' oleh Bruno Mars manakala Sheryl menyanyikan lagu berjudul 'Perfect' oleh Ed Sheeran. 


Undian secara langsung pada malam itu berpihak kepada Yazmin Aziz dan pada akhir rancangan tersebut Yazmin berduet dengan hos Ismail Izzani menyanyikan lagu "Demi Kita".

Minggu Kedua Muzik Jam

Di minggu kedua yang disiarkan pada 4 April 2018, Yazmin Aziz telah bersaing dengan pemain ukele comel Alyssa Dezek. 

Alyssa mebawakan lagu oleh Dash Uciha berjudul ‘Merindukanmu’ manakala Yazmin pula membawakan lagu ‘Alone’ oleh Marshmallow & Anne Marie! Undian kali ini berpihak kepada penyanyi kenit Alyssa Dezek yang muncul sebagai penyanyi ‘favourite’ dan berpeluang untuk berduet dengan hos Naim Daniel menyanyikan lagu ‘Sekali Lagi’. 



Minggu Ketiga Muzik Jam

Alyssa bakal bersaing dengan YouTuber Sarah Suhairi di minggu ketiga pada 11 April 2018. 

So, jangan lupa saksikan Muzik Jam pada malam tersebut dan undi Youtube pilihan korang! Iday akan letak link di penghujung artikel ini.

Rancangan ini mengingatkan Iday tentang satu rancangan dekat luar negara iaitu The Four. Konsep lebih kurang la. Tetapi baguslah ada program macam ni, so Youtuber Malaysia yang berbakat dapat menonjolkan bakat nyanyian mereka. 


Tujuh YouTuber yang bakal ditampilkan di ‘Muzik Jam’ adalah Sheryl Syazwanie (Minggu 1), Yazmin Aziz (Minggu 1), Alyssa Dezek (Minggu 2), Sarah Suhairi (Minggu 3), Shahida Supian (Minggu 4), Aqeesh Aleeya (Minggu 5) dan Mimi Nazrina (Minggu 6).

Iday tak sabar nak tengok Sarah Suhairi and akan undi dia. Hehehehe


‘Muzik Jam’ dibawakan oleh muca dan MyMotor. Pastikan anda menonton ‘Muzik Jam’ setiap hari Rabu, 8.30 malam eksklusif hanya di hurr.tv dan undi penyanyi kegemaran anda!

Saksikan episod web pertama di sini dan episod web kedua di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, boleh check di link bawah :

http://www.hurr.tv/
https://www.facebook.com/hurr.tv/
https://www.youtube.com/channel/UC4Pohp-KnzbtBWOo5zZcZtg
https://www.instagram.com/hurr.tv/
https://twitter.com/hurr_tv

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)