New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Tempe Goreng Berlada (Sambal Tempe) Mudah


Hi Korang!

Kali ini Iday nak share resepi yang Iday paling suka bila dah bosan asyik makan menu ayam atau ikan. Resepi ni mak Iday yang ajar and memang ikut cara mak Iday. 



Resepi ni Iday cuma letak 5 biji cili padi sebab Islam (suami) tak tahan pedas. Tapi hari tu masak untuk diri sendiri, Iday letak 10 biji cili padi. Memang terbaik la hehehe


Resepi Tempe Goreng Berlada


Bahan-bahan :

• 1 peket tempe - dipotong memanjang
• 1 genggam ikan bilis yang telah digoreng rangup
• 1 biji bawang besar
• 5 biji cili padi (nak pedas, boleh tambah cili)
• 2 ulas bawang putih
• 2 sudu serbuk kunyit
• daun bawang
• garam dan gula secukup rasa


Cara masakan :



• Gaul tempe dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga keemasan.

• Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga lumat.

• Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing

• Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh tambah bahan perasa kalau nak.

• Masukkan tempe, ikan bilis dan daun bawang. Gaul rata. Jangan terlalu lama.



Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas.

Senang kan resepi tempe goreng berlada ni. Yang penting memang sedap! Iday paling suka rasa daun bawang tu. Pernah sekali Iday letak banyak-banyak. Hehehe

Selamat mencuba!


---------------------
Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓↓↓
---------------------

1 comment:

  1. Tempe ni sangat favourite. Masak sambal, goreng tepung dan goreng berlada pun semua sedap!

    ReplyDelete