Terbeli Kasut Adidas Falcon Tapi Ada Kulit Babi (Pig Skin)? • VIRAL

4

Kecoh hari ni tentang cerita material kasut Adidas (Falcon) dari kulit babi (pig skin). Iday memang serabut la sebab dah beli and pakai buat keluar. Bukannya murah, almost RM500 kot. Beli sebab memang minat kasut tu sampai bawa ke mimpi. Hahaha



So, kerja hari ni memang menghadap twitter, tengok post yang mention "adidas falcon". Sambil-sambil tu jeling kasut Falcon yang ada dalam kotak tu. Hahaha

Cerita dia start bila viral twitter yang someone tanya Adidas tentang status kasut tersebut, betul ke ada pig skin? Iday tak sure macam mana boleh start rumor pasal ni, tapi jawapan staff Adidas tu memang mengejutkan semua pihak, lagi-lagi pada mereka yang dah beli kasut tu (aku la tu)



Masa conversation ni, Iday dah cuak sebab terang-terang @adidasEUhelp ni cakap yang "All Falcons contains pig skin" . Sudahhhh tak pasal-pasal kan. 

Tapi Iday relaks dulu, selagi tak dapat confirmation dari Adidas Malaysia. Iday sabar dulu, takde nak buka website mudah untuk buat iklan jual kasut tu. Hahaha

Then, ada pulak kenyataan dari pihak JD Sport sebab diorang pon memang jual kasut tu dekat store diorang. Screenshot ni dikongsikan oleh staff JD Sport tu sendiri.



Diorang mention yang Adidas Falcon dari Malaysia dibuat di kilang yang berbeza. So lega sikit hati ni, tapi masih tak puas hati sebab nak tahu dari Adidas Malaysia sendiri. 

Then, ada satu warga twitter ni bagitahu yang semua warna kasut Falcon bukan dari pig skin tapi ada satu warna yang exclusive iaitu Putih Pink (White Pink) ada pig skin.




"Pink and White Colour adalah exclusive in JD - imported dari UK dan masih diragukan"



Kalau Iday tak beli lagi, Iday memang akan ignore je isu ni. Senang-senang takyah beli la kan dari duk pening pikir pig skin ke tidak. Tapi masalahnya, dah selamat beli dan selamat pakai. Dan dari website tu takde pulak mention yang kasut ni ada pig skin ke apa. Hahaha

Tapi tadi rasa lega sebanyak 70% sebab ada reply dari Adidas yang bagitau kasut tu takde kulit babi or pig skin. Isteri Johan pon ada beli kasut ni dari IG online, tapi jual balik sebab isu kulit babi (pig skin). 


"Our adidas Falcon shoes are made from Mesh and Suede Upper. There's no any sort of material from animals have been used to produce these shoes as we also cater customers who are Vegan or Muslims"

So lega sikit 70%. Kenapa 70%? 

Sebab Iday still nak kenyataan dari Adidas Malaysia. 

Please Adidas Malaysia, tolong bagi clear tentang isu ni. Buat la kenyataan dekat Facebook ke, Twitter ke. Sebab ramai yang nak tahu status kasut ni. 

Dekat website Zalora pon takde mention yang kasut ni ada pig skin.



Even selebriti Malaysia pon diberi kasut ni untuk tujuan promosi seperti Ain Edruce, Scha Al-Yahya dan Sharifah Sakinah. 

Gambar yang diupload oleh Ain Edruce untuk tujuan promosi Adidas Falcon :


Gambar yang diupload oleh Scha Al-Yahya untuk tujuan promosi Adidas Falcon :


Gambar yang diupload oleh Sharifah Sakinah untuk tujuan promosi Adidas Falcon :



Sebab diorang ni semua muslim and diberi tugas untuk promote kasut. Takkan la Adidas tak sensitif and bagi kasut yang diperbuat dari pig skin kan?
Iday ada submit email dekat diorang tapi belum ada reply. So, nanti bila diorang dah reply, baru Iday update dekat sini. 

Pada mereka yang dah beli dan masih was-was, boleh la simpan dalam kotak dulu hahaha 

Update : Reply dari pihak Zalora


Update : kenyataan dari JD Sport Malaysia





-----------------------------------------
ADA SOALAN NI!

Apa komen korang? Ada yang dah beli kasut ni?
-----------------------------------------
Tags

Post a Comment

4Comments
  1. bila was-was itu yang akan mengganggu fikiran. klau kak liez mmg tgg pihak adidas malaysia jawab..if they also tak pasti,so mintak refund la..sbb salah diaorg tak stated ada pigskin..bukan murah tau then kita jadi tak seronok nak pakai

    ReplyDelete
  2. alamak dah beli ni.. betul ke tk ni buat dr pig skin? 😭

    ReplyDelete
  3. yg penting hati, yakin atau tidak :D

    ReplyDelete
Post a Comment