Header Ads

Resepi Mee Goreng Basah Paling Mudah Dan Sedap (VIDEO)


Hi Korang!

Mee goreng basah adalah kegemaran Iday sepanjang masa. Kalau dulu boleh la nak request dekat Mak. Tapi sekarang dah kahwin, kena la belajar masak sendiri. Takkan asyik nak makan kat kedai kan?


Lagipon, cara nak masak Mee Goreng Basah ni sangat la mudah. Makan panas-panas, perah dengan limau nipis. Memang terbaik! Korang boleh buat sendiri berpandukan Resepi Mee Goreng Basah cara Iday ni di bawah. Selamat mencuba!



Bahan-Bahan Yang Diperlukan
• 1/2 paket mee kuning
• udang/ayam/daging/sotong - selera masing-masing
• taugeh/sawi - selera masing-masing

• 3 ulas bawang putih
• 1/2 labu bawang besar
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tiram
• air secukupnya
• garam dan gula secukup rasa


Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan. Ada orang tak suka letak udang sotong, boleh la letak ayam. Tapi Iday memang suka sangat-sangat dengan udang, so letak udang. Hahaha



Sayur pon terpulang, tapi lagi sedap letak sawi atau taugeh.

Iday ada buat video dibawah, cara-cara untuk memasak Mee Goreng Basah Paling Mudah di bawah. Kalau malas nak tengok video, korang boleh juga rujuk resepi bertulis di bawah video ini.

Cara-cara memasak Mee Goreng Basah



1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar. Masak sehingga garing.

2. Masukkan udang dan sotong. Gaul rata.

3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul sebati

4. Masukkan air secukupnya.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya.

6. Perlahankan api dan masukkan sawi dan taugeh. Gaul rata.

7. Masukkan mee kuning dan gaul sebati

8. Siap untuk dihidang.




Senang kan nak masak Mee goreng Basah. Biasanya Iday masak ketika sarapan pagi. Tapi kadang-kadang makan petang sambil tengok movie ketika hujung minggu.



Korang boleh letak air lebih kalau nak berkuah dan banjir. Kalau Iday, suka basah-basah je dan bukan berkuah. Kalau terlebih rajin, boleh buat jeruk lada. Hehehe

Harap korang suka resepi Iday kali ini dan selamat mencuba!









Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


2 comments:

  1. Fuhhhh...akak yg dah dinner pun lapo balik nengok video masakan ni. dapnyaaaaa

    ReplyDelete