Hi Korang!

Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat. Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady.

Iday tengok dekat social media, ramai yang dah buat dan ramai cakap memang sedap. Bila Iday buat sendiri, memang betul sedap dan lagi best bila makan dengan ais krim vanilla. Hehehe


Resepi Kek Viral 2 Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan :

• 2 Paket Oreo (pek 137g)
• 200ml susu Dutch Lady - susu atau coklat
• Aiskrim vanila - optional

Kek Coklat 2 Bahan - Sedap! - bahan-bahan


Ini je bahan-bahan yang diperlukan. Simple kan? Hehehe

Macam mana nak buat kek coklat 2 bahan ni? Korang boleh rujuk video di bawah atau resepi bertulis di bawah. Memang sangat mudah !



1. Kisar Oreo bersama cream sekali - kalau taknak letak cream pon boleh
2. Satukan Oreo yang dikisar tadi bersama 200 ml Susu Dutch Lady
3. Kacau hingga sebati
4. Masukkan acuan ke dalam loyang
5. Kukus selama 20 minit dengan api kecil

Siap! Senang kan? Boleh makan dengan aiskrim hehehe


Sedapnya! Selamat mencuba!