New Video On Youtube.com/Sayaiday

Ragaman Video Muzik - Faizal Tahir • VIDEO REAKSI



Yes, akhirnya Faizal Tahir dah upload video muzik rasmi lagu Ragaman di youtube. Iday sebenarnya memang tak sabar nak tengok, lagi-lagi bila tahu ada Nabila Huda dalam video  tersebut. Hehehe 


Lagu ini sebenarnya single terbaru dari Faizal Tahir. Lagu ni lain dari lagu yang pernah Faizal Tahir nyanyikan sebelum ni. Ada vibe "reggae' dan lagu-lagu zaman P. Ramlee.



Sebelum ni kan lagu Faizal Tahir macam serius  tetapi dalam lagu Ragaman ni, muziknya lebih santai dan 'relatable' dengan pendengar. Hehehe

Single Ragaman merupakan karya ciptaan Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Romeo manakala liriknya pula dihasilkan oleh Faizal dengan kerjasama Mike Chan, Karim Karam dan Jaare.




So, Iday dan Islam ada buat reaksi dan komen pada Video Muzik Rasmi lagu Ragaman. Ini kali pertama kitorang buat video reaksi. Hahahaha Saja nak menambah content dalam Youtube Sayaiday tu. Hehehe


Ragaman Video Muzik - Faizal Tahir | VIDEO REAKSI

Boleh check video di bawah kalau nak tengok reaksi kitorang. Hehehe


Ulasan kitorang lepas tengok video ni memang best. Tak sia-sia tunggu. Siap ada plot twist. Hehehe

Iday hampir nangis di penghujung lagu ni. Tak sangka, lagu fun-fun macam ni ada pengakiran macam tu. Memang terbaik lah Faizal Tahir.

Harap-harap lagu ni boleh masuk Anugerah Juara Lagu akan datang. Hehehe



-----------------------------------------
ADA SOALAN NI!

Korang dah dengar belum lagi RAGAMAN? Okay tak?
-----------------------------------------



1 comment: