Cara Menghilangkan Jerawat (Breakout Teruk Akibat Salah Pakai Produk)

5


Disebabkan dulu salah pakai produk, kononnya nak 'putih dan flawless'. Alhamdulillah, sekarang kulit wajah dah bebas jerawat dan parut jerawat makin pudar.

Iday ada masalah jerawat ni bermula November 2017, ambil masa setahun untuk betul-betul merawat jerawat dan kurangkan parut jerawat.

Iday ada kongsikan punca dan pengalaman sepanjang ada jerawat ni dalam artikel sebelum ini di blog Iday. Artikel berkaitan : Pengalaman Kulit Muka Berjerawat (Punca Jerawat)

Gambar yang kiri kanan tu, gambar sebelum dapat jerawat.

Memang tak sangka Iday akan berhadapan dengan masalah kulit 'breakout' padahal dari dulu memang kulit Iday jenis yang susah nak dapat jerawat.

Ini keadaan muka Iday sebelum ada jerawat.



Ini gambar masa awal-awal jerawat mula singgah dekat muka. 




A post shared by SayaIday - Malaysian Blogger (@sayaidaydotcom) on


Kemudian jadi makin teruk, banyak jerawat menggerutu dan kulit muka rasa sakit bila disentuh.



Alhamdulillah, sekarang kulit muka Iday dah bebas jerawat dan parut pon dah pudar. Ini gambar terbaru keadaan muka Iday yang dimuatnaik di Instagram.




Artikel kali ini, Iday nak kongsikan tip atau bagaimana cara merawat masalah jerawat. Iday harap tips ini sedikit sebanyak dapat bantu mereka yang ada masalah yang sama.

Oh Iday ada muatnaik video cara merawat masalah jerawat ni dekat youtube channel Iday. Kalau korang malas nak baca (hehehe), boleh tonton video ni je okay. Masa ni still ada parut-parut kecil (Disember 2018).



Berhenti pakai makeup

Mula-mula sekali, Iday stop pakai foundation atau sebarang jenis makeup. Iday rehatkan kulit muka Iday dari sebarang jenis produk.

Iday yakin kulit Iday start teruk sebab salah pakai produk dan Iday berhenti guna masa awal-awal muka Iday naik jerawat. Bila dah berhenti tu, rupanya makin teruk. Haha

So, masa awal-awal nak merawat jerawat tu, berhenti pakai makeup bila keluar.


Buat research dan baca review

Sepanjang iday dapat masalah jerawat ni memang kerap menghadap artikel tentang jerawat, tengok youtube video tentang jerawat, tengok perkongsian dari twitter dan banyak lagi la.

Dari situ Iday start kenal Iman Abdul Rahim, dia beauty blogger yang famous dekat Twitter. Dari dia la Iday banyak belajar tentang skincare, macam mana nak kenal pasti produk yang sesuai dan cara nak tahu jenis kulit kita.


Kenalpasti jenis kulit 

Sebelum kita nak cari produk yang sesuai, kita kena taw dulu apa jenis kulit kita. Iman pon ada share dalam blog dia, macam mana nak check jenis kulit kita.

Iday pon ada cuba tips dari Watsons - cara check jenis kulit menggunakan tisu.

1. Mula-muka kita cuci muka seperti biasa.

2. Tunggu 2 jam. Ingat jangan apply apa-apa dekat muka. Ini tips Iday dapat dari blog Iman.

3. Bila kulit muka dah kering, koyakkan tisu kepada 4 bahagian dan letakkan setiap satu di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

4. Rujuk gambar di bawah untuk kenalpasti jenis kulit korang


Masa Iday ada jerawat hari tu, Iday buat test dan rupa-rupanya jenis kulit Iday adalah kulit berminyak.

Then masa ni lah kita nak mencari produk yang sesuai dengan kulit kita. Rajinkan baca review dan feedback dari orang lain tentang produk yang kita nak cuba.

Iman pon ada kongsi produk2 yang berkesan untuk merawat jerawat, so Iday check review-review user lain tentang produk tu. Sampai la Iday jumpa produk yang betul-betul sesuai untuk Iday.

Memang akan ada banyak 'try and error' sepanjang proses nak rawat jerawat. Macam-macam produk Iday guna sampai jumpa yang betul-betul serasi dengan kulit muka Iday.


Basic Skincare

Lepas buat research, kenal pasti produk yang sesuai dan jumpa produk yang serasi dengan kulit kita, Iday mula dengan buat 'basic skincare' hari-hari. Ini basic skincare dan produk yang Iday guna untuk merawat kulit Iday hari tu.


Pencuci muka (Cleanser)

Iday guna Cleansing Gel (200ml) dari Avene. Dari botol tu, dinyatakan yang produk ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan 'blemish-prone' skin.



Masa mula-mula Iday pakai, Iday dapat rasa yang produk ni memang sesuai dengan kulit Iday.

Kulit Iday rasa bersih dan lembut lepas pakai. Dan yang paling penting, dia tak menyakitkan kulit muka Iday yang berjerawat masa tu. Iday beli dengan harga RM70+ dekat Gurdian dan tahan setahun lebih.

Iday perasan yang jerawat Iday mengecil dan makin kurang naik dekat muka. Memang happy sangat dapat jumpa cleanser yang sesuai dengan kulit Iday masa tu.


Moisturizer

Iday rasa Iday ambil masa yang lama untuk cari moisturizer yang sesuai untuk kulit Iday. Ada guna beberapa produk tapi tak okay untuk kulit Iday.

Sampai la ada kawan yang recommend Iday untuk guna moisturiser dari Simple iaitu Clear Skin Oli Balancing Moisturiser (75 ml).


Memang best sebab berkesan melembabkan kulit Iday. Rasa best bila pakai especially after cuci muka. Yang penting tak menyebabkan breakout atau kulit rasa gatal. Sangat nice dengan kulit dan Iday suka bau dia walaupon ada mention yang produk ni jenis fragrance-free.


Sunscreen

Dulu memang malas nak pakai. Even masa kulit elok dulu pon tak pakai. Sepatutnya wajib pakai sebab penting untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV.

Lagipon, ada info yang Iday baca yang sunscreen ni bagus supaya kulit kita tak nampak tua dan berkedut.

Bila ada jerawat, lagi la kena pakai. Iday guna Perfect UV Protection Cream dari Innisfree (50ml). Iday suka sebab tak melekit dan sesuai untuk kulit berminyak. Senang nak sapu dekat muka dan cepat meresap dalam kulit. So far, ini sunscreen paling Iday suka.


Ini antara 3 produk yang Iday guna hari-hari. Memang wajib la sampai kulit Iday dah takde jerawat sekarang.

Iday ada juga pakai clay mask, toner, serum tapi kadang-kadang je. Tapi sekarang, Iday selalu pakai Freeman Gel Mask + Scrub. Iday akan guna 2 kali seminggu. Memang best. Hehehe



Berhenti makan makanan laut

Tips ini Iday dapat dari perkongsian seseorang dekat Twitter. Iday DM tanya dia macam mana dia rawat kulit jerawat. Hamba Allah ni cakap dia berhenti makan ikan. Dia juga kurang makan udang dan sotong.

Sebenarnya Iday macam tak yakin nak follow tips tu. Lagi lah Iday ni memang suka sangat makan makanan seafood. Tapi Iday rasa tak rugi pon kalau Iday follow tips tu. Iday ada buat research dan ada juga info yang mention ikan boleh jadi penyebab jerawat.

So, Iday cuba je dan memang setahun lebih tak makan ikan. Bosan giler asyik makan ayam daging je. Hahaha

Tapi Iday perasan yang jerawat makin berkurang. Lepas muka dah elok, baru Iday start makan ikan balik hehehe

Bersenam dan jaga pemakanan

Iday rasa salah satu sebab muka Iday naik jerawat disebabkan Iday tak jaga cara pemakanan dan kurang bersenam. Berat badan Iday naik mendadak sehingga mencecah 70 KG. Gila tak?

Iday ada baca info yang jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah dan stress melampau. Tapi memang betul pon, sepanjang berat badan Iday naik tu, memang Iday stress sangat-sangat.

So, kena kurangkan makanan berminyak dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jangan lupa amalkan minum air masak atau suam sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Bersenam pon bagus especially bila peluh keluar dari muka tu. Stress pon boleh hilang.


Jaga kebersihan diri

Kena rajin mandi supaya dapat membersihkan kulit di samping bunuh bakteria penyebab jerawat. Amalkan basuh cadar, selimut dan sarung bantal 3 hari sekali. Tuala pon sama, kena sentiasa basuh atau guna yang bersih.

Iday memang asingkan tuala untuk lap muka dan badan. Kemudian sidai di tempat yang cepat kering. So, senang cerita kena jaga kebersihan diri sentiasa. Kena rajin!


Jaga tangan!

Okay last sekali, sebab dah penat menaip hahaha. Jaga tangan or jari korang tu, jangan gedik nak sentuh atau garu jerawat. Picit jerawat lagi la 'BIG NO'! Sebab kita tak tahu apa bakteria yang ada pada tangan.


Iday dulu pon, kerap sentuh kulit muka bila fokus buat kerja. Memang tak boleh sebab kemungkinan akan menyebabkan pertumbuhan jerawat lain dekat muka. Itu yang jadi makin banyak naik tu

So, ini antara cara-cara Iday nak rawat kulit wajah Iday yang berjerawat dulu. Sekarang kulit Iday dah okay, dah bebas jerawat. Memang tak sangka benda ni terjadi dekat Iday.


Ini adalah cara Iday hilangkan jerawat dan memang berkesan. Kalau korang ada tips lain, boleh kongsikan dekat ruangan komen di bawah.

Selamat mencuba!
Tags

Post a Comment

5Comments
  1. alhamdulillah da getting better.. tengok da makin okay sangat2..

    ReplyDelete
  2. Cantik kulit Iday sekarang, natural beauty..
    Tak perlu pakai make up tebal..

    ReplyDelete
  3. tips menarik. boleh follow juga blog sy.
    https://mrmrsfirdaus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. semoga cara ini memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete
Post a Comment