My Houseplant Journey (Pokok Hidup Dalam Rumah) #1

1

Kalau korang follow Ida di Instagram, mesti korang perasan yang Ida sekarang memang sibuk dengan minat yang baru iaitu bela pokok hidup dalam rumah.


Bermula dengan 2 pokok je, sekarang Ida dah ada lebih dari 40 pokok dalam rumah. Alhamdulillah semua elok sihat dan serasi dengan persekitaran dalam rumah. Lagi-lagi bila Ida dah sediakan satu bilik untuk pokok-pokok tu.

Actually, bilik pokok + home office hehehe


Tapi seronok taw, buat kerja sambil tengok pokok-pokok.

Kenapa Ida tak letak pokok ni dekat luar rumah? Sebenarnya Ida lagi suka ada dalam rumah sebab lebih selesa dan selamat.

Ida pulak memang suka belek-belek pokok bila rehat sekejap dari buat kerja. Kalau letak luar rumah, memang sangat leceh untuk buka tutup kunci pintu. Sebab itu lah Ida sediakan satu bilik yang memang khas untuk pokok-pokok, bilik kecil belakang yang memang dapat cahaya matahari sepenuhnya.


Sebenarnya sepanjang Ida terjebak dalam dunia "houseplant" ni banyak yang Ida belajar antaranya cara siram, bila waktu paling sesuai untuk siram, tanah apa yang sesuai, jenis pencahayaan yang sesuai dan banyak lagi la.

Paling seronok bila tengok pokok yang kita jaga tu membesar dengan sihat hehehe

Disebabkan Ida masih baru dalam dunia "houseplant", so tak banyak sangat yang Ida boleh kongsikan. Artikel pertama ni, Iday just kongsikan beberapa gambar pokok yang ada dalam rumah Ida ni dulu.


| Kebanyakkan pokok memang Ida letak dalam bilik pokok dan tak banyak yang ada dekat ruang tamu. Tapi Ida plan, belakang sofa tu akan letak meja panjang dan susun pokok dekat situ, pokok yang boleh tolerate low light.


| Sebelum ni Ida letak cermin panjang dekat situ tapi dah alih sebab plan nak letak pokok yang lebih besar. Maybe akan letak palm tree dekat situ hehehe


| Ni kedudukan yang dulu, sekarang dah lain dah hahaha



| Cermin panjang ni Ida alih-alih dekat bahagian pintu masuk. Akan datang Ida plan nak letak bench dekat tepi cermin tu.


| Ida letak pokok "bird of paradise" dekat betul-betul depan pintu bilik pokok supaya dia dapat cahaya dari tingkap bilik pokok dan juga tingkap dapur. Sejak beli hari tu dah naik dua daun baru, harap-harap nanti lagi banyak daun hehehe


| Benda paling Ida tak suka dekat rumah ni adalah bahagian dapur yang boleh nampak dari ruang tamu. Ida plan nak letak langsir panjang tetapi buat sementara waktu, letak Philodendron xanadu atas peti ais tu dulu. Takdela sakit mata sangat bila tengok dapur haha


| Masa awal-awal dulu, punya la banyak letak pokok atas ni. Sekarang dah taknak serabutkan, just letak Philodendron Burle Marx dan Fiddle-leaf fig yang di "propagration" kan.


| Ni pulak Jawa Palm tree, kecik je buat sendal pintu hahaha



| My faveret plant, Monstera adansonii hehe Ada orang suka letak pole bagi dia menjalar ke atas tapi Ida nak dia menjalar ke bawah. Alhamdulillah, sekarang memang kerap ada daun baru.


| Yang ni pon feveret, dekat rumah ni ada 4 pokok Monstera hahahaha


| Awal-awal haritu saja nak test, dah keluar banyak akar. Tapi kalau guna daun, peratusan untuk keluar anak baru tu memang rendah la. Lagi better guna dahan sekali daun. Ala tak pe lah, ini pon nak try je hehehe


| Beli cylinder tube tu dekat SSF, memang saja nak letak Pothos hehe


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi setakat ini la dulu. Nanti Ida share satu-satu jenis pokok yang Ida ada. Ada banyak lagi jenis pokok yang Ida nak beli, wishlist la. Nasib baik ada 2 kedai pokok best dekat Sungai Petani ni. Nanti Ida share jugak. 

Okay tak rumah banyak pokok? 


Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment