Selain dari bermaaf-maafan dan berjumpa bersama satu keluarga, benda paling ditunggu bila raya menjelang adalah dapat menikmati juadah hari raya. Ye lah, puasa kan sebulan so kita kena 'reward' perut kita ni dengan makanan yang best-best.
So, Iday nak share 10 makanan yang memang wajib ada di hari raya dan juga makanan mana yang antara kegemaran Iday (semua kot) hehehe
1. Nasi Himpit/Kuah Kacang
Ini saja Iday letak no 1 sebab kalau tiada nasi himpit dan kuah kacang di pagi raya ni memang tak lengkap hari raya Iday. Ini memang makanan kegemaran Iday dan setiap tahun wajib mak akan masak makanan ni.
Tahun ini berbeza sikit sebab giliran Iday akan masak tetapi mak kena ada dekat sebelah untuk ajar hehehe
2. Lontong
Lontong kegemaran Iday mesti ada tempe, tauhu, udang dan banyak sayur-sayur. Memang best kalau makan ni dengan nasi himpit dan kuah kacang. Sedapnya!
3. Rendang
Malam raya je mesti mak dah sibuk minta tolong anak-anak kupaskan bawang sebab nak masak rendang. Kalau dekat rumah Iday, selalunya mak akan buat dalam kuantiti yang banyak sebab saudara mara datang memang suka makan rendang mak. Memang terbaik la.
Iday pon tiap kali pergi beraya, selalu sangat jumpa juadah rendang ni dimana-mana rumah. Memang juadah wajib pelengkap hari raya. Hehehe
4. Sate
Ini antara makanan rebutan di pagi raya. Siapa tak suka makan sate kan? Rumah Iday memang jarang-jarang ada makanan sate tetapi kitorang adik beradik selalu menikmati juadah sate dekat rumah tok. Hahaha
Mungkin tahun ni, Iday akan bakar sate di malam raya. Dah start kena cari resepi sate yang best ni. Hehe
5. Serunding
Iday baru perasan yang Iday memang jarang makan serunding dan hanya makan ketika hari raya. Mungkin kena ada mood raya baru terasa nak makan. Haha Selalunya Iday akan makan serunding dengan nasi himpit. Baru la ngam.
Tapi mak selalu beli je sebab ambil masa lama untuk masak serunding ni. Hehe
6. Lemang
Kalau balik kampung Terengganu dari KL, memang wajib singgah gerai lemang dekat Kemaman. Ini antara menu kegemaran mak, kalau tak singgah beli memang boleh merajuk. Haha
Cara terbaik nak makan lemang adalah dengan rendang atau serunding. Memang sedap.
7. Biskut Raya
Setiap tahun, meja dekat ruang tamu memang akan wajib ada balang-balang biskut raya. Kuih raya yang memang wajib ada seperti Biskut Semperit, Biskut Almond London, Biskut Sarang Semut dan paling best adalah Tart Nenas.
Tahun ni special sikit sebab kitorang tak guna balang biskut raya tetapi bekas kuih raya yang cantik ni.
Bekas kuih ni Iday beli dekat Shopee dan memang murah je sebab ada Shopee Promo Code.
Yang penting, tiada la hamba-hamba Allah yang kerja nak larikan balang kuih je. Tengok la video macam mana nak guna bekas kuih ni.
Menarik kan?
8. Ketupat Palas
Setiap tahun memang wajib ada tetapi kitorang tak buat sendiri, mak mesti akan ambil tempahan dekat makcik hujung kampung (lupa nama haha). Ketupat ni memang menu popular setiap tahun sebab hanya ada ketika hari raya pertama.
Paling sedap kalau makan cicah dengan rendang atau serunding.
9. Dodol
Rumah Iday memang tak pernah ada dodol tetapi Iday akan selalu makan dekat rumah mak saudara Iday. Rajin betul tiap-tiap diorang mengacau dodol.
Itu yang istimewa sebab hanya time raya je dapat merasa dodol buatan sendiri. hehehe
Tapi hari tu mak cakap dia ada beli dodol secara online. Rupa-rupanya dia ada beli dekat website Lazada. Bila Iday check sendiri website Lazada, bukan setakat dodol tetapi biskut raya pon ada.
Nasib baik hari tu beli dodol guna Lazada Voucher, dapat beli banyak-banyak dengan harga murah. Hehe
10. Pelbagai Jenis Nasi
Tiap-tiap tahun memang berbeza hidangan nasi dekat rumah Iday ni. Tapi paling selalu mak buat adalah Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Nasi Beriani.
Untuk tahun ni, mak cakap dia nak masak Nasi Beriani untuk raya pertama dan Nasi Dagang untuk raya kedua. Of course la anak mak ni akan tolong. Jangan risau. heheh
Lepas dah makan dekat rumah, boleh la makan Nasi Minyak dekat rumah tok. Haha
Amboi banyak sangat makanan yang Iday nak makan tahun ni. Raya kan sekali setahun, apa salahnya kita all out. Hahaha
Sebab tu setiap kali raya, Iday akan pastikan baju raya Iday bersesuaian dengan keadaan perut Iday. Kalau taknak nampak perut buncit makan banyak sangat, kena la beli baju yang "loose" tetapi nampak cantik. Hehehe
So, apa menu dan makanan kegemaran korang bila menjelang hari raya? Kalau rumah korang ada hidangkan makanan-makanan diatas, jangan lupa ajak kami datang beraya. Hehe