New Video On Youtube.com/Sayaiday

Bantu Rakyat Syria Dengan Misi Bantuan Kecemasan Musim Sejuk


Hi Korang! Assalamualaikum!

Kalau korang follow akaun sosial media Iday (instagram.com/sayaidaydotcom dan fb.com/sayaiday, korang mesti perasan yang Iday ada kongsikan tentang satu kempen untuk bantu rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di sana.



Misi Musim Sejuk Syria - Kumpul Dana RM 300,000

Kalau korang nak tahu, MVM akan menjalanan kempen pengumpulan dana melalui sosial media selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 bagi tujuan misi ini.


Maklumat Bantuan : 

Sasaran : RM300,000
1 Kotak Makanan : RM100
1 Helai Baju Sejuk : RM150
Tarikh tutup sumbangan : 31 Januari 2019

Jadi Iday harap, selain dari menyumbang dana, korang juga boleh membantu untuk menyebarkan kempen ini kepada orang ramai.

Sukarelawan MVM dan sukarelawan GPM sendiri akan membawa bantuan tersebut kepada mereka yang memerlukan di sana pada 16 hingga 25 Januari 2019.


Maklumat Tentang Misi Sebelum Ini

Misi Pertama
• Jumlah dana sebanyak RM 100,000 yang merangkumi bantuan kit musim sejuk
• Kerjasama bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS)

Misi Kedua
• Jumlah dana sebanyak RM 200,000 yang merangkumi bantuan baju sejuk, selimut dan susu bayi
• Kerjasama bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS)
• Bantuan berjaya diberikan kepada kira-kira kepada 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria.

Jika misi tahun ini berjaya, jumlah keseluran dana adalah RM 600,000. Cuba bayangkan berapa ramai rakyat Syria yang dapat korang bantu.



Kalau korang nak tahu lebih info tentang misi ini atau ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh layari website donation MVM di : https://donation.mvm.org.my/



Ikon MVM 2019

Baru-baru ini pon Iday hadir ke Sidang media Misi Musim Sejuk 3.0 dan Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) . Selain Iday dapat tahu lebih info tentang misi musim sejuk ini, Iday juga diperkenalkan dengan barisan Ikon MVM untuk tahun 2019 yang terdiri dari selebriti popular Malaysia.



Meraka ini bersetuju untuk bekerjasama dengan menjadi Ikon MVM 2019 dan bersedia memainkan peranan dalam menyebar kebaikan kepada masyarakat setempat.

Barisan-barisan selebriti yang dimaksudkan adalah:

• Ustaz Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)
• Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi dan Usahawan)
• Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan)
• Da'i Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
• Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De'Xandra)





Ketika sidang media, penyanyi Milla juga ada komen yang menjadi Ikon MVM adalah tanggungjawab besar dan dia akan memberikan yang terbaik dalam memberitahu masyarakat tentang MVM termasuk aktiviti-aktiviti sukarelawan di sosial media.








Iday sebagai blogger juga akan membantu usaha barisan-barisan ikon MVM dalam membuat hebahan tentang MVM. Benda baik elok, mestilah kena share. Lagipon apa yang kita buat ni memberi impak kepada mereka yang memerlukan.




Kalau korang nak tahu lebih info tentang Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia(MVM), korang boleh baca artikel dari blog Iday di link bawah :


atau korang boleh layari :

Facebook Muslim Volunteer Malaysia
https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia

Instagram
https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia/

Telegram Channel
https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia

Twitter
→ @VolunteerMVM

Youtube Channel
→ Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm

#muslimvolunteermalaysia #ikonMVM2019 #SyriaKamiDatang


0 Comments:

Post a Comment