New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Ayam Bakar Paling Simple Dan Sedap


Hi Korang, 

Kali ini Iday nak kongsikan resepi ayam bakar paling simple pernah Iday buat. Tetapi suami Iday paling suka. Hehe



Korang boleh bakar ayam ni samada dalam oven, double sided pan atau air fryer. Terpulang pada korang. Nak goreng pon boleh, tapi nanti tak jadi ayam bakar, jadi ayam goreng. Hehehe


Bahan-bahan yang diperlukan :


4 ketul ayam (Iday guna bahagian paha)


A- 4 sudu makan cili kisar
A- 1 ulas bawang merah (optional)
A- 3 ulas bawang putih (optional)
A- 1 inci kunyit hidup
A- 2 sudu asam jawa 
A- Garam secukup rasa



Cara Memasak :

1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sebati
2. Masukkan ayam dan perap selama 30 minit


3. Bakar ayam sehingga masak. Siap!


Hahaha resepi paling simple. Kalau korang nak, tambah la madu ke, sos cili ke tapi resepi Iday ni memang cara Iday. Yang penting suami suka dan sedap. Hehehe

Korang boleh juga follow step seperti di dalam video ni dibawah :





Ini resepi Ayam Bakar paling simple la. Kalau mak aku, memang dia bebel. Mesti banyak rempah dan bahan lagi yang dia nak tambah. Tapi, kalau korang malas nak fikir bahan dan nak masak yang senang-senang je, boleh la try resepi ni. Hehehehe


Selamat mencuba!

0 Comments:

Post a Comment