Ini Senarai 5 Lagu OST Dalam Drama NUR 2 #Nur2

1


Akhirnya drama Nur 2 telah tamat. Dah banyak air mata dan rasa marah yang disampaikan sepanjang Iday tengok drama ni. Watak yang paling dibenci mestilah watak Hamadi. Memang terbaik lakonan Azhan Rani dalam Nur 2.

Semua rakyat Malaysia memuji lakonan, skrip dan konsep drama Nur 2 tu sendiri yang lain dari drama yang ada sebelum ini.

Tetapi paling Iday suka adalah lagu-lagu yang digunakan dalam drama ini. Pemilihan lagu-lagu OST yang memang kena dengan jalan cerita.

Artikel kali ini Iday nak kongsikan lagu-lagu OST Drama #Nur2 yang memang sedang menjadi fenomena sekarang.


OST Nur 2 - Tetap Kamu (AMYLEA X MEGAT)


Lagu ini dimainkan masa awal-awal untuk drama Nur 2. Kalau untuk drama Nur sebelum ini menggunakan lagu Tak Pernah Hilang. Lagu Tetap Kamu ini adalah nyanyian Amylea dan Megat. Komposer oleh Farouk Roman dan lirik oleh Amylea sendiri.


OST Nur 2 - Pudar (INDAH RUHAILA)


Ini antara lagu kegemaran Iday dalam drama OST Nur 2 ni. Lagu Pudar dinyanyikan oleh Indah Ruhaila. Lagu ini sering dinyanyikan untuk babak watak Aishah dan Hamadi.

Memang sedih kalau dengar  lagu ini ketika babak-babak  penderitaan Aishah kerana bersuamikan Hamadi. Memang kena sangat la dengan situasi yang dihadapi oleh Ecah.


OST Nur 2 - Bimbang (Marsha Milan)


Lagu Bimbang ini pula adalah nyanyian Marsha Milan dan lirik oleh Amylea. Kalau korang perasan, lagu ni akan dimainkan untuk adegan yang melibatkan Nur, Adam dan Juita.

Macam kena la sebab dalam drama Nur ni, cinta Adam diuji dan Nur bimbang kalau Adam jatuh hati pada Juita. Gitu la ceritanya.


OST Nur 2 - Cintaku (MEGAT)


Kalau korang perasan, lagu ni selalu muncul ketika babak antara Amirul dan Suraya. Sesuailah untuk adegan cinta monyet antara diorang.

Lagu Cintaku nyanyian Megat adalah ciptaan bersama Amylea dan Farouk.


OST Nur 2 - Dua (ROMAN)


Bagi Iday, lagu ini memang kena dengan situasi yang dihadapi oleh Adam dan Nur. Kalau korang dengar lirik dia pon memang kena la.

❝ Dan bila harus ku terima, Jika nanti hatimu berpaling dariku ❞

Kan Nur macam beria sangat nak Adam tolong Juita, sekali Nur menyesal dengan keputusan tu. Lagu ini dinyanyikan oleh Roman.

Kalau nak tahu, semua lagu OST untuk drama Nur 2 kali ini memang ciptaan bersama Amylea dan Farouk. Menurut kata pengarah Nur 2, Abang Ijat sendiri meremang bulu roma bila kali pertama dengan kelima-lima lagu ini. Memang terbaik.

Bagi Iday, pemilihan lagu yang betul memang penting dalam sesebuah drama. Baru la feel tu sampai. Hehehe

Apa-apa pon, tahniah buat team Nur 2 kerana sekali lagi menjadi satu fenomena di Malaysia selepas kejayaan Nur sebelum ini.

Antara 5 lagu ni, mana satu kegemaran korang?

Post a Comment

1Comments
Post a Comment