Pening Nak Pilih Sofa - IKEA, Courts Malaysia atau Lazada?

0



Hi korang,

Dah lebih 3 bulan pindah dekat Kedah ni, baru la nak fikir beli sofa. Masa tinggal dekat Bukit Jalil dulu memang tak beli sofa sebab fikir nanti susah kalau nak pindah. Malas nak pening nak mengangkut sewa lori semua.

Itu yang sedih sebab terpaksa tinggalkan peti ais kesayangan bagi adik guna dekat KL tu hahaha

Cerita tentang sofa ni, Iday sebenarnya dah aim nak beli sofa yang warna hitam atau kelabu sebab tema hiasan rumah kali ini adalah hitam, putih dan grey. Warna hijau pon ada tapi hanya pada pokok-pokok hiasan nanti la.



So, Iday ada survey sofa dekat Shopee, IKEA dan Lazada. Kedai-kedai perabot Iday ada pergi cuma belum jumpa yang betul-betul Iday suka dan warna yang Iday nak.

Iday rancang nak beli 31hb Oktober sebab tunggu gaji suami masuk, nak mintak  dia topup dalam RM300 haha Saja je sebab nak simpan duit untuk beli coffee table. Ala, apa lagi tugas suami kalau bukan manjakan isteri tersayang hahaha

Setakat ini, sofa-sofa ni yang jadi pilihan hati Iday iaitu dari website Lazada dan IKEA. Budget Iday sebenarnya RM1500 termasuk harga shipping ye.

Braga L Shaped Sofa - Lazada


Harga sofa ni RM899 dan harga kos pengangkutan adalah RM80. Ada diskaun RM50. Total price untuk sofa ni adalah : RM929 

 Iday suka sofa ni sebab memang ini design yang Iday nak dan ada warna hitam.

Panjang sofa ni pulak adalah 195 cm dan panjang tempat duduk adalah 164cm. Memang size yang Iday nak untuk letak dekat ruang tamu rumah ni. Dia punya kain pulak jenis canvas.

Cuma yang iday tak berapa nak suka dia punya kusyen, kalau jenis tegak tu ada 3 tapi yang jenis duduk tu ada 2. So, bila orang duduk tengah-tengah nanti akan rasa gap kat situ. kan?


Hasselby 3 Seat Sofa - IKEA



Ini memang feveret Iday sebab suka sangat dengan dia punya design. Harga sofa ni adalah RM990 dan kos pengangkutan pula adalah RM163. Total price untuk sofa ini adalah : RM1153

Panjang sofa ni adalah 176cm dan panjang ruang duduk adalah 149cm. Tapi seat depth dia lagi besar dari Braga, 53 cm. So, banyak ruang untuk duduk la.

Cuma tak best sebab takde warna hitam dan cuma ada warna dark grey. Tapi warna dark grey ni pon dah cantik.


Randy L Sofa Set PVC Black - Courts Malaysia

Sebenarnya Iday tak suka sofa leather sebab nanti kalau duduk or baring mesti ada bunyi-bunyi. Tapi Iday letak juga dalam senarai sofa yang Iday consider nak beli sebab harga murah.



Court Malaysia sebenarnya tengah buat jualan penghabisan stok dan tu yang kononnya sofa ni jadi harga murah iaitu RM649. Yang bestnya tiada kos penghantaran. Murah sangat kan!

UPDATE : Sale dah tamat, sekarang harga asal iaitu RM2499

Kalau tengok tarikh promosi tu sampai 4 September, tapi check dekat Lazada masih ada lagi sale sofa ni.

Cuma yang Iday tak suka design dia, Iday tak suka design yang ada lekuk-lekuk dekat sofa tu. Tapi murah kot kalau nak dibandingkan dengan sofa-sofa lain dalam senarai Iday ni.

Panjang sofa ni pulak 180 cm, memang size yang Iday nak. Tadi tengok dekat website Lazada, memang seller official dia Courts Malaysia dan banyak review positif.

Tapi tetap kurang berkenan dengan sofa ni sebab material sofa ni. Islam tak suka sebab dia cakap panas.



Aduh pening kan nak pilih. Ini baru yang online, belum lagi yang Iday nak pergi survey dekat kedai perabot area Sungai Petani hari sabtu ni. Hahaha

Agak-agak korang, sofa mana yang lagi okay? Design mana yang lagi cantik?


UPDATE 1 Nov 2019!

Iday dah beli sofa dan Iday pilih sofa dari IKEA sebab diorang tengah buat sale bermula 1 Nov hingga 22 Nov dengan diskaun 20%! Yeay! Nanti Iday share dekat korang, review dan gambar sofa Iday tu okay hehehe



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)