Minyak Hitam Apa Yang Sesuai Untuk Motor Yamaha 135LC?

2



Ini artikel pertama mengenai MotoVlog di blog www.sayaiday.com.

Sebelum ni Fakhrul ada publish satu video di channel Youtube Sayaiday tentang Minyak Hitam Apa Yang Sesuai Untuk Motor Yamaha 135LC?

Setakat ini video tersebut mendapat tontonan 28 ribu lebih. Terima kasih kepada mereka yang menonton video tersebut.


Dalam artikel ini, Fakhrul akan terangkan secara bertulis tentang minyak hitam apa yang sesuai dan contoh-contoh minyak hitam yang bagus untuk motor.


1. Pastikan minyak tu ORIGINAL 

• Beli minyak enjin dari stesen minyak.

• Beli melalui pengedar yang sah.

Castrol 15w50 Original Castrol
Link Shopee 👉 https://shope.ee/8UbTuueSN7


Liqui Moly 15W50 Original Reseller
Link Shopee 👉 https://shope.ee/2AhQNjzn0r


Motul 15w50 Original Reseller
Link Shopee 👉 https://shope.ee/AK387MJPDG



Shell 10w40 Original Reseller
Link Shopee 👉 https://shope.ee/4piBf7pu2j







2. KEGUNAAN minyak hitam tersebut.

• Bergantung dari segi penggunaan, bagi saya kalau jenis jauh jarak tunggangan, lebih baik gunakan minyak yang likat seperti 15w-50 dan keatas untuk mengurangkan geseran dan memberi keselesaan jarak tunggangan yang jauh

3. JENIS DAN GRED minyak hitam. 

• Okay, bahagian ini lagi kecik nombor pada minyak enjin makin nipis minyak. Macam gred pulak minyak enjin ni ada 3 jenis :[

1. Minyak sintetik.



Minyak Minyak pelincir 'Fully Synthetic' adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi meluwap (vapourised).

Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

2. Minyak semi sintetik.



Sesuai untuk mana-mana jenis enjin sebab minyak ini jenis pracampuran. Minyak pelincir jenis semi-sintetik (juga dikenali sebagai “campuran sintetik”) adalah campuran minyak mineral dan minyak sintetik, tanpa minyak sintetik lebih daripada 30%.

Minyak ini direka khas untuk mempunyai banyak manfaat minyak sintetik penuh tanpa kos.

3. Minyak mineral.



Yang ini minyak mineral ataupun dikenali sebagai motor oil, boleh dikatakan sebagai 'minyak mentah' kerana ia ditapis daripada minyak petroleum dan tiada sebarang tambahan 'formula' pada minyak jenis ini.

Tapi aku dah pakai minyak ni f300 dah sampai Kedah ke Johor. Alhamdulillah sehat lagi, janji setiap 1000-1500km tukar.

Ini sekadar pendapat dan pandangan aku sahaja, kalau korang ada sebarang pendapat atau pandangan boleh komen di bawah.

Korang boleh tonton lebih banyak video tentang motor di channel Youtube Sayaiday dan jangan lupa untuk subscribe.

Post a Comment

2Comments
  1. Kalau Lc135 dah modi pakai minyak hitam LiquiMoly 20W50 Mineral akan ada apa2 masalah ke ? Boleh berikan pendapat sifu2 .

    ReplyDelete
Post a Comment