Senarai Drama Korea Baru Ditayangkan April 2019

0



Iday memang paling 'excited' tiap kali ada drama Korea baru ditayangkan. Iday sejenis yang tengok semua drama Korea, tak kisah siapa pelakon dan genre.

Jadi, artikel kali ini Iday nak kongsikan 8 drama Korea baru yang ditayangkan sepanjang bulan April 2019. Iday akan susun senarai ini dari awal hingga akhir bulan April.


My Fellow Citizens (KBS2)



Tarikh Mula Tayangan : 1 April 2019
Jumlah Episod : 36 Episod
Genre : Comedy, Romance & Crime
Waktu Tayangan : Isnin & Selasa (10 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Choi Si-Won (ahli Super Junior), Lee Yoo-Young & Kim Min-Jung.

Sinopsis : 
Yang Jung-Kook (Choi Si Won) adalah seorang penipu (con-artist) tetapi akhirnya ditipu oleh teman wanita sendiri. Kim Mi-Young (Lee Yoo-Young) pula adalah seorang wanita ditinggalkan oleh teman lelakinya kerana kerjayanya sebagai detektif.

Mereka berjumpa secara kebetulan dan akhirnya membuat keputusan bercinta. Namun, masing-masing tidak mendedahkan perkerjaan sebenar sehingga akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

Pada hari perkahwinan, Kim Mi-Young mengaku yang dia sebenarnya seorang detektif.

Trailer :



Review Iday untuk episod pertama : 
Cerita ni memang kelakar, lain dari 'typical drama korean' sebelum ini. Jalan cerita memang menarik dan jenis drama yang santai.


Persona (NETFLIX)



Tarikh Mula Tayangan : 5 April 2019
Jumlah Episod : 4 Episod
Genre : -
Waktu Tayangan : -
Senarai Pelakon Utama : IU

Sinopsis : 
Ada 4 cerita yang berbeza dan watak utama setiap cerita dilakonkan oleh IU.
1. Love Set
2. Collector
3. Kiss Burn
4. Walking at Night

Trailer :


Review Iday untuk episod pertama : Nanti Iday update bila dah tengok


Beautiful World (JTBC)



Tarikh Mula Tayangan : 5 April 2019
Jumlah Episod : 16 Episod
Genre : Drama
Waktu Tayangan : Jumaat & Sabtu (11 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Choo Ja-Hyun, Park Hee-Soon, Nam Da-Reum, Kim Hwan Hee, Lee Chung Ah, Cho Yeo-Jeong, Oh Man-Seok, Seo Dong-Hyun

Sinopsis : 
Park Moo-Jin dan Kang In-Ha merupakan pasangan yang mempunyai dua oran anak iaitu seorang anak lelaki (Park Sun-Ho) dan seorang anak perempuan (Park Soo-Ho). Keluarga mereka memang bahagia hingga satu hari Park Sun-Ho koma akibat cedera parah dan dipercayai telah dibuli di sekolah.

Seo Eun-Joo pula adalah ibu kepada Oh Joon-Seok iaitu pelajar yang dipercayai membuli Park Sun-Ho. Seo Eun-Joo dan suaminya, Oh Jin-Pyo berusaha untuk melindungi masalah yang ditimbul oleh anak mereka.

Trailer :




Review Iday untuk episod pertama : 
Kalau korang suka tengok drama jenis keluarga dan ada watak nampak baik tapi sebenarnya 'evil', boleh tengok drama ni. Episod pertama pon dah buat Iday menangis dan geram sangat dengan watak antagonis dalam drama ni. Memang best!


Special Labor Inspector (MBC)



Tarikh Mula Tayangan : 8 April 2019
Jumlah Episod : -
Genre : Business, Comedy, Life, Drama
Waktu Tayangan : Isnin & Selasa (10 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Kim Dong-Wan, Han Soo-Yeon, So Joo-Yeon dan Kim Gwan-Soo

Sinopsis : 
Drama ini mengisahkan tentang Jo Jin-Gap (Kim Dong-Wook) yang pernah menjadi atlit Judo tetapi dibuang kerana lantang mempersoalkan keputusan berat sebelah satu pertandingan. Dia juga pernah menjadi guru sukan tetapi gagal bertahan lama kerana sikap panas barannya.

Dia akhirnya lulus ujian dan menjadi penjawat awam. Dia tidak risau lagi dibuang dan ingin kerja dengan aman. Tetapi semua tu hanya sementara apabila dia mula dipindahkan untuk menjadi 'labor inspector' dan mula melihat nasib pekerja yang dianiaya.

Trailer :



Review Iday untuk episod pertama : Nanti Iday update bila dah tengok


I Hate Going To Work (KBS2)


Tarikh Mula Tayangan : 9 April 2019
Jumlah Episod : 12 Episod
Genre : Business, Comedy, Life, Drama
Waktu Tayangan : Selasa (11.10 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Kim Dong-Wan, Han Soo-Yeon, So Joo-Yeon dan Kim Gwan-Soo

Sinopsis : 
Mengisahkan tentang Kang Baek-Ho (Kim Don Wan) yang sangat kuat bekerja. Satu hari dia dipindahkan ke satu 'department' dan akan menjadi ketua bagi 'department' tersebut. Drama ini akan fokus kepada pekerja-pekerja bawahannya yang tidak suka datang bekerja (atau tidak suka dengan suasana kerja)

Review Iday untuk episod pertama : Nanti Iday update bila dah tengok


Her Private Life (TVN)



Tarikh Mula Tayangan : 10 April 2019
Jumlah Episod : 16 Episod
Genre : Romantic Comedy
Waktu Tayangan : Rabu & Khamis (9.30 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Park Min-Young (What's Wrong With Secretary Kim) & Kim Jae-Wook

Sinopsis : 
Sung Deong Mi (Park Min-Young) merupakan seorang wanita bekerja di sebuah galeri seni tetapi sebenarnya seorang peminat tegar salah seorang 'idol group' iaitu Shi-an. Namun dia merahsiakan identiti sebagai peminat fanatik dari pengetahuan sesiapa kecuali rakan baiknya.

Ryan pula adalah pengarah baru di tempat Sung Deong Mi bekerja. Apa akan jadi bila Ryan tahu identiti sebenar Sung Deong Mi yang seorang peminat fanatik Shi-an?

Trailer :


Review Iday untuk episod pertama : 
Iday memang dah lama tunggu Kim Jae-Wook untuk jadi watak utama drama 'romantik comedy'. Episod pertama dan kedua pon dah memang sangat kelakar. Drama 'Her Private Life' setakat ini memang best dan Iday tak sabar nak tengok episod seterusnya.

Tapi, Iday tak berapa suka watak Park Min-Young yang masih dibayangi dengan wataknya sebagai setiusaha dalam drama 'What's Wrong With Secretary Kim' sebelum ini.


Artikel berkaitan : Senarai Website Untuk Tonton/Download Drama Korea Online

Because It's My First Love (NETFLIX)


Tarikh Mula Tayangan : 18 April 2019
Jumlah Episod : 8 Episod
Genre : Comedy, Romance, Remaja
Waktu Tayangan : Isnin & Selasa (10 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Ji Soo, Jung Chae-Yeon, Jin Young, Choi Ri & Kang Tae-Oh

Sinopsis : 
Mengisahkan tentang 5 sahabat yang meninggalkan rumah keluarga masing-masing dan mula tinggal bersama.

Trailer :



Review Iday untuk episod pertama : Nanti Iday update bila dah tengok


Mung Bean Flower (SBS)


Tarikh Mula Tayangan : 26 April 2019
Jumlah Episod : 48 Episod
Genre : Historical
Waktu Tayangan : Jumaat & Sabtu (10 Malam)
Senarai Pelakon Utama : Cho Jung-Seok, Yoon Si-Yoon & Han Ye-Ri

Sinopsis : 
Mengisahkan tentang dua adik berlainan ibu yang berjuang melawan pihak bertentangan ketika "Battle of Ugeumchi" pada tahun 1894.

Baek Yi-Kang seorang yang pegawai kerajaan yang tegas tetapi disebabkan ibunya sorang rakyat biasa, dia dipandang rendah. Dia mempunyai adik tiri (berlainan ibu) mempunyai sikap yang berbeza dengannya iaitu Baek Yi-Hyun. Baek Yi-Hyun seorang yang bijak, hensem dan mempunyai sikap yang baik.


Review Iday untuk episod pertama : Nanti Iday update bila dah tengok


Artikel berkaitan : Senarai Website Untuk Tonton/Download Drama Korea Online

So, ini adalah senarai drama-drama korea yang ditayangkan pada bulan April 2019. Iday memang akan tengok semua drama-drama di atas.

Ada drama yang korang dah tengok? Best tak?





Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)